Monday, June 29, 2015

Tak Siapa Tahu

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sekolah, kita akan menghadapi peperiksaan, pelbagai jenis peperiksaan..

Sebelum sampai masanya, kita kena belajar habis-habisan. Pagi petang siang malam baca buku sampai nak termuntah membaca buku. Ada yang tak cukup sekadar ke sekolah, pergi ke kelas tuisyen pula. Bila tak belajar, kena marah, dengan mak ayah bebel, tahan jeeee telinga mendengar celoteh guru-guru.
Sama juga dengan kehidupan kita. akan ada peperiksaannya. Bila??? Di alam barzakh..di akhirat kelak. situasinya sama. Ada yang belajar pagi petang siang malam...bertungkus lumus mendalami agama sampai tak sempat buat benda lain. Ada juga yang menegur bila kita buat sesuatu yang salah, ada yang marah sebab kita berubah, ada yang membebel kata ilmu kita sesat.. Macam-macam karenah manusia..

Masa nak periksa dah ni..pup pap pup pap..keluar berita soalan dibocorkan. Parahh!!! Semua kena ambil semula peperiksaan.. Bila dah dapat soalan bocor..sah-sah ramai yang lulus dan berjaya dengan cemerlang. Cikgu bagi clue dalam kelas kottt... Kalau tidur jela tak lulus.
Di dunia, soalan di alam kubur..dah lamaaaa bocor. Keadaan di akhirat..dah lamaaaa Allah bocorkan dalam AlQuran. Semua umat Islam baca AlQuran. Hampir semua tahu soalan yang dibocorkan..dah siap prepare jawapan sebelum mati. Tapi nanti..berjaya ke lulus soalan di akhirat?? Siapa boleh bagitahu??? Tak ada siapa boleh beri jaminan keranaa...
TAK SIAPA YANG TAHU!

Di sekolah, sebelum sampainya peperiksaan besar, akan ada percubaan. Bila result percubaan keluar, guru-guru dah target pelajar ni boleh dapat berapa A dalam SPM/PMR/UPSR nanti. Just based on result trial.
Kehidupan kita pun ada ujian percubaan. Ramadhan ini ujian percubaan. Nak tengok sejauh mana manusia berusaha mengubah dirinya ke arah kebaikan. Nak tengok sejauh mana manusia ingin dekatkan diri pada Allah.. Tp keputusannya nanti..siapa boleh target????
TAK SIAPA TAHU!

Kita memang hamba yang SELALU TIDAK TAHU..tetapi BUAT-BUAT TAHU.
Tapi ada satu perkara yang kita semua tahu..iaitu BERUSAHA..
Memang kita tak tahu adakah kita kelak berada di syurga atau neraka. Kita tak tahu bila kita akan menemui ajal. Kita juga tak tahu adakah kita akan mati dalam Husnul Khatimah ataupun sebaliknya. Semuanya kita tak tahu..dan Hanya ALLAH yang tahu.
Tapi satu perkara yang kita tahu dan Allah sendiri beritahu pada kita..teruskanlah berusaha. Usaha hingga nyawamu sampai ke kerongkong. Kemudian berserahlah padaNya. Moga pengakhiran kita yang tidak diketahui itu..akan menjadi satu kejayaan yang PALING BERHARGA dalam diri kita.

Salam Ramadhan Kareem..

Wallahua'alam..


Sunday, June 14, 2015

Rahsia Kecantikan. WOW!!!

Salam..

Hari-hari kita tengok cermin, pandang diri sendiri. ada orang tersengih sorang-sorang, tersenyum tiba-tiba. Ada yang sambil tengok picit-picit jerawat kat muka, sentuh lemak-lemak terkumpul di badan dan sebagainya. Rasa macam semua ni aku buat je..hahaha.

Well, semua manusia sukakan kecantikan, inginkan kecantikan. dan kecantikan itu subjektif! 
Ada orang nampak perempuan berjerawat kata buruk, tapi bagi mak ayah dia, anaknya tetap paling cantik. Suami jadi buncit setelah bertahun-tahun kahwin, tapi isteri tetap kata "Abanglah lelaki paling handsome dalam dunia."
So..apa itu cantik? Muka berjerawat cantik? Muka licin cantik? Perempuan kurus cantik? Lelaki SADO cantik? Realitinya..semua dalam dunia ni cantik. 

Allah sukakan kecantikan..jadi tak mungkin Pencipta kita yang sukakan kecantikan akan cipta satu benda yang tak cantik. Ye dok? Pelukis yang sukakan kecantikan, takdenya nak melukis melalut sesuka hati hasilkan lukisan macam yang aku lukis.haha. Sebab mereka sukakan kecantikan dan mereka akan hasilkan karya tercantik.

So..semua orang cantik. Semua benda cantik. Macam mana nak nampak kita cantik? KUN ANTA!!!!

Lagu viral sekarang kat Malaysia. Humod Alkhuder nyanyi..meletop-letop. terus popular.haaaa..

"Kun Anta Tazdad Jamala"

Maksudnya..be yourself and you will increase in beauty
Bahasa Melayunya..jadilah diri sendiri dan pasti bertambah kecantikan sedia ada.

So, tak perlu berangan nak jadi Siti Nurhaliza, Aisywaria Rai, Jennifer Lopez dan blablablabla..
Yang lelaki..tak perlulah nak cemburu pada Zul Ariffin, Remy Ishak, Hugh Jackman, Shah Rukh Khan dan si dia itu ini...
Jadilah diri sendiri.
Kecantikan itu lahir dari diri kita. Kalau kita dah diciptakan sebegitu..jangan sedih, jangan nak menyesalinya. Kita dicipta sebegitu sebab itu yang terbaik buat kita. So, tak perlu nak ikut gaya orang lain, nak berangan jadi orang lain sebab diri kita ada keistimewaannya tersendiri. Tinggal kita nak gali korek-korek keistimewaan pada diri atau biarlah ia tertanam dalam-dalam..
 
Kecantikan itu bukan hanya pada rupa..tapi ia meliputi segalanya...akhlak, penampilan, percakapan dan sebagainya. Cuma manusia sahaja yang sukakan pada kecantikan fizikal. Asal luaran nampak cantik..terus tak peduli dalaman. Dia kisahkan apa yang dia nampak jeee. Ikutlah mata tu. Nanti mata dah buta..tak nampak cantik dahlah eh??

Aina anta?? Ku anta.. Jadilah diri sendiri. 
Mudah je nak jadi cantik kan! So..inilah rahsia kecantikanku! Cantik tak?? Cantik tak??
MESTILAH CANTIK!!!

Thursday, June 11, 2015

KeMBaLi~

Assalamualaikum duniaa~~~
Bangunlah semua~~~
Lihatlah pada diri kita~~~
Semua serupa~~~

.......................................................

I am back. 
After a long long long long long long time..hahahaha..

Well, rasa nak menulis, meluahkan apa yang boleh di catatan blog ku.
Semuanya bermula sebab baru habis baca buku Catatan Matluthfi. Waahhh, alangkah indahnya kalau aku boleh buat buku 'Catatan Adek Nada' (best ke bunyinya? Mcm comel je..) 

Org kata apa yang pergi akan kembali.
Barang yang hilang..boleh dicari ganti. Tapi kalau manusia 'pergi', takkan kembali lagi.
So..aku dah kembali..hopefully dengan penceritaan baru, penulisan yang lebih baik dan perkongsian yang lebih bermanfaat. Untuk semua..(kalau ada orang baca post ini).

itu sahaja untuk kali ini. Sekian..moga berjupa lagi.. xoxo.. :)

Saturday, September 29, 2012

:: The Journey Begins ::

Alhamdulillah..selesai seminggu berulang alik ke kelas..tambah ilmu..tambah cuak..tambah debaran.huu. Now, I'm finally a final year student taking degree of Mathematics. Waaaaaa..unbelievable! Dulu..tak lama rasanya baru menjadi adik-adik hingusan. First time datang UK..jakun sana sini. Tanya kakak-kakak itu ini. Tapi sekarang..apa yg kita terima, kita kena beri semula. Saya pula jadi KAKAK! Oh noo..hahaha. Tapi bukan seperti kakak yang dulu-dulu,..kakak versi sama macam adik-adik.haha. Anyway..we need to change kan. Takkan nak duduk di tampuk yg sama untuk selamanya..huuu

First week in UK..oh actually second week sebenarnya sbb dah seminggu datang sebelum start kelas. 
Well..stil enjoy and relaxing.haha. Tak nampak gaya macam final year student..walaupun sebenarnya dah kena mula baca itu ini sikit-sikit. Tapi..kita harus hargai masa sebelum ia mencumburui kita. :D
Duduk kat bilik..kadang-kadang teringat saat-saat mama baba dan semuanya datang UK..jalan bersama..tido bersama..makan bersama. It was such a tiring and depressing moment bila mengenangkan saat-saat keletihan..tension dgn perangai itu ini..menyampah blablabla. But..of course setiap kemanisan yang hadir itu pasti membuatkan yang pahit dan tawar itu hilang rasanya. Missing that moments so much!! Entah bila dapat berjalan sakan dengan family macam tu lagi..walaupun waktu tu abang-abang jauh..tak dapat join. 

Sekarang..hidup di sini bersama kawan-kawan pula. Ada yang akan bersama sampai ke KPLI..ada yang mungkin tahun ini tahun terakhir untuk bergelak ketawa bersama sebelum semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing. Subhanallah..cepat masa berlalu.. Apa pun..gunakanlah masa sebaiknya..sebelum ia pergi begitu sahaja. Every moment in our lives are so precious. So..use it wisely so that we won't regret it one day!

Love your life..appreciate your time and enlighten your day.. :D

Wednesday, August 15, 2012

Cukup lengkap

Alhamdulillah atas kurniaan yang Maha Esa. He gives us more than what we expect and what we want.
Hidup dalam suasana family yang baik dan memahami bukanlah satu nikmat yg semua orang akan dapat. Tapi..syukur kerana dipilih oleh Allah utk menjadi salah seorang hambaNya yang dikurniakan nikmat yg sangat besar itu. Jika kita bukan golongan yang bahagia itu..syukur kerana ujian yang diberi itu tanda Allah masih ingatkan kita.
Once orang tgk kami berempat bersama..people might be wondering..is it true that we are siblings? Ada yang agak besar jisimnya..ada yang muka ala-ala cina..ada yang kulit tak serupa. Sampaikan..ada yg bersekolah sama..tapi selepas setahun baru orang tahu..they are actually sibling. Tak macam yang lain..sekali pandang memang dah tahu mereka adalah adik beradik. But that what makes us different. Biar luarannya berbeza tapi hakikatnya dalaman kami tetap sama.
Manusia sukakan kepelbagaian. Dan kepelbagaian itu membawa kepada kesempurnaan. Macam tu jugala ciptaan Allah. Dalam satu rumah..tak mungkin semuanya banyak bercakap kan? Ada yang suka sangat menyanyi..ada yang hentam saja dengar lagu. Ada yang jenis suka heboh sana sini..ada yang dapat apa-apa pun hanya diam sendiri. Ada yang malu-malu rupanya..tapi ada juga yang redah apa saja no matter what. And when we combine all of them..PERFECT! Yang lebih memberi pada yang kurang. Yang nampak salah..boleh dibetulkan dan kita akan belajar dari satu sama lain. Dan itu mengajar kita menjadi lebih matang dan maju ke depan.
Setiap antara kita..ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi tak bermakna hidup kita belum lengkap. Apa yang kita ada adalah anugerah dan ujian untuk diri sendiri. So..syukuri apa yang ada..coz everything around you is already perfect..




Friday, July 27, 2012

:: Ramadhan datang lagi ::

Salam..

Alhamdulillah laka syukr. Diberi peluang sekali lagi untuk merasai nikmat dan ajaibnya bulan Ramadhan.
Bulan di mana pintu neraka ditutup, pintu syurga dibuka. Kaki syaitan dirantai dan bulan turunnya kitab Al-Quran yang menjadi panduan umat manusia sepanjang zaman. Subhanallah, banyaknya nikmat dan kelebihan untuk manusia yang Allah kurniakan di bulan mulia ini, tapi, kita masih leka dan makin lupa akan segala kebaikan yang Allah kurniakan pada kita.

Kita tahu bulan ini berganda-ganda pahala kalau kita buat amal kebajikan. But still, amalan tak bertambah atau mungkin kadang-kadang berkurang. Still, habit yang buruk tak dibuang dan habit yang baik tak cuba dipraktikkan. Allah dah bagi peluang, tapi manusia tak menggunakan peluang yang ada sebaiknya.Masih terbelenggu dengan nafsu diri, masih terpengaruh dengan keseronokan dan keenakan dunia yang sementara. Emmm...peringatan untuk diri sendiri supaya lebih memanfaatkan kehadiran bulan mulia ini. Entah masihkah dapat aku rasakan nikmatnya pada tahun depan??? Wallahua'lam.

Jadikan Ramadhan yang tiba sebagai Ramadhan terakhir dalam hidup kita, agar kita mengejarnya tanpa henti. Cari dan hayati nikmat dan keindahan bulan ini. GRAB IT! and never LEAVE IT BEHIND!!




Salam ramadhan kareem. Spread the barakah to the world~ :D

Saturday, March 24, 2012

After A Long..Long Time.. :D

Salam pada semua...

Berapa bulan dah blog ni kosong..tak diisi dengan apa-apa. Alhamdulillah..hari ini terasa nak menconteng sikit di sini.. :)

Sebenarnya baru je nak mula study, tup..tup, terdetik pula nak menulis kat blog. Emmm...lepas tolak tambah hari yang betul-betul free dari apa-apa hal..lebih kurang tinggal 26 hari je lagi untuk bersedia sehabis baik for final 2nd year! Waaaa~~~ sempat ke?? InsyaAllah..masa ni la nak menghargai setiap masa yang ada. Bila kelapangan..kadang-kadang manusia ni leka dan lalai dengan nikmat masa yang Allah sediakan dan kurniakan untuk kita. Bila dah kesuntukan masa..dah terdesak..masa tu la berusaha mencari masa lapang. Memang manusia ni selalu lupa untuk bersyukur.. Especially me..emmm...

And sebagai manusia juga..kita ada nafsu yang sering menarik-menarik kita..sama ada ke arah kebaikan atau ke arah yang kurang baik. Semalam dengar sharing pasal nafsu..DUSH!!DUSH!!! Tanpa sedar..daha banyak kali rupanya diri ini kalah dengan nafsu sendiri.. Astaghfirullah...
Nafsu pula berubah-ubah... Ada masa gila nak tengok cerita. Ada masa gila berinternet.. Ada masa gila main game.. Tapi jarang ada masa nak gila study or gila baca Quran or gila buat solat sunat and so on yang lebih bermanfaat. Alhamdulillah..Allah berikan kesedaran itu, cuma diri ni je yang kurang berusaha, kurang kuat untuk kalahkan nafsu yang membelenggu diri..

Nyway..has to get back to work! Focus-focus! Appreciate the VALUE OF TIME!!! :D

Tuesday, January 10, 2012

France : Menggamit Memori


PARIS!!!!
Orang labelkan sebagai tempat yang romantik. Nak honeymoon, ramai yang teringin berhoneymoon di PARIS. Mmg tak dinafikan. Bila sampai je kat sana, dua mata ni jadi saksi kepada keromantikan pasangan-pasangan di sana. Kat Paris..depan Eiffel Tower, buat aksi. Tepi Eiffel pun ada aksi. Tak kurang jugalah bawah Eiffel Tower. Setiap sudut memang ada aksi. Bukan setakat kat Paris, pergi Disneyland pun sama rupanya. Orang duk beratur punya panjang, dia gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk bermesra. Emmmm...tapi kat mana keromantikannya? Entahlah..tak berapa nak nampak di mata kasar aku ni. Bagi mereka..mungkin inilah tempat paling romantik untuk diorang. Tapi, untuk diri ini, Paris bukanlah tempat romantik sangat..tapi tempat yang menggamit segala memori dan kenangan masa muda-muda, kecil-kecil dulu. Kenangan bersama mereka yang aku cintai dan sayangi... Memori 16 tahun yang lalu......




Eiffel Tower!
Satu ciptaan manusia yang sangat mengkagumkan kan? Tak tahula kenapa dalam banyak-banyak banggunan di dunia ni yang dibina atas dasar besi semata-mata, tapi Eiffel Tower yang berdiri tegak dengan gabungan besi-besi yang warna macam karat-karat je, yang tetap jadi idaman ramai. Dulu rasa pelik, kenapa orang kata cantik sangat. But once I've been there..memang betul orang kata. Sangat cantik. KLCC nampak lagi gah..tapi bagi aku Eiffel Tower lebih mengkagumkan. Setiap sudut and sisinya sangat cantik angle untuk ambil gambar.hehe. Tak ada satu sisi pun yang bila ambil gambar..nampak tak sempurna, nampak kurang, nampak kosong. Ambillah gambar dari mana-mana sudut sekalipun..anda tetap akan nampak Eiffel Tower yang tersergam indah sebagai background gambar.


~ Di malam harinya ~


Dan itu baru ciptaan manusia biasa. Yang fitrahnya sama dengan kita, asalnya sama, cuma mungkin berbeza dari segi kelebihan yang Allah kurniakan. Tengok Eiffel Tower..setiap sudut sangat cantik, sangat mengujakan. Kalau tengok alam..for sure lagi indah dan mengkagumkan kan? Nak cari satu sudut yang tak cantik pun takkan jumpa. Kalau ada pun tempat yang buruk macam tempat longgokan sampah, itu semua pun datangnya dari manusia sendiri. Bukan Allah, pencipta alam yang Maha Sempurna. Subhanallah. Tengok Eiffel Tower, terasa betapa rendahnya martabat kita sebagai manusia di sisi Allah.. T_T

And..sampai je dekat Eiffel Tower, teringat keluarga tercinta yang tak dapat bersama-sama dengan aku dan kakak meronda-ronda di Europe. Dulu, 16 tahun lalu, kami bersama-sama berjalan-jalan, pusing satu Eiffel Tower. Ambil gambar sana dan sini, bergelak bersama-sama. Tapi sekarang..hanya berdua je. Lepas dah ambil gambar beberapa shot...

"Kakak..mana angle yang kita amik satu family dulu ek? Yang baba framekan kat rumah??"
"Emm..tulah..kakak pun tengah cari jugak. Teringat zaman dulu-dulu.huuu.. Kat belah sana kot adik.."

Beberapa minit selepas itu..

"KAKAK! Ni la anglenya.hahaha.. Sebiji ni. Tgk ni adik amik gambar.."
"Haahlaaaaaa...Waaaa..rindunya kat mama, baba and abang-abang.."



~ Inilah anglenya ~


Memang sangat-sangat rindukan family-family kat Malaysia masa tu. Jalan je, teringat itu..teringat ini. Walaupun pada umur 6 tahun, takdela nak ingat sangat..tapi setiap memori yang masih terpahat akan muncul sikit-sikit bila jalan-jalan sekitar Paris. Itu baru Paris..belum sampai Disneyland lagi. Sampai Disneyland..macam-macam kenangan yang kitorang imbas kembali. Masuk je pagar..ingat kat situ ambil gambar dengan Mickey, kat sini dengan Minnie..itu ini. Zaman budak-budak..sah-sahla akan ingat Disneyland lebih dari Paris.huuuu...


~ Wonderfull Disneyland ~


Bila tengok anak-anak yang merengek dekat mak ayah sebab nak main itu, nak makan ini, teringat lagi pada mama dan baba. Bila rasa menyampah dengan budak-budak kecil, teringat..dulu pun entah-entah aku macam ni juga waktu sampai Disneyland.huuuu. Dan bila tengok betapa sabar dan lembutnya ibu-ibu dan ayah-ayah melayan kerenah anak mereka satu-satu, terasa betapa indahnya kasih sayang yang dikurniakan. Dulu, datang Disneyland, itulah yang aku dan kakak alami. Tapi, kali ini datang dengan suasana yang berbeza. Tanpa ahli keluarga yang lain, tanpa perlu merengek, tanpa perlu meminta-minta. Just beli je apa yang nak..asalkan ada DUIT.

Bila teringat kenangan-kenangan lama..terasa alangkah indahnya jika masa berputar kembali. Jadi 6 tahun balik tapi dengan memori yang bagus, yang dapat ingat setiap saat dan detik yang berlaku. Tapi..itu hanya alangkah~~~
For sure semua yang dah lepas kita takkan dapat ulangi lagi.
Sebab tu Allahyarham P.Ramlee kata...

"Barang yang lepas..hai jangan dikenang. Kalau dikenang..meracunlah diri.."

Tapi tak adalah sampai meracun diri kan. Tapi, memang sikap manusia yang selalu lupakan setiap kesenangan yang diberikan. Bila dah berlalu semua keindahan dan kesenangan tu, barulah kita teringat-ingat dan kita pun asyik cakap..kalaulah, alangkah and so on. Jadi hargai setiap saat yang anda ada sekarang ini. Tak kisahlah ianya saat yang indah, pahit, suka or duka. Sebab, setiap saat yang berlaku dalam hidup kita, ada ceritanya tersendiri, ada nikmatnya tersendiri walaupun pada mata kita ianya tidak seindah yang orang nampak..

Dan sebagai anak, sayangilah ibu bapa anda. Bagi kita yang masih ada nikmat ibu dan ayah yang sangat bernilai..kasihilah mereka sepenuh hati. Walaupun dulu, diorang selalu usap kepala kita, tapi sekarang, asyik nak menengking je, tapi di situlah keindahannya. Sayangi mereka, hargai mereka sementara kita masih ada masa untuk melakukannya, menunjukkan pada mereka betapa pentingnya mereka dalam hidup kita. And once mereka pergi meninggalkan kita, sampaikan doa untuk kebahagiaan mereka di sana. Yang ada jangan dilupa, yang tiada jangan dikenang. Hargai hidup kita, nikmatinya dan ceriakannya..

Anyway..PARIS DAN DISNEYLAND MEMANG BEST! :D



~Memori kami bersama ~


Sekian...

Thursday, January 5, 2012

Hatiku Tertinggal Di Spain..


Bismillah...

11 Disember 2011, dengan penuh semangat dan keterujaan, kami berlepas ke Spain. Memang satu tempat idaman yang sangat ingin dikunjungi sebelum habis belajar di UK. Alhamdulillah keinginan kami telah ditunaikan. Walaupun sebelum berlepas..keadaan agak tidak terkawal, dengan serabutnya, kelam-kabut lagi..dan macam-macamlah yang berlaku. Tapi as people said..kalau study kat UK, tapi tak sempat menjelajah negara Spain..itu adalah satu kerugian yang BESAR. Indeed, Spain telah berjaya menghilangkan segala rasa sedih..penat..malas..serabut yang kami rasai sebelum berangkat ke negara yang suatu ketika dahulu merupakan lambang kemegahan Islam di mata dunia..SUBHANALLAH..





- Persiapan perlu ada ;) -


" Rasa sedih sangat tengok Spain."

Itu apa yang pernah kami dengar sebelum ini, tapi, once kami menjejakkan kaki di sana..melihat betapa megahnya AlHambra, melihat betapa indahnya Masjid Cordoba, melihat betapa banyaknya gereja-gereja yang didirikan di tapak masjid, hati kami turut merasakannya.. Sedangkan orang bukan Muslim rasa kagum dan teruja dengan kesenian Islam yang terpamer..apatah lagi kita, umat Islam. Rasa kagum, teruja, tergamam dengan kesenian nenek moyang kita yang suatu masa dahulu berjuang memartabatkan Islam di mata dunia. Sayangnya, zaman ini, kekaguman kita dan mereka pada AlHambra, hanya atas dasar keseniaan bukan dasar agama Islam itu sendiri. Sungguh sedih..kerana apa yang mereka nampak hanyalah ukiran-ukiran halus yang masih lagi cantik menghiasi setiap penjuru banggunan, namun nilai Islam itu..masih pudar pada pandangan mereka..










- Lambang kesenian Islam -


Di Malaysia, masuk je mana-mana masjid, hati jadi tenang..aman damai, rasa selesa nak bersolat. Tapi ketika di Spain..lain yang kami rasakan. Masjid Cordoba..sangat indah dan luas. Cukup menarik, sangat bersih walaupun suasana di dalamnya agak gelap. Tapi, hanya untuk menunaikan dua rakaat solat sunat..sangat susah. Cuba mencari tempat tersembunyi di setiap sudut masjid, lari daripada pegawai-pegawai yang menjaga supaya kami tidak dihalang, jauh dari orang ramai. Bila tempat ditemui..hati tak tenang, rasa nak cepat habis. sebab apa?? Pengawal-pengawal yang menjaga berulang-alik ke sana-sini untuk memastikan tiada antara umat Islam yang cuba menunaikan solat dalam masjid itu. Terpaksa berpura-pura tak bersalah di depan mereka. Cukup sedih dengan keadaan yang berlaku. Kenapa kita terpaksa berkelakuan sebegitu sedangkan masjid itu hak kita, milik kita? Namanya bukan Cathedral Cordoba tapi Mezquita-Cathedral Cordoba, in which Mezquita itu bermaksud Masjid dalam bahasa Spain. Tapi..orang Kristian dengan tenangnya beribadah di dalamnya tanpa diganggu, tanpa rasa bersalah, tetapi kita..tak dapat melakukan apa yang mereka lakukan.

Mungkin bukan hanya di Masjid Cordoba kita rasakan semua ini, tapi di mana-mana masjid yang sekarangnya sudah menjadi gereja di Spain mahupun di negara-negara jajahan Islam yang lain. Dari luar, nampak seperti masjid, tapi pada hakikatnya, dalamnya dihiasi patung-patung berhala di setiap sudut. Dulu, umat Islam beribadah di dalam banggunan-banggunan itu, namun sekarang, umat Islam terpaksa beribadah di luar, di tempat-tempat yang hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Sedih kan??





- Lambang Islam pernah bertapak di Cordoba -


Pergi Granada, sedih. Pergi Cordoba, sedih. Pergi Seville, pun sedih. Tapi cukupkah hanya dengan rasa sedih je??

Nak kata rasa sedih..bukan kami je. setiap orang yang pergi Spain, sure akan cakap yang diorang rasa sangat sedih bila melihat dengan mata sendiri..apa yang telah berlaku. Tapi, tak semua yang berasa sedih tu, bila kembali ke tempat asal mereka..menghayati kesedihan yang mereka rasai dulu. Bila kat sana memang sedih, tapi dah balik rumah, dah mula belajar balik, dah duduk depan laptop, rasa sedih itu hanyalah rasa sedih. Not more than that. Macam tengok cerita Suria Di Cordoba pulak rasanya. Lepas tengok je, tukar cerita lain pulak, dah tak rasa apa yang dirasai bila tengok keindahan Spain dalam cerita tu.

Tak gunalah kita rasa sedih, air mata hampir mengalir, tapi tak bertindak apa-apa atas kesedihan yang kita rasai..(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..huuu)..
Tak kisahlah kita pernah pergi Spain atau tidak, kita tahu cerita kegemilangan Islam di Spain atau tak, tapi kita boleh nampak apa yang sebenarnya kekurangan dan kelemahan umat Islam itu sendiri. Dah banyak yang Allah tunjukkan pada kita. Tinggal kita nak ambilnya sebagai satu tontonan semata-mata atau mengambilnya sebagai iktibar dan perubahan dalam diri. Orang Non Muslim dah lihat keindahan kesenian Islam, mereka juga tahu Islam suatu ketika dahulu pernah menjadi world order, tapi..mereka masih kurang jelas dengan apa itu sebenarnya Islam? Mana nila-nilai Islam? Apakah bezanya Islam dengan agama yang lain?

Dan itulah tugas kita sebagai umat Islam sebenarnya. Tak perlu nak jadi pendakwah, tak perlu asyik nak berceramah, tak perlu juga hanya belajar ilmu-ilmu agama semata-mata untuk jelaskan semuanya pada mereka. Cukuplah kita tunjukkan pada mereka nilai-nilai Islam dalam diri sendiri. Tunjukkan bezanya cara kita berkomunikasi berbanding mereka. Tunjukkan kita belajar subjek yang sama dengan mereka, tapi niat, cara dan tingkah-laku kita berbeza dengan mereka. Biar kita dicela, biar kita dihina atau dikata, tetap teguh dengan pendirian kita, dengan pegangan kita. Jangan asyik fikir nak membalas, tapi fikir bagaimana nak bertahan dan mengubahnya. Tunjukkan itu semua pada mereka yang disekeliling kita..keluarga, rakan-rakan..muslim or non-muslim, melayu atau tidak. Itulah sebenarnya dakwah kita. Biarlah tak digelar pendakwah, ustazah atau sebagainya, tapi itulah dakwah yang paling mudah. Jangan sia-siakan ilmu dan petunjuk dari Allah kepada kita.




Wallahu'alam..

Tuesday, November 22, 2011

Kerana BOLA!



Salam...

OLE!!! OLE!!! OLE!!! OLE!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan yang dikecapi, setelah berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea semalam. Bukan memperoleh..tapi mengekalkannya dalam genggaman. Alhamdulillah, rezeki buat semua rakyat Malaysia. Kalau dilihat balik, ada kemungkinan bola penalti yang terakhir tu dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Garuda Muda. Namun, memang dah ditakdirkan, Malaysia merangkul emas buat kali kedua..Alhamdulillah, bola yg hampir dapat disekat akhirnya berjaya membolosi gol dan memberikan makna yang besar kepada rakyat Malaysia. Hanya kerana sebiji bola... Apa-apa pun, semangat dan usaha Harimau Malaya patut dibanggakan dan dipuji. Semoga pasukan Malaysia mampu terus bangkit dan maju ke hadapan..insyaAllah...




Bila teringat detik-detik yang melanda rakyat Malaysia dari seluruh negara semalam...terbayangkan, andainya perasaan dan suasana itu mampu dirasakan dan dialami..bukan kerana memperoleh pingat emas, tapi kerana kebangkitan dan kemajuan Islam, sangat indah kan?

Bila bermain bola..semua pemain akan berkejar ke sana-sini tanpa menghiraukan penat dan sakit mereka, hanya kerana ingin merebut sebiji bola. Hanya kerana sebiji bola, biarlah lenguh dan lebam satu badan, asalkan akhirnya kemenangan berpihak pada kita. Andai bola itu terlepas ke pihak lawan, pasti setiap pemain akan cuba menghalangnya dari menjaringkan gol! Berkejar sepenuh hati, asalkan bola kembali kepada pihak kita dan biar kita yang membawanya ke gol pihak lawan, bukan mereka. Bola dijaga dengan baik, ditendang dengan baik agar tidak tersalah arah, aim kena tepat dan betul. Tersalah aim, tersasar sikit, rasa menyesal sampai terus teringat-ingat dan orang mula mempertikaikan skill yg kita ada. Stamina pemain kena maintain dari mula sampai akhir. Jangan semput, jangan penat dan yang paling penting, sakit macam mana sekalipun, tetap tak menghalang pemain-pemain untuk terus berusaha sehingga wisel penamat ditiup.

Alangkah indahnya jika kita menjaga Islam seperti mana pemain bola mempertahankan bola yang satu! Andainya musuh kita mempermainkan Islam, kita segera 'berkejaran', sanggup melakukan apa sahaja asalkan Islam tidak dihina dan dicaci sesuka hati. Islam 'dibawa' dengan penuh berhati-hati, setiap sudut diperhatikan agar tidak ada pihak lain yang cuba merosakkannya. Nak sampaikan Islam perlukan aim dan hala tuju yang jelas..bukan main 'tendang' sesuka hati ke arah mana saja yang kita nak, asalkan Islam tersebar sudahh!!

Nak mempertahankan Islam dengan baik..kita pun PERLU jadi pemain yang hebat kan. Ada skill tersendiri. Sentiasa bersemangat, stamina yang sentiasa maintain. Biar sakit, biar penat..tetap terus bangkit dan maju untuk menyampaikan Islam, seperti mana pemain-pemain bola yang tak pernah menjadikan keletihan sebagai penghalang untuk bermain dengan baik. Nak jadi 'pemain' yang hebat..bertungkus lumus berlatih siang dan malam. Biarlah latihan sama yang diulang setiap hari, tapi tetap kita follow sebab kita nak jadi pemain yang berprestij, yang mantap dan yang paling penting..kita nak jadi pemain yang mampu MENJARINGKAN GOL! Gol kita sebagai umat Islam..hanya satu..iaitu mendapatkan redha Allah! Tak nak ke kita jadi orang yang berusaha bermatian untuk mendapatkan redha Allah?? Kalau kita sangat gembira bila dapat jaringkan bola ke dalam gol di padang..bukankah kita patut lebih gembira kalau kita mampu menuju GOL kita yang paling utama dan tak terhingga nilainya??? Kalau padang yang berlumut, dengan panas terik mampu kita tempuhi semasa bermain bola, tak sanggupkah kita menempuh segala liku dalam menyampaikan Islam sedangkan nikmat di akhirnya lebih bermakna daripada nilai pingat emas yang kita inginkan di dunia ni? Kalau kita mampu berusaha untuk maintainkan stamina kita sepanjang permainan, maknanya kita mampu berusaha untuk maintainkan iman kita. Bila stamina lemah, minum air isotonik..maka bila iman lemah..carilah 'minuman isotonik' untuknya yang hanya ada pada Allah..

Sangat indah kan kalau kita semua mampu menjadi seperti pemain-pemain bola dalam membawa Islam.
"Kalau kita boleh update status kita setiap minit semasa tengok perlawanan bola semalam, kenapa kita tak rasa nak sentiasa update status tentang perkara yang bermanfaat, yang mampu menaikkan iman kita?"
Ayat yang sangat terkesan dalam diri bila baca status seorang kawan saya. Kita bersungguh upload video permainan semalam, sanggup bersabar untuk upload biarlah internet lembap pun, tapi kenapa kita tak pernah nak buat macam tu untuk upload video berkenaan keindahan Islam? T_T

InsyaAllah peringatan dan muhasabah untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga kita terus berusaha menjadi pemain yang hebat, bukan hanya di mata manusia, tapi juga di mata Allah. Jagalah Islam..kerana ia adalah harta yang paling berharga buat kita kaum muslimeen, lebih berharga dari sebiji bola ~




Wallahu'alam...

Sunday, October 23, 2011

Baru VS Lama


Salam..

Kali ni..nak berkongsi sesuatu sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua insyaAllah..

Situasi (1) :





" Fuyoooooo...mantapla ko Zam. Mahal kot kereta kau ni.."

" Smart kan? Fuhh! Tak sangka doh aku beli kereta ni. Bangga rasa.. Cantik gila..Smart pulak tu. Well, Honda Civic kottt..haha.."

" Ni sure tak boleh calarkan ni.. Nanti ada orang marahla kereta kesayangan dia rosak.huuuu.."

" Woittt! Jangan calarkan ok! Mahal beli ni, sayang kot. Jangan sesuka hati calarkan ek. Sesiapa yang calarkan..siapla, ada yang kena bayar ganti rugi nanti.."


"Amboi!!! Garangnya Bang Long.hahaha. Relaxla...takdenye nak calarkan. Acah jerrr..heeeee.."

" Mestila marah. Kereta baru kot, ingat apa...????haha.."

Selepas beberapa tahun..........................


Situasi (2) :

" Mak aih! Aduh..sorila Zam, tercalar dah sikit kereta kau ni. Bertambah-tambahla nampaknya kecalaran kat kereta kau ni. Sorila wei, tak sengaja.."

" Emmm..takpe je. Dah namanya kereta buruk, tak boleh nak buat apa dah.huuu.."

"Ish! Buruk-buruk pun banyak kot berjasa dengan ko. Nikmat yang tak terhingga kau dapat kereta tu.."


" Emmm...memangla. Tapi, dah buruk..jalan sikit je bunyi eeekk oookkk. Rasa macam nak beli kereta barula. Sekarang banyak dah keluaran baru yang design cantik-cantik kot!!!"

" Ait..dulu bukan main sayang sangat kat kereta.. Sekarang dah buruk, tak kisah dah! Honda Civic tak memberi makna dah ke?hehe.."




Yang baru dah menjadi old school, yang baru sudah menjadi lama, yang cantik sudah menjadi buruk. Tak sudi dipandang, tak sudi diagungkan. Itulah sifat manusia. Bila beli barang yang baru, sangat sayangkan barang itu, kadang-kadang kawan atau family sendiri tidak menjadi ukuran. Apa yang penting, barangnya selamat, tetap kekal cantik, tetap nampak megah, tidak kira apa yang berlaku. Tapi, lumrah hidup, sunatullah..setiap yang baru akan jadi buruk dan 'kodi' suatu hari nanti. Tidak kira secantik mana barang tersebut, biarlah berjenama sekalipun, tetap akan buruk suatu hari nanti. Bila dah buruk, hilanglah sayang, tiada lagi cinta padanya dan mungkin ada benda lain yang lebih disayangi dan diutamakan daripadanya....

Samalah juga dengan Islam kan???
Zaman dulu, Islam sangat suci, indah dan bersih. Masih baru, tidak dicalari dan dikotori lagi. Semuanya asli. Betapa orang zaman dahulu mengagungkannya, sanggup bergadai nyawa untuknya. Biarlah apa yang berlaku, Islam tetap no satu, tetap diutamakan. Nyawa sanggup digadaikan, keluarga rela ditinggalkan, harta sudi disumbangkan..semata-mata kerana Islam yang agung.

Tapi..zaman sekarang..apa yang dah jadi??? Masihkah Islam itu menjadi satu keutamaan? Masihkah Islam diagung-agungkan? Mahukah Muslimeen menggadaikan nyawa mereka untuk Islam??
JELAS! Islam sudah dilupakan, semakin jauh dari jiwa dan hati Muslimeen sekarang. Islam boleh dipijak-pijak tanpa ada yang menghalang. Tiada yang mempedulikannya, semua lebih mementingkan diri sendiri dari agama mereka sendiri. Apa yang dibanggakan dan diagungkan bukanlah Allah yang SATU..tetapi SATU Malaysia..(opsss..kontroversi). Kenapa semua ini berlaku???

Kerana Islam yang dulunya suci dan indah bersih..sudah dikotori dan dicemari dengan perkara-perkara lain. Islam dah tak asli, tidak seperti keadaannya ketika mula-mula diwahyukan kepada para nabi. Ke mana hilangnya ISLAM yang sebenar??? Siapa yang mengotorinya?? Bukan orang lain, bukan jiran kita, tetapi diri kita sendiri sekiranya kita tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya. Jika kita mencampur adukkan Islam dengan yang lain, maka kitalah yang mencemarinya, bukan orang lain, bukan manusia lain yang berada di tempat lain. Tetapi..semuanya bermula dengan diri kita sendiri..

Kereta yang sudah tercalar, akan dicat semula agar rupanya tetap kekal cantik dan bergaya.
Jika Islam sudah dikotori dan dicemari, marilah kita, pewaris para nabi membersihkannya semula.
Bukan kita menge'cat' Islam itu sendiri, tetapi perbaharuilah 'komponen-komponen' Islam..iaitu diri kita sendiri. Perbaiki diri biar ianya selari dengan Islam itu sendiri..insyaAllah..

Wallahu'alam...

Thursday, October 13, 2011

~: Dream High :~


Salam semua...



Pada sesiapa yang sangat menggilai dan meminati cerita and drama korea, sure akan tahu gambar apakah di atas ni. Nama setiap pelakon pun akan kenal dan ingat. Mungkin ada antaranya yang jadi favourite Korean artist anda-anda semua. Tajuk drama pula..semua orang akan tahu..sebab dah jelas terpampang kat situ. Which is..DREAM HIGH!

Ok! Sejujurnya..saya dah khatamkan drama ni. Bukan sebab saya crazy fan of Korean drama. Tapi sebab ceritanya tentang pelajar-pelajar muzik..and saya minat muzik!hehehe.. So, dipromotekan dengan cerita ini, dan akhirnya, selamat ditonton sampai ke penghujungnya...huuuu. Sangat menarik cerita ini, walaupun ada je bab-bab cintan-cintun yang menjadi basic cerita-cerita korea, tapi tetap ada unsur-unsur lain yang membezakannya dengan drama yang lain. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri, yang dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebenar kita sebagai manusia, and sebagai hamba Allah.
Dan lagunya sedap juga tau! And sangat memberi semangat...


-Lagu yang banyak memberi kata-kata semangat-


Tapi bukan pasal lagu yang dikongsikan bersama dalam post ni, tapi tentang apa yang saya dapat dari cerita ini.

Tajuknya dah menggambarkan macam mana perjalanan drama ni sebenarnya. DREAM HIGH!!
Atau dlm bahasa melayunya, bercita-cita tinggi. Dalam drama ni, apa yang dapat kita lihat bagaimana pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai masalah mereka yang tersendiri, berusaha bermatian untuk mencapai cita-cita mereka yang sangat tinggi, yang sangat mereka idam dan angan-angankan. Mereka berusaha untuk masuk ke sekolah nyanyian, berusaha bersungguh-sungguh agar terpilih dalam audition, berkerja keras meng'improve' diri dalam pelbagai sudut, berpenat lelah berlatih siang dan malam supaya lulus setiap ujian...hanya untuk mencapai cita-cita mereka menjadi penyanyi dan penari yang terkenal di seluruh Korea dan juga seluruh dunia. Kalau dihitung usaha dan kesungguhan mereka, sangat jauh nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang bila belajar pun...kadang-kadang malas, banyak main dan hanya bersungguh-sungguh bila nak exam. Sedangkan, cita-cita kita, nak jadi pendidik, pembangun negara, penggerak bangsa and penyelamat agama adalah lebih mulia dan tinggi dari cita-cita mereka yang hanya inginkan populariti dunia. Banyak reflect pada diri sendiri bila tengok and hayati setiap watak dalam cerita ni.

Satu babak yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang mendalam pada diri ialah saat-saat 6 pelajar cemerlang dalam cerita ini berusaha untuk mendapatkan contract yang sangat bermakna dan digilai semua peminat muzik. Nak dapatkan contract dan kelulusan untuk bertanding, di mana syaratnya sangat tinggi dan sukar dicapai. Dalam kesemua 6 pelajar tu, tak ada seorang pun yang cukup kelayakan untuk join pertandingan tu. Tapi, diorang tetap apply dan cuba yang terbaik untuk dipilih bertanding walaupun mereka tahu mereka tidak layak sama sekali. At the end..kesemuanya berjaya dipilih dan hanya mereka saja yang mengisi borang untuk menyertainya. Syarikat rakaman tu just nak uji sejauh mana kesungguhan mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Samalah dengan kita. Mungkin ada antara kita yang tak berani untuk ke hadapan, untuk berucap. Ada antara kita yang rasa dirinya tidak layak untuk menjadi murabbi, orang yang mengajak ke arah kebaikan. Kenapa? Kerana kita tahu kita tak cukup syaratnya, tak layak dan macam-macam lagi alasan kita. Tapi, bila kita akan layak? Sempatkah kita layakkkan diri kita sebelum 'borang ditutup'? Dan sememangnya kita takkan pernah layak. Syaratnya sangat tinggi..sukar untuk kita capai. Kita nak jadi baik dalam semua perkara, tak ada kejahatan langsung..sangat impossible kerana kita manusia yang lemah dan sering lalai. Kita nak jadi kuat dan tabah sepanjang masa, tapi kita takkan mampu mencapainya setiap masa kerana kita manusia yang lemah..yang sentiasa berbolak balik iman dan kesabaran kita. Tapi..bukan kelayakan yang Allah pinta dari kita, tapi Allah inginkan usaha kita untuk mencapai setiap kelayakan yang patut kita miliki. Mungkin kita tak mampu nak menjadi seperti para nabi dan sahabat, tapi Allah nak kita berusaha ke arah itu dengan penuh keyakinan bahawa setiap sesuatu itu, tiada yang mustahil. Biar sesukar dan sepayah mana pun, kita perlu dan harus berusaha siang dan malam macam pelajar-pelajar ni, untuk terus meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri supaya kita dapat mencapai cita-cita tertinggi kita..iaitu SYURGA YANG ABADI!

Kita perlukan kekuatan dan pembimbing untuk menuju cita-cita yang abadi. Dialah Allah, pembimbing dan penolong yang tak pernah lupakan kita, yang sentiasa bersama dan tidak akan sesekali kita lemah dan resah bila bersamaNya. Jika ingin menuju yang abadi..mintalah pada yang kekal abadi. Jika ingin mencapai cita-cita yang tinggi..tetapkan hati bersama yang Maha Tinggi. Jika ingin kekuatan yang berpanjangan..yakinlah itu semua akan hadir dari Dia yang Maha Kuat dan Kuasa atas segala sesuatu...

Wallahu'alam.....

Monday, September 26, 2011

Mati itu PASTI!

Salam semua...

Pagi ni, keluarga Al-Kenali dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Tok Su Abdullah Zawawi di Mekah. Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman..Ameen! Walaupun tak berapa rapat dengan arwah kerana duduk berjauhan..namun hanya doa yang mampu disedekahkan kepadanya agar mendapat pengakhiran yang baik di sana..InsyaAllah. Datuk saudara bongsu dan yang terakhir dari sebelah baba. Sekarang..tiada lagi datuk saudara dari belah Al-Kenali.

Bila dengar berita tentang kematian, dah pasti kita pun merasakan ketakutan dan kebimbangan dalam diri sendiri.
" Bila agaknya masa aku"...
" Cukup dah ke amal aku kalau aku dicabut nyawa sekarang"...
Kita mula bermuhasabah tentang amal kita dan hidup kita. Setiap kematian yang berlaku di depan mata sebenarnya memberikan kita pengajaran dan peluang untuk kita bermuhasabah. Tak mungkin ada orang yang bila menerima berita tentang kematian sesiapa sekalipun..hatinya kosong..tiada rasa apa-apa. Pasti akan wujud sedikit perasaan sedih, bimbang dan takut! Itulah kita...manusia..umat Islam di zaman ini.

Tapi...para sahabat..para syuhada' dan pejuang-pejuang Islam yang dahulunya tak pernah walau sesaat pun mereka takut untuk mati. Subhanallah. Hebat dan teguhnya iman mereka. Bukan mereka takutkan kematian..malah mereka sangat menginginkan kematian. Kerana apa? Kerana mereka sudah bersedia dan mereka yakin dengan janji-janji Allah. Mereka yakin bahawa mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai hamba Allah di dunia ini. Jadi...tak guna rasa takut untuk mati. Malah..bagi mereka..mati itulah kehidupan sebenar mereka. Orang yang beriman dan bertaqwa..tidak takut untuk mati kerana mereka tahu, mereka akan bertemu dengan Allah yang mereka sayangi apabila mereka mati. Mereka tahu..kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal dan setiap amalan yang mereka lakukan di dunia..balasannya akan diterima di sana. Tapi kita...saya..dah bersedia ke menemuiNya? T_T

Apa yang perlu kita lakukan agar kita bersedia untuk menemuiNya pada bila-bila masa??
Iaitu kita melakukan setiap amalan dalam kehidupan seharian kita dengan SEBAIKNYA bukan SEBANYAKNYA. Ramai akan berkata,
" Buat apa buat baik awal-awal. Nanti kalau kita dah besar dan dewasa, barulah buat amal banyak-banyak, top-up apa yang dah tinggal sebelum ni.hehe.."
Yurp! This answer is TOTALLY WRONG. Sebabnya? Sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Rasanya semua orang sedar akan perkara tu, di mana..hidup dan mati kita bukan dalam kawalan dan pengawasan kita. Kita tak boleh pilih tarikh nak mati..tak boleh nak lambatkan walau sedetik pun saat untuk kita pergi..dan kita takkan tahu sama ada kita mampu hidup lagi atau tidak apabila umur kita meningkat. Itu semua sangat jelas..dan dah banyak kita lihat depan mata. ada yang mati dengan serangan jantung secara tetiba,ada yang meninggal masa umur sangat muda dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku di sekeliling kita.
And one thing yang perlu kita ingat ialah...Allah tidak menginginkan hambaNya yang BANYAK BERAMAL, tetapi dia menginginkan hambaNya yang BERAMAL DENGAN SEBAIKNYA. Dalam Al-Quran sendiri..tak ada ayat-ayat yang menyebut tentang manusia beriman yang banyak beramal akan mendapat ganjaran syurga. Tetapi sebaliknya, Allah berfirman...siapa di antara kamu yang paling baik amalannya akan mendapat balasan syurga. Tak perlulah kita nak sujud setiap malam sampai lenguh badan-badan kalau hati kita tak cukup ikhlas dan yakin dengan amalan yang kita lakukan. Tak perlulah kita nak dermakan semua harta untuk kemajuan Islam kalau kita ragu-ragu dalam melakukannya. Biar sedikit amalan kita..tapi jadikan ianya amalan terbaik kita. Macam orang selalu kata.." Bukan kuantiti yang menjadi ukurannya..tetapi kualiti yang menjadi kayu ukur". Mana kualiti amalan kita? Tanya hati..cari jawapannya sendiri.

Semoga kita mampu memperbaiki setiap amalan kita. Apabila kualiti sudah terjamin...insyaAllah, sama-sama kita meningkatkan kuantitinya pula. Biar kualiti dan kuantiti setanding, jangan kualiti melebihi kuantiti, kerana itu tidak memberi apa-apa erti......

Wallahu'alam...

Tuesday, September 13, 2011

:: Nak Mengadu? ::

Salam...

Hari ni sebenarnya tak ada banyak benda pun yang dilakukan. Tapi, ada sesuatu yang telah terjadi. Something unpredictable and unforgettable.. Dan yang pasti, peristiwa itu telah memberikan banyak pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah...

Petang tadi.. si dia bercerita, meluahkan perasaan dan rahsianya pada aku. WAH!!! Sangat terkejut dan kelu. Orang yang tak disangka-sangka mula membuka cerita,meluahkan segala yang terpendam yang tak pernah diceritakan pada orang lain, dan akulah orang pertama yang menjadi saksi segala kejujuran serta luahan perasaannya yang sangat mengejutkan. Dan rasa sangat janggal sebenarnya berada dalam situasi itu. Tapi, I'm sure there's reason behind all that. Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku and nak aku belajar sesuatu dari apa yang telah dikongsikan pada aku.

Memang betul apa orang kata, luar nampak gembira dan bahagia, tapi hakikatnya penuh luka dan duka di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Bukan dia nak jadi hipokrit, tunjuk kuat dan tunjuk hebat pada orang luar. Tapi, TIADA TEMPAT MENGADU untuknya. Mengadu pada yang disayang, makin parah lukanya. Nak mengadu pada keluarga tercinta, tak mampu diluahkan. Kawan? Apatah lagi, sekejap datang sekejap pergi. Tiada tempat untuk bersandar, tiada tempat untuk meluahkan yang terpendam. Dan akhirnya, apa yang dipendam menjadi punca kepada masalah yang lain.

Lepas dengar semua cerita yang selama ini berselindung di sebalik kemewahan rumah yang dimiliki, Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Hanya perkataan ini yang mampu terluah. Alhamdulillah kerana aku masih ada ramai orang di sekeliling yang mampu menjadi pendengar, penasihat dan tempat untuk aku bersandar. Alhamdulillah kerana setiap kebahagiaan dan keseronokan yang aku pamerkan bukanlah lakonan semata-mata. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi segala masalah yang melanda, walaupun mungkin ada antaranya yang masih tiada penyelesaiannya lagi.

Kemudian, aku terfikir.... Andainya perkara itu terjadi pada diri aku pulak...apa yang aku akan lakukan??? Macam mana aku nak laluinya??? Kuatkah aku untuk mengharungi semuanya??? Setiap orang akan diuji, dan terus diuji kerana melalui ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita. allah ingin kita kembali mengingatinya. Allah ingin kita berusaha mengharunginya dan jangan sekali kita berputus asa.

Kadang-kala, bila ujian datang...kita sibuk mencari tempat untuk mengadu segala masalah yang menyerabutkan kepala. Nak mengadu pada siapa?
Mengadu pada keluarga..kadang-kadang mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, ada ke masa untuk kita??? Mengadu pada kawan pula..ada yang dekat, ada yang jauh, sukar untuk dihubungi dan kadang-kadang lost contact macam tu je. Nak mengadu pada siapa lagi? Kita rasa keseorangan..rasa buntu, tiada hala tuju. Sedih dirasakan bersendirian, luka dipendam sendirian, duka ditahan sendirian. Akhirnya??? Kita yang stress, kita yang merana, kita yang terseksa dengan setiap perkara yang berlaku.

Rupa-rupanya kita lupa dan tidak tahu bahawa Allah itu DEKAT dengan kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
( Al Baqarah: 186)

Allah yang mendatangkan ujian kepada kita. DariNya datang segala stress, kesedihan, kepahitan yang kita rasa selama ini. Dan dari dia juga kita diberikan rasa gembira, bahagia, suka dan tawa. Jadi..patutkah kita mengadu pada yang lain?? Ya..mungkin kita perlukan kongsikan apa yang terbuku di hati dengan seseorang yang kita nampak dengan mata kasar, yang mampu menyahut setiap kali kita berbicara. Namun, jangan kita lupa pada yang lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Kita mengadu pada manusia, jangan kita lupa untuk mengadu dan merayu padaNya. Mengadu pada Allah tak bererti kita tidak redha akan ujianNya. Namun, kita mengadu padaNya supaya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala yang berlaku. Memohon padaNya dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk dan keyakinan. Allah sangat dekat dengan kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Teruskan berdoa dan bersabar setiap kali kita diuji.

Wallahu'alam...



Tuesday, August 23, 2011

~: Peluang Satu Anugerah :~

Salam wrm...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..alhamdulillah... No other words can really describe my feeling right now! Hanya rasa bersyukur atas nikmat dan peluang yang Allah berikan. Seminggu yang lalu baru je balik dari satu program yang singkat, tapi cukup kena dengan diri ni. Sangat berkesan dan insyaAllah dapat membantu dalam menghadapi segala kelemahan dan masalah yg sering membelenggu diri. Walaupun hanya dua hari sahaja programnya, tapi dua hari itu telah banyak memberikan ilmu dan pengajaran untuk diri ini. Oh..sebelum tu..SELAMAT HARI RAYA dan maaf zahir dan batin! Lama dah nak publish post ni..tapi last-last sampai dah raya..baru dapat publishkan..huuuuuu..

OK! Back to the real topic.. :D
First and last program yang mampu pergi sepanjang cuti Summer ni. Ohh..sedihnyeee T_T
Sangat sedih sebenarnya bila tak dapat nak meluangkan masa untuk pergi ke program-program sebelum ni. Ramai kawan-kawan yang dari jauh pun mampu nak pergi sana sini dari sebelum Ramadhan sampailah ke akhir Ramadhan. Sangat kagum dengan semangat diorang untuk berusaha pujuk parents supaya berikan kebenaran untuk turun ke area Selatan..semata-mata untuk menambah ilmu dan berjumpa antara satu sama lain.. Sedangkan..aku ni duduk area KL siap.. Most of the programmes were held near my area. Tapi..dalam banyak-banyak program, satu je dapat join. Mungkin perlu sedih, tapi tak perlu rasa rendah diri or menyesal. Walaupun dapat pergi satu je..tapi, itulah yang terbaik! Dan aku mengaku memang itulah yang terbaik sebab pengisiannya sangat kena dengan situasi yang dialami sekarang. Semua dilema, prasangka dan perasaan terjawab dalam masa dua hari tersebut. Alhamdulillah...

Bila baca status-status rakan-rakan yang lain..baca comment kat facebook..baca laporan dalam group..semuanya membuatkan aku rasa sangat JEALOUS! Mula-mula..takdela rasa sedih dan jealous sangat kat diorang sebab dapat macam-macam time program. Tapi..bila dah review balik semua yang diorang discuss time program-program lepas..betapa banyaknye yang aku ter'miss' dan ketinggalan jauh di belakang berbanding mereka..rasa sangat sedih dengan diri sendiri. Tapi..susunan Allah itu cantik. Allah berikan aku masa untuk bersama keluarga..untuk menunaikan tuntutan-tuntutan aku kepada keluarga..instead of join diorang, bersama dengan diorang menambah ilmu dan 'makanan' untuk rohani. Alhamdulillah, setiap yang Allah tentukan itu memang yang terbaik dan tak perlulah kita mempertikaikannya lagi. He knows the best for us!

Sekarang..Alhamdulillah, I've regained my spirit and energy insyaAllah. Semangat yang dulunya lemah..keyakinan yang dulunya kurang..kini insyaAllah segalanya mula meningkat dan bercambah. Semoga Allah kukuhkan perasaan ini..dan tetapkan keyakinan dan semangat yang ada sekarang..supaya ilmu yang ada terus tersebar dan ramai lagi orang lain yang dapat merasakan apa yang aku rasakan kini.. AMIN!!!!

Wallahu'alam..

Sunday, August 21, 2011

:: No Tries..No Hopes ::

Salam...

Dari tadi CUBA mencari mood utk tidur, tapi tak dapat-dapat jugak! Lepas bangun tadi..terus segar bugar. Pelik juga dengan kekuatan yang Allah bagi ni. Tapi mungkin Allah nak suruh aku menulis sesuatu untuk mengisi masa lapang ni..huuuuu. So..blog, here I come. :D

Oh..kenapa perkata 'CUBA' dibesarkan ni?huhu...
Sebab topik utk kali ni ialah tentang...MENCUBA atau dalam bahasa Inggerisnya ialah TRY!

Alhamdulillah, satu pengalaman..or boleh dikatakan satu kemajuan dalam diri ini sepanjang cuti Summer ni ialah dari segi berani mencuba. Secara jujurnya..Nada Ismail ni seorang anak yang sangat kecut dan takut pada mamanya..huuuuu. Tak tahulah hantu 'takut' apa yang merasuk dalam diri. Tapi, kalau nak meminta something dari mama...Ya Allah..boleh dikatakan kemungkinan besar takkan terlafaz kata-kata tu di mulut. Sebelum berdiri depan mama..punyalah karang ayat baik punya. Tapi..once mata dah bertentangan mata...jantung laju je berdegup and lidah terus kelu.huhu. Macam kena bomoh ngan mama sendiri je rasanya.haha. Maklumlah..adik kan! :P

Tapi..Alhamdulillah, satu peningkatan dalam diri yang boleh dibanggakan jugakla. Sekarang ni, rasa takut pada mama tu masih ada, tapi tak seteruk dulu. Sekarang..rasa lebih free and tenang nak mintak apa-apa dari mama. Walaupun..takdela tenang mana, tapi sekurang-kurangya perasaan yang dulu tu dah menurun sikit. Kalo dulu..nak minta keluar rumah tu..macam satu azab yang sangat menakutkan. Tapi..Alhamdulillah again..Allah dah berikan satu kekuatan untuk berdepan dengan parents, and meluahkan segala keinginan di hati.

Macam mana boleh jadi macam ni???
Kuncinya ialah dengan terus mencuba! Yurp! Satu percubaan yang mampu meyakinkan dan menguatkan diri. Mula-mula nak minta...kurang yakin. Tapi Allah berikan kekuatan untuk mencuba nasib..mencuba meningkatkan keyakinan diri dalam setiap hal. Selagi tak cuba..macam mana nak tahu mama izinkan ataupun tak kan? Macam mana kita nak tahu mama marah ke tak...mama suka ke benci ke.. Semuanya kita takkan tahu kalau kita tak mencuba. Selagi tak mencuba..kita takkan nampak harapan dan matlamat kita.

So..kesimpulannya..teruskan mencuba dan mencuba dan mencuba. Jangan berhenti mencuba dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita. Kalau kita kurang yakin pada diri sendiri..tanamkan perasaan dan semangat untuk mencuba. Kita harus berani untuk mencuba jika kita mahu maju ke hadapan. Kalau kita rasa kita lemah..kurang ilmu..tak ada kepakaran dalam bidang tertentu..terasa diri lebih rendah berbanding yang lain..takkan kita nak terus menerima pandangan-pandangan kita terhadap diri sendiri macam tu je?? Takkan kita hanya mengiakan segala persepsi diri tanpa berbuat sesuatu? Jadi..TERUSKAN MENCUBA! Kita takkan pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita..apa yang Allah takdirkan untuk kita jika kita TIDAK MENCUBA. Percubaan memerlukan usaha dan kekuatan dan Allah memberikan ganjaran dan balasan setimpal dengan usaha kita. Jika kita mahukan lebih..maka berusahalah untuk mencuba dan jangan sesekali takut untuk mencuba.

Wallahua'lam...

( catatan di pagi hari dalam keadaan separa sedar.. ;D )


Thursday, August 4, 2011

Implikasi NKTM!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan untuk tahun ini. Salam Ramadhan pada semua muslimeen. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah untuk kita semua. InsyaAllah.

Dah lama sangat sebenarnya tak update blog ni. Ingatkan bila balik Malaysia, dapat update selalu..sebab banyak juga masa free. Tapi, rupa-rupanya, balik ni lebih busy dari study kat UK. Tapi, Alhamdulillah..hari ni ada sedikit masa free. ^_^

Ok! So kali ini, nak bercakap tentang NKTM. Haaa...apakah NKTM ni??? NKTM stands for Nur Kasih The Movie!



Sure ramai tahu filem ni kan. Dulunya adalah sebuah drama yang sensasi dan menjadi tatapan ramai rakyat Malaysia. Kini, dah ada filem pulak. Nak menunjukkan betapa drama Nur Kasih ni dah menyentuh hati peminat-peminatnya! And, Nada Ismail tak ketinggalan menjadi salah seorang peminat dramanya..cuma tak segila orang lain. Tapi yang pasti, time kat UK dulu, bila dengar je NKTM dah ditayangkan..dah ada trailer...FUH!!!! Punyala tak sabar nak tengok. Dan akhirnya..impian tercapai. My opinion : nice movie. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari cerita ni. Saya bagi...3 bintang dari 5. :D


Bagi sesiapa yang dah menonton filem ni, sure akan ingat satu scene sharing Adam dan juga kelab remajanya. Satu scene yang pendek, tapi mesejnya sangat bermakna. Point yang ditekankan dalam scene itu ialah..." Tak lengkap iman kita jika tak sedekahkan barang yang kita sayang".
Sedekah! Satu ibadah yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Mungkin mudah bagi kita untuk merasakan kehebatan dan kesempurnaan amal sedekah kita, asalkan kita ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit. Tapi..sebenarnya, ada tiga perkara yang menjadikan sedekah kita itu berkualiti. Firstly, barang yang hendak disedekahkan mestilah baik dan bagus. Kedua, barang tersebut mestilah halal dan tidak bercampur dengan perkara syubhah. Dan yang terakhir ialah, memberikan barang yang kita sayangi.

Nak memberi itu mungkin tidak terlalu sukar untuk kita lakukan. Tetapi, untuk memberi sesuatu yang kita sayangkan, mungkin ha
nya sebahagian dari kita sahaja yang mampu melakukannya.

" Bro..setahu akulah kan, sayang ni ada banyak jenis. Ada yang kita sayang sikit, ada yang kita sayang lebih. Macam mana kalau aku bagi yang aku sayang sikit je??"
" Boleh! Tapi Mat kena ingatlah yang kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita berikan."

Ini salah satu dialog dalam filem Nur Kasih..dialog antara Adam dan Mamat time scene sharing tu. Sesiapa yang dah tengok ceri
ta ni pasti kenal siapa Mamat yang disebut-sebutkan ni. Iaitu, seorang remaja yang dulunya mempunyai akhlak yang tidak elok, kemudian dididik oleh Adam dan Aidil untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. At the end of the film..he is the real hero. Dia sedekahkan barang yang paling disayanginya...HATI...kepada Adam supaya Adam dapat meneruskan perjuangannya dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anak dan isterinya. Satu pengorbanan yang memberi sejuta harapan.


Mamat..watak sampingan yang membawa pengajaran bermakna


Mampu ke kita berkorban seperti Mamat? Memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita kepada orang lain? Kita sebenarnya sangat dituntut untuk memberikan barang yang kita sayangi kepada orang lain yang lebih memerlukan dan hukumnya adalah sunat! Allah sendiri berfirman,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

(Surah Al-Imraan, ayat 92)

Ini adalah satu ujian untuk umat Islam yang mengaku dirinya beriman. Tahap keimanan kita belum tinggi jika kita tidak mendermakan, memberikan dan membelanjakan sesuatu yang kita sukai dan kita sayangi! Jiwa kita masih belum baik sekiranya kita masih merasa berat untuk melakukannya. Kita akan mendapat setimpal dengan apa yang kita berikan. Jika kita mahukan nikmat dan ganjaran yang lebih, berilah yang lebih kita sayangi. Jika kita hanya inginkan sikit sahaja, jadi berilah yang kurang kita sayangi. Mulanya, kita akan merasa sedih dan sakit untuk memberikan sesuatu yang kita sayangi, namun nikmat yang bakal kita terima mampu menghilangkan kesedihan dan keperitan yang kita rasakan dahulu. Andai barang yang baik dan halal yang kita sedekahkan itu digunakan ke arah yang baik, mampu mengubah dan memudahkan kehidupan seseorang, kita akan mendapat ganjaran dalam setiap detik kehidupan mereka.

Macam dalam Nur Kasih The Movie, Mamat mungkin dipandang hina ketika hidupnya di dunia. Mungkin amalan yang mampu dilakukannya sepanjang kehidupannya tidak seberapa, namun insyaAllah dia mendapat ganjaran dalam setiap kebaikan dan kebahagiaan yang Adam lakukan walaupun pada saat itu, Mamat sudah tiada lagi di dunia ini. Hidup di dunia hanya untuk sementara, dan yang kekal pastinya di akhirat kelak. Jangan kita takut dan sedih untuk menderita di dunia yang sementara, tapi risaulah jika kita tak mampu untuk berbahagia di akhirat sana.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh tingkatkan amalan mulia dan cuba untuk mengekalkannya sampai bila-bila. Jadikan Ramadhan ini permulaan untuk sesuatu yang baru, yang mampu membawa kita ke jalan yang dituju..insyaAllah.

Wednesday, June 22, 2011

Hanya Satu Ayat!!

Salam

Wah!! Dah sangat lama rasanya tak update blog. Mula-mula busy dengan exam, pastu busy berjalan sana-sini, dengan program-program bersama ahli Brummies. Macam-macamla yang menghalang. And bila ada masa pulak, duk menonton tayan
gan bersama housemates tersayang.huhu. Macam-macam cerita dah khatam setakat ni, tapi Quran pun tak sempat nak khatam lagi. HAISH!!!

Ok! Setelah lama mendiamkan diri, insyaAllah sementara nak t
unggu Subuh ni, nak share pasal SATU AYAT yang dapat merungkai pelbagai perkara dalam hidup kita sebagai manusia.


"Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur."

Ash-Shura : 33

Ayat yang ringkas tetapi memberi banyak makna kepada kita jika kita mentafsirnya secara terperinci.

So first, nk highlightkan beberapa point yang penting!
Fisrt, tentang KAPAL..





Apakah sebenarnya significant penggunaan atau perbandingan kapal dalam ayat ini? Apa kaitan dan persamaan antara orang mukmin atau senangnya, manusia dengan kapal? Kenapa Allah menggunakan perkataan kapal dalam ayat ini? Dan sebenarnya banyak lagi ayat lain yang Allah gunakan perkataan 'KAPAL' sebagai satu perbandingan dan analogi untuk kita kaji dan kaitkan dengan kejadian kita. Why is it so??
Cuba kita bayangkan jika ada sebuah kapal, yang terapung di tengah lautan yang luas. Tiada kapal lain ataupun pulau ataupun apa sahaja di sekelilingnya, melainkan lautan biru yang luas terdampar. Tiada wifi, tiada line phone, tiada saluran el
ektrik. Senang citer, there is nothing there! Kosong dan sunyi tanpa sebarang bantuan. Then, apa yang akan berlaku pada kapal itu?Secara logik dan sunnatullah, kapal itu akan berlayar mengikut arus ombak yang membawanya ke mana arah sekalipun. Kapal itu akan bergerak berdasarkan tiupan angin padanya. Kelajuannya juga dikawal oleh angin yang menghembus. Kapal itu tiada pergantungan, melainkan hanya berdasarkan angin dan ombak. Dan jika ingin mengetahui arah utara, selatan, timur dan barat, semuanya berpandukan bintang di langit. Secara mudahnya, kita lihat, kapal ini tiada pergantungan melainkan pergantungan kepada kuasa Allah semata.

So, kitalah kapal yang dimaksudkan itu. Kita kapal yang belayar di lautan 'DUNIA'. Maka seharusnya kebergantungan kita 100% hanya kepada Allah semata. Tak kira kita sedih, gembira, kecewa atau apa sahaja, segalanya perlu dikembalikan kepada Allah. Allah adalah tempat mengadu, Allah adalah tempat meminta dan Allah adalah segalanya dalam hidup kita. Dan yang paling penting, kita 'belayar' di dunia ini dengan kuasa, nikmat dan rahmat Allah. Tanpa ini semua, WE ARE NOTHING IN THIS WORLD!
Hidup kita dari Allah dan hidup ini hanya untuk Allah..

Point kedua,
kenapa kita harus bersabar dan kemudian barulah kita bersyukur?

Dalam kehidupan kita ini, kita takkan lari dari ujian, tak kiralah ujian yang besar atau hanya ujian kecil yang mampu diselesaikan dalam waktu yang singkat. Yang pasti, hidup ini selari dengan ujian dan ujian itu adalah kehidupan. Bila ditimpa musibah, kita seharusnya bersabar. Ujian yang melanda sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Kita tidak akan sekali diuji dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, itu janji Allah. Maka, kita hanya perlu bersabar dan berusaha untuk menjalani setiap dugaan itu dengan baik kerana kita yakin ada hikmah menanti di penghujungnya. Mungkin kita memerlukan masa yang lama untuk mendapat hikmah atas segala ujian yang melanda atau mungkin dalam masa yang singkat, kita memperoleh hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak kira
bila dan di mana kita mendapat hikmahnya, tapi apa yang pasti, pada saat itu, kita akan rasa tenang dan bersyukur kepada Allah kerana diuji sedemikian rupa. Kita akan tahu, jika kita tidak diuji sebegitu pada waktu dulu, sudah pasti kita tidak akan mendapat apa yang kita peroleh di saat ini.
Kerana itulah, kesabaran melahirkan rasa bersyukur. Tanpa sabar, kita tidak akan mendapat hikmah yang Allah sediakan untuk kita dan rasa syukur itu tidak mampu kita zahirkan. Tetapi, jika kita bersabar, terus berusaha dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka, PASTI suatu hari nanti kita akan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala yang diberikan kepada kita samada ianya yang baik mahupun yang buruk.

SUBHANALLAH! Sungguh indah ayat-ayat Allah. Dalam satu ayat yang pendek dan ringkas, Allah mengajar kita tentang pelbagai perkara. Ini hanya SATU AYAT dari Al-Quran. Cuba bayangkan, betapa banyaknya ilmu dan petunjuk yang Allah b
erikan kepada hambaNya dalam kita Al-Quran. Al-Quran itu adalah satu buku yang lengkap untuk kehidupan kita, tak mengira zaman dan masa. Jika ditanya, "buku apakah yang paling bagus untuk dibaca?", tiada jawapan lain selain AL-QURAN AL-KARIM!

Wallahua'lam..



Friday, April 1, 2011

:: Kenali Dia ::

Alhamdulillah..berkesempatan juga akhirnya nak menulis kat blogku yang dah lama menyepi. Sebelum ni takdelah busy sangat..tapi tetap tak sempat nak post something. And hari ni, sempena mulanya Easter Break..sempat jugaklah berkongsi sedikit ilmu dan cerita.
So, post kali ni nak cerita tentang
CINTA! Huuuuuu...jiwang tak??? Jarang-jarang sekali nak dengar Nada Ismail bercerita tentang cinta ni. Tapi hari ni diberi idea untuk bercakap tentang cinta.


Cinta ni bermula dari hati kan? Cinta itu perasaan yang lahir dan hadir bila hati kita suka dan sayangkan sesuatu. Dan ada yang mengatakan bahawa cinta yang suci itu datangnya dari hati. Maka, hatilah yang menjadi indicator kita. Bila kita bencikan seseorang...kita dapat rasa yang hati kita tak tenang bila berjumpa dengan dia. Dan bila kita cintakan seseorang..hati kita berbunga-bunga, rasa bahagia bila kita berjumpa dengannya.
Itu kalau kita cintakan manusia. Macam mana pula kalau kita cintakan Pencipta kita Yang Esa? Mungkin kita tak dapat melihat Allah dengan mata kasar, tapi tak bermakna kita tak boleh nak mencitai Allah kan? Cinta kepada manusia itu hanyalah sementara sedangkan cinta pada Yang Esa kekal selamanya. Itulah cinta agung dan kekal abadi.. ^_^




As people said, "Tak kenal maka tak cinta". Statement ni memang sangat benar. Sebab kalau kita nak mencintai sesuatu ataupun seseorang, kita kena betul-betul tahu setiap ciri,peribadi dan sifat mereka. Kalau tak kenal, macam mana kita nak cinta? Kalau tak tahu, macam mana boleh jatuh hati?
Same concept apply here. Kita nak mencintai Allah..tapi macam mana kita nak mencintaiNya kalau kita tak kenal Tuhan kita? Macam mana kita nak mencintai Allah kalau kita masih ragu-ragu dengan sifat-sifatNya? Dan macam mana kita nak mencintai Yang Kuasa jika kita tak cuba untuk mengetahui maksud di sebalik nama-namaNya yang indah? Kalau dalam dunia realiti, bila kita sukakan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk betul-betul kenal siapa dia sebenarnya. Dia suka makan apa..dia suka minum apa..dia tak suka apa..itu ini.. Setiap inci dan sudut dirinya kita cuba kaji dan selidik. So..bukankah kita patut buat perkara yang sama untuk memperoleh cinta yang abadi?
Sebenarnya..tanpa kita sedar ataupun tak..kita mampu mengenali dan mencintai Allah dengan melihat kepada ciptaanNya.
Analoginya >>>
Ok! Firstly, bayangkan ada sebuah kereta bergerak di jalan raya. Apa yang kita fikirkan? Mesti kita ingat yang ada driver yang pandu kereta tu. Kalau tak, macam mana kereta tu boleh bergerak sendiri. Betul tak?
So..kalau kita lihat alam sekeliling kita. Planet-planet berputar pada paksinya, haiwan berlari ke sana sini dan kita sendiri boleh menaip, membaca, bercakap dan macam-macam lagi. So, mesti ada sesuatu yang menggerakkan dan menjadikan semua ni, betul? And..dari situ kita tahu dan yakin bahawa Allah itu memang wujud.

Situasi kedua.. Bayangkan kita nampak kereta Honda Civic atau mana-mana kereta canggih yang lain depan mata. Kita mesti rasa kagum dengan pereka kereta tu kan? Nampak gah je kereta tu atas jalan raya. And kita mesti bayangkan yang penciptanya seorang yang berilmu tinggi, bergaya, berpandangan jauh dan macam-macam lagila pandangan-pandangan yang hebat.
Bila kita lihat matahari yang mampu memancarkan cahayanya sendiri, bunga-bunga yang berkembang mekar, manusia yang dicipta dengan sempurnanya...tentu kita boleh bayangkan betapa hebat kuasa Allah yang menjadikan segalanya di dunia ni. Kalau kita lihat manusia yang sangat adil dalam melaksanakan keputusan..kita harus sedar yang Allah Maha Adil. Jika kita lihat bunga sangat cantik..kita harus yakin bahawa Allah itu lebih cantik.

Subhanallah. Everything is out there. Allah tidak menyembunyikan tanda-tanda kekuasaan dan kewujudanNya dari kita. Dah jelas semuanya di depan mata kita. Cuma tinggal diri kita sendiri..sama ada kita melihat sambil berfikir atau hanya melihat tanpa mampu mentafsirkan apa yang tersirat. Jadi..cuba untuk mengenali dan mencintai Pencipta kita Yang Agung dengan lebih mendalam lagi. Kerana..dengan cintaNya kita masih mampu untuk hidup dan bernafas hingga ke saat ini. Itulah cinta yang perlu kita cari~~~


Tuesday, February 15, 2011

:: Muhasabah Diri ::

As-salam...

Alhamdulillah. Semalam,insyaAllah genaplah 21 tahun diri ini wujud di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang merasa umur 21 tahun berbanding orang lain yang tak sempat melalui detik-detik bergelar seorang dewasa 20-an. Dan hari ini, menurut kalendar, tarikh Maulud Rasulullah s.a.w. Mungkin ada banyak khilaf tentang sambutan Maulud Nabi ni, tapi cukuplah sekadar kita mengingati baginda dan sentiasa berselawat ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat. Tak perlu tunggu Maulud Nabi..sepatutnya setiap hari dan ketika kita perlu lakukannya (pesanan untuk diri sendiri ni T_T).

Emmm...dengan teknologi yang serba canggih ni, tak sangka mampu memenatkan kita juga. Tambah-tambah kalau sampai tarikh birthday kita..masyaAllah..tak terkira berapa banyak mesej and post kat Facebook yang dah dibalas. Kurus jadinya tangan ni..kuat sangat menaip. Dengan mesej handphone lagi. Subhanallah..terasa diri begitu bermakna even sebenarnya ramai yang wish sebab keluar kat wall diorang.huuu. Tapi..Alhamdulillah, itu tandanya ukhuwwah yang terjalin masih belum putus. Terima kasih pada semua yang wish semalam dan hari ini ataupun bebila saja. Tak kisahla korang mengenali diri ni atau tak, wish tu pun dah cukup bermakna. Terasa diri begitu berharga.. ^_^

Dah jadi kebiasaan kan.. Setiap kali sampai je birthday kita, mesti orang akan hantar mesej..doakan macam-macam untuk kita. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga samada doa tu betul-betul ikhlas dari diorang ataupun hanya sebagai adat. Wallahu'alam. Semoga doa itu tulus dari hati dan semoga dimakbulkan Allah.
Orang ramai mendoakan kita..tapi kita??? Takkan sekadar mengaminkan dan ucapkan terima kasih je?? Cukupkah itu sebagai balasan untuk doa rakan-rakan, keluarga dan saudara-saudara lain? Cukup besar sebenarnya tugas kita bila tiba harijadi kita. Orang mendoakan yang terbaik untuk kita semua..tapi seandainya kita hanya berdiam diri dan sekadar mengaminkan doa-doa itu..tak rasa ke kita ni HIPOKRIT?? Mintak doa dari semua orang untuk kebaikan kita..tapi kita langsung tak nak berusaha dan bergerak menuju cita-cita kita dengan sendirinya. Ya Allah..terasa berat nak merealisasikan semua doa-doa orang sekeliling. Terlalu banyak dan ada antaranya yang sukar untuk dicapai. Semoga Allah permudahkan segala urusanku..AMEENN~~~

tarikh yg membawa seribu makna
perginya St Valentine yang menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova
lahirnya Nada Ismail yang insyaAllah akan membangkitkan Islam semula
...
sanah helwah nada:)
Ini adalah mesej dan wish dari seorang kawan. MasyaAllah..rasa takut je bila baca mesej ni. Pada satu tarikh yang sama..Allah mengambil nyawa seorang yang menjatuhkan Islam. Dan pada tarikh yang sama juga..seorang puteri dilahirkan ibunya dengan harapan agar segala amanah dan perintah dari Allah mampu dilaksanakan. Dan dengan harapan..kehadirannya di dunia bukan sekadar lebihan dunia..tetapi mampu membantu kebangkitan Islam!!
Bukan hanya tarikh 14 Februari sahaja yang bermakna..tetapi setiap hari bermakna. Setiap hari..akan ada yang menemuiNya..dan akan ada pengganti mereka yang baru wujud di dunia. Yang pergi mungkin sudah melakukan tugasnya sebagai hamba..dan mungkin juga gagal dalam melaksanakannya. Tetapi..pada yang baru sahaja wujud..yang baru sahaja mengenali dunia..janji sudah termetrai, hanya tinggal jasad dan roh untuk bekerja bagi melaksanakan segala janjinya pada Tuhan yang menciptanya.

Jadi!!! YOSH!! Berusaha menjadi hamba yang BERJAYA! Kita tidak diciptakan dengan sia-sia. Setiap sesuatu yang wujud di dunia ini..ada peranannya. Sedangkan kuman yang kecil itu pun ada tugasnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran.
Kita tidak tahu sampai bila kita masih boleh menulis blog..masih boleh menyanyi..masih boleh tersenyum dan berangan untuk masa depan kita. Kalau kita masih nak terus bergoyang kaki..Allah takkan rugi, tapi jangan kita menyesalinya nanti. Kalau kita mampu untuk bangun dan maju ke hadapan..insyaAllah janjiNya pasti menanti.

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia