Thursday, August 4, 2011

Implikasi NKTM!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan untuk tahun ini. Salam Ramadhan pada semua muslimeen. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah untuk kita semua. InsyaAllah.

Dah lama sangat sebenarnya tak update blog ni. Ingatkan bila balik Malaysia, dapat update selalu..sebab banyak juga masa free. Tapi, rupa-rupanya, balik ni lebih busy dari study kat UK. Tapi, Alhamdulillah..hari ni ada sedikit masa free. ^_^

Ok! So kali ini, nak bercakap tentang NKTM. Haaa...apakah NKTM ni??? NKTM stands for Nur Kasih The Movie!



Sure ramai tahu filem ni kan. Dulunya adalah sebuah drama yang sensasi dan menjadi tatapan ramai rakyat Malaysia. Kini, dah ada filem pulak. Nak menunjukkan betapa drama Nur Kasih ni dah menyentuh hati peminat-peminatnya! And, Nada Ismail tak ketinggalan menjadi salah seorang peminat dramanya..cuma tak segila orang lain. Tapi yang pasti, time kat UK dulu, bila dengar je NKTM dah ditayangkan..dah ada trailer...FUH!!!! Punyala tak sabar nak tengok. Dan akhirnya..impian tercapai. My opinion : nice movie. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari cerita ni. Saya bagi...3 bintang dari 5. :D


Bagi sesiapa yang dah menonton filem ni, sure akan ingat satu scene sharing Adam dan juga kelab remajanya. Satu scene yang pendek, tapi mesejnya sangat bermakna. Point yang ditekankan dalam scene itu ialah..." Tak lengkap iman kita jika tak sedekahkan barang yang kita sayang".
Sedekah! Satu ibadah yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Mungkin mudah bagi kita untuk merasakan kehebatan dan kesempurnaan amal sedekah kita, asalkan kita ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit. Tapi..sebenarnya, ada tiga perkara yang menjadikan sedekah kita itu berkualiti. Firstly, barang yang hendak disedekahkan mestilah baik dan bagus. Kedua, barang tersebut mestilah halal dan tidak bercampur dengan perkara syubhah. Dan yang terakhir ialah, memberikan barang yang kita sayangi.

Nak memberi itu mungkin tidak terlalu sukar untuk kita lakukan. Tetapi, untuk memberi sesuatu yang kita sayangkan, mungkin ha
nya sebahagian dari kita sahaja yang mampu melakukannya.

" Bro..setahu akulah kan, sayang ni ada banyak jenis. Ada yang kita sayang sikit, ada yang kita sayang lebih. Macam mana kalau aku bagi yang aku sayang sikit je??"
" Boleh! Tapi Mat kena ingatlah yang kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita berikan."

Ini salah satu dialog dalam filem Nur Kasih..dialog antara Adam dan Mamat time scene sharing tu. Sesiapa yang dah tengok ceri
ta ni pasti kenal siapa Mamat yang disebut-sebutkan ni. Iaitu, seorang remaja yang dulunya mempunyai akhlak yang tidak elok, kemudian dididik oleh Adam dan Aidil untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. At the end of the film..he is the real hero. Dia sedekahkan barang yang paling disayanginya...HATI...kepada Adam supaya Adam dapat meneruskan perjuangannya dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anak dan isterinya. Satu pengorbanan yang memberi sejuta harapan.


Mamat..watak sampingan yang membawa pengajaran bermakna


Mampu ke kita berkorban seperti Mamat? Memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita kepada orang lain? Kita sebenarnya sangat dituntut untuk memberikan barang yang kita sayangi kepada orang lain yang lebih memerlukan dan hukumnya adalah sunat! Allah sendiri berfirman,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

(Surah Al-Imraan, ayat 92)

Ini adalah satu ujian untuk umat Islam yang mengaku dirinya beriman. Tahap keimanan kita belum tinggi jika kita tidak mendermakan, memberikan dan membelanjakan sesuatu yang kita sukai dan kita sayangi! Jiwa kita masih belum baik sekiranya kita masih merasa berat untuk melakukannya. Kita akan mendapat setimpal dengan apa yang kita berikan. Jika kita mahukan nikmat dan ganjaran yang lebih, berilah yang lebih kita sayangi. Jika kita hanya inginkan sikit sahaja, jadi berilah yang kurang kita sayangi. Mulanya, kita akan merasa sedih dan sakit untuk memberikan sesuatu yang kita sayangi, namun nikmat yang bakal kita terima mampu menghilangkan kesedihan dan keperitan yang kita rasakan dahulu. Andai barang yang baik dan halal yang kita sedekahkan itu digunakan ke arah yang baik, mampu mengubah dan memudahkan kehidupan seseorang, kita akan mendapat ganjaran dalam setiap detik kehidupan mereka.

Macam dalam Nur Kasih The Movie, Mamat mungkin dipandang hina ketika hidupnya di dunia. Mungkin amalan yang mampu dilakukannya sepanjang kehidupannya tidak seberapa, namun insyaAllah dia mendapat ganjaran dalam setiap kebaikan dan kebahagiaan yang Adam lakukan walaupun pada saat itu, Mamat sudah tiada lagi di dunia ini. Hidup di dunia hanya untuk sementara, dan yang kekal pastinya di akhirat kelak. Jangan kita takut dan sedih untuk menderita di dunia yang sementara, tapi risaulah jika kita tak mampu untuk berbahagia di akhirat sana.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh tingkatkan amalan mulia dan cuba untuk mengekalkannya sampai bila-bila. Jadikan Ramadhan ini permulaan untuk sesuatu yang baru, yang mampu membawa kita ke jalan yang dituju..insyaAllah.

2 comments:

nurulhusnazubir said...

ceh...ak igtkn pasal keretapi tanah melayu ke ape...(kot2 jadi nasional ktm) xD huhu..muvi lak nyee..

Adek Nada said...

huhu.. Takde lg cerita menarik tntg keretapi tanah melayu..heeeeeee :D

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia