Bismillah...
11 Disember 2011, dengan penuh semangat dan keterujaan, kami berlepas ke Spain. Memang satu tempat idaman yang sangat ingin dikunjungi sebelum habis belajar di UK. Alhamdulillah keinginan kami telah ditunaikan. Walaupun sebelum berlepas..keadaan agak tidak terkawal, dengan serabutnya, kelam-kabut lagi..dan macam-macamlah yang berlaku. Tapi as people said..kalau study kat UK, tapi tak sempat menjelajah negara Spain..itu adalah satu kerugian yang BESAR. Indeed, Spain telah berjaya menghilangkan segala rasa sedih..penat..malas..serabut yang kami rasai sebelum berangkat ke negara yang suatu ketika dahulu merupakan lambang kemegahan Islam di mata dunia..SUBHANALLAH..
- Persiapan perlu ada ;) -
" Rasa sedih sangat tengok Spain."
Itu apa yang pernah kami dengar sebelum ini, tapi, once kami menjejakkan kaki di sana..melihat betapa megahnya AlHambra, melihat betapa indahnya Masjid Cordoba, melihat betapa banyaknya gereja-gereja yang didirikan di tapak masjid, hati kami turut merasakannya.. Sedangkan orang bukan Muslim rasa kagum dan teruja dengan kesenian Islam yang terpamer..apatah lagi kita, umat Islam. Rasa kagum, teruja, tergamam dengan kesenian nenek moyang kita yang suatu masa dahulu berjuang memartabatkan Islam di mata dunia. Sayangnya, zaman ini, kekaguman kita dan mereka pada AlHambra, hanya atas dasar keseniaan bukan dasar agama Islam itu sendiri. Sungguh sedih..kerana apa yang mereka nampak hanyalah ukiran-ukiran halus yang masih lagi cantik menghiasi setiap penjuru banggunan, namun nilai Islam itu..masih pudar pada pandangan mereka..
- Lambang kesenian Islam -
Di Malaysia, masuk je mana-mana masjid, hati jadi tenang..aman damai, rasa selesa nak bersolat. Tapi ketika di Spain..lain yang kami rasakan. Masjid Cordoba..sangat indah dan luas. Cukup menarik, sangat bersih walaupun suasana di dalamnya agak gelap. Tapi, hanya untuk menunaikan dua rakaat solat sunat..sangat susah. Cuba mencari tempat tersembunyi di setiap sudut masjid, lari daripada pegawai-pegawai yang menjaga supaya kami tidak dihalang, jauh dari orang ramai. Bila tempat ditemui..hati tak tenang, rasa nak cepat habis. sebab apa?? Pengawal-pengawal yang menjaga berulang-alik ke sana-sini untuk memastikan tiada antara umat Islam yang cuba menunaikan solat dalam masjid itu. Terpaksa berpura-pura tak bersalah di depan mereka. Cukup sedih dengan keadaan yang berlaku. Kenapa kita terpaksa berkelakuan sebegitu sedangkan masjid itu hak kita, milik kita? Namanya bukan Cathedral Cordoba tapi Mezquita-Cathedral Cordoba, in which Mezquita itu bermaksud Masjid dalam bahasa Spain. Tapi..orang Kristian dengan tenangnya beribadah di dalamnya tanpa diganggu, tanpa rasa bersalah, tetapi kita..tak dapat melakukan apa yang mereka lakukan.
Mungkin bukan hanya di Masjid Cordoba kita rasakan semua ini, tapi di mana-mana masjid yang sekarangnya sudah menjadi gereja di Spain mahupun di negara-negara jajahan Islam yang lain. Dari luar, nampak seperti masjid, tapi pada hakikatnya, dalamnya dihiasi patung-patung berhala di setiap sudut. Dulu, umat Islam beribadah di dalam banggunan-banggunan itu, namun sekarang, umat Islam terpaksa beribadah di luar, di tempat-tempat yang hanya berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Sedih kan??
- Lambang Islam pernah bertapak di Cordoba -
Pergi Granada, sedih. Pergi Cordoba, sedih. Pergi Seville, pun sedih. Tapi cukupkah hanya dengan rasa sedih je??
Nak kata rasa sedih..bukan kami je. setiap orang yang pergi Spain, sure akan cakap yang diorang rasa sangat sedih bila melihat dengan mata sendiri..apa yang telah berlaku. Tapi, tak semua yang berasa sedih tu, bila kembali ke tempat asal mereka..menghayati kesedihan yang mereka rasai dulu. Bila kat sana memang sedih, tapi dah balik rumah, dah mula belajar balik, dah duduk depan laptop, rasa sedih itu hanyalah rasa sedih. Not more than that. Macam tengok cerita Suria Di Cordoba pulak rasanya. Lepas tengok je, tukar cerita lain pulak, dah tak rasa apa yang dirasai bila tengok keindahan Spain dalam cerita tu.
Tak gunalah kita rasa sedih, air mata hampir mengalir, tapi tak bertindak apa-apa atas kesedihan yang kita rasai..(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya..huuu)..
Tak kisahlah kita pernah pergi Spain atau tidak, kita tahu cerita kegemilangan Islam di Spain atau tak, tapi kita boleh nampak apa yang sebenarnya kekurangan dan kelemahan umat Islam itu sendiri. Dah banyak yang Allah tunjukkan pada kita. Tinggal kita nak ambilnya sebagai satu tontonan semata-mata atau mengambilnya sebagai iktibar dan perubahan dalam diri. Orang Non Muslim dah lihat keindahan kesenian Islam, mereka juga tahu Islam suatu ketika dahulu pernah menjadi world order, tapi..mereka masih kurang jelas dengan apa itu sebenarnya Islam? Mana nila-nilai Islam? Apakah bezanya Islam dengan agama yang lain?
Dan itulah tugas kita sebagai umat Islam sebenarnya. Tak perlu nak jadi pendakwah, tak perlu asyik nak berceramah, tak perlu juga hanya belajar ilmu-ilmu agama semata-mata untuk jelaskan semuanya pada mereka. Cukuplah kita tunjukkan pada mereka nilai-nilai Islam dalam diri sendiri. Tunjukkan bezanya cara kita berkomunikasi berbanding mereka. Tunjukkan kita belajar subjek yang sama dengan mereka, tapi niat, cara dan tingkah-laku kita berbeza dengan mereka. Biar kita dicela, biar kita dihina atau dikata, tetap teguh dengan pendirian kita, dengan pegangan kita. Jangan asyik fikir nak membalas, tapi fikir bagaimana nak bertahan dan mengubahnya. Tunjukkan itu semua pada mereka yang disekeliling kita..keluarga, rakan-rakan..muslim or non-muslim, melayu atau tidak. Itulah sebenarnya dakwah kita. Biarlah tak digelar pendakwah, ustazah atau sebagainya, tapi itulah dakwah yang paling mudah. Jangan sia-siakan ilmu dan petunjuk dari Allah kepada kita.
Wallahu'alam..
1 comment:
seronok baca post ni nada!
insyaAllah akan ke spain lepas exam hujung bulan ni. sama jugak nak ke seville, grenada, cordoba dengan toledo.
semoga dapat membuka mata dan hati :)
selamat belajar dan berjuang!
Post a Comment