Pada sesiapa yang sangat menggilai dan meminati cerita and drama korea, sure akan tahu gambar apakah di atas ni. Nama setiap pelakon pun akan kenal dan ingat. Mungkin ada antaranya yang jadi favourite Korean artist anda-anda semua. Tajuk drama pula..semua orang akan tahu..sebab dah jelas terpampang kat situ. Which is..DREAM HIGH!
Ok! Sejujurnya..saya dah khatamkan drama ni. Bukan sebab saya crazy fan of Korean drama. Tapi sebab ceritanya tentang pelajar-pelajar muzik..and saya minat muzik!hehehe.. So, dipromotekan dengan cerita ini, dan akhirnya, selamat ditonton sampai ke penghujungnya...huuuu. Sangat menarik cerita ini, walaupun ada je bab-bab cintan-cintun yang menjadi basic cerita-cerita korea, tapi tetap ada unsur-unsur lain yang membezakannya dengan drama yang lain. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri, yang dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebenar kita sebagai manusia, and sebagai hamba Allah.
Dan lagunya sedap juga tau! And sangat memberi semangat...
-Lagu yang banyak memberi kata-kata semangat-
Tapi bukan pasal lagu yang dikongsikan bersama dalam post ni, tapi tentang apa yang saya dapat dari cerita ini.
Tajuknya dah menggambarkan macam mana perjalanan drama ni sebenarnya. DREAM HIGH!!
Atau dlm bahasa melayunya, bercita-cita tinggi. Dalam drama ni, apa yang dapat kita lihat bagaimana pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai masalah mereka yang tersendiri, berusaha bermatian untuk mencapai cita-cita mereka yang sangat tinggi, yang sangat mereka idam dan angan-angankan. Mereka berusaha untuk masuk ke sekolah nyanyian, berusaha bersungguh-sungguh agar terpilih dalam audition, berkerja keras meng'improve' diri dalam pelbagai sudut, berpenat lelah berlatih siang dan malam supaya lulus setiap ujian...hanya untuk mencapai cita-cita mereka menjadi penyanyi dan penari yang terkenal di seluruh Korea dan juga seluruh dunia. Kalau dihitung usaha dan kesungguhan mereka, sangat jauh nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang bila belajar pun...kadang-kadang malas, banyak main dan hanya bersungguh-sungguh bila nak exam. Sedangkan, cita-cita kita, nak jadi pendidik, pembangun negara, penggerak bangsa and penyelamat agama adalah lebih mulia dan tinggi dari cita-cita mereka yang hanya inginkan populariti dunia. Banyak reflect pada diri sendiri bila tengok and hayati setiap watak dalam cerita ni.
Satu babak yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang mendalam pada diri ialah saat-saat 6 pelajar cemerlang dalam cerita ini berusaha untuk mendapatkan contract yang sangat bermakna dan digilai semua peminat muzik. Nak dapatkan contract dan kelulusan untuk bertanding, di mana syaratnya sangat tinggi dan sukar dicapai. Dalam kesemua 6 pelajar tu, tak ada seorang pun yang cukup kelayakan untuk join pertandingan tu. Tapi, diorang tetap apply dan cuba yang terbaik untuk dipilih bertanding walaupun mereka tahu mereka tidak layak sama sekali. At the end..kesemuanya berjaya dipilih dan hanya mereka saja yang mengisi borang untuk menyertainya. Syarikat rakaman tu just nak uji sejauh mana kesungguhan mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan.
Samalah dengan kita. Mungkin ada antara kita yang tak berani untuk ke hadapan, untuk berucap. Ada antara kita yang rasa dirinya tidak layak untuk menjadi murabbi, orang yang mengajak ke arah kebaikan. Kenapa? Kerana kita tahu kita tak cukup syaratnya, tak layak dan macam-macam lagi alasan kita. Tapi, bila kita akan layak? Sempatkah kita layakkkan diri kita sebelum 'borang ditutup'? Dan sememangnya kita takkan pernah layak. Syaratnya sangat tinggi..sukar untuk kita capai. Kita nak jadi baik dalam semua perkara, tak ada kejahatan langsung..sangat impossible kerana kita manusia yang lemah dan sering lalai. Kita nak jadi kuat dan tabah sepanjang masa, tapi kita takkan mampu mencapainya setiap masa kerana kita manusia yang lemah..yang sentiasa berbolak balik iman dan kesabaran kita. Tapi..bukan kelayakan yang Allah pinta dari kita, tapi Allah inginkan usaha kita untuk mencapai setiap kelayakan yang patut kita miliki. Mungkin kita tak mampu nak menjadi seperti para nabi dan sahabat, tapi Allah nak kita berusaha ke arah itu dengan penuh keyakinan bahawa setiap sesuatu itu, tiada yang mustahil. Biar sesukar dan sepayah mana pun, kita perlu dan harus berusaha siang dan malam macam pelajar-pelajar ni, untuk terus meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri supaya kita dapat mencapai cita-cita tertinggi kita..iaitu SYURGA YANG ABADI!
Kita perlukan kekuatan dan pembimbing untuk menuju cita-cita yang abadi. Dialah Allah, pembimbing dan penolong yang tak pernah lupakan kita, yang sentiasa bersama dan tidak akan sesekali kita lemah dan resah bila bersamaNya. Jika ingin menuju yang abadi..mintalah pada yang kekal abadi. Jika ingin mencapai cita-cita yang tinggi..tetapkan hati bersama yang Maha Tinggi. Jika ingin kekuatan yang berpanjangan..yakinlah itu semua akan hadir dari Dia yang Maha Kuat dan Kuasa atas segala sesuatu...
Wallahu'alam.....
4 comments:
suka suka suka. kau buat aku curious nak tgk cite ni. huhu
suka suka suka. kau buat aku curious nak tgk cite ni!
Hehe.. Kali ada ms,tengokla.ngehehehe. Part cintan- cintun tu tutup matalah. Part nyanyi2, buka telinga. Part yg memberi pengajaran..buka hati.heeee :D
*kalo ada.. :)
Post a Comment