PARIS!!!!
Orang labelkan sebagai tempat yang romantik. Nak honeymoon, ramai yang teringin berhoneymoon di PARIS. Mmg tak dinafikan. Bila sampai je kat sana, dua mata ni jadi saksi kepada keromantikan pasangan-pasangan di sana. Kat Paris..depan Eiffel Tower, buat aksi. Tepi Eiffel pun ada aksi. Tak kurang jugalah bawah Eiffel Tower. Setiap sudut memang ada aksi. Bukan setakat kat Paris, pergi Disneyland pun sama rupanya. Orang duk beratur punya panjang, dia gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk bermesra. Emmmm...tapi kat mana keromantikannya? Entahlah..tak berapa nak nampak di mata kasar aku ni. Bagi mereka..mungkin inilah tempat paling romantik untuk diorang. Tapi, untuk diri ini, Paris bukanlah tempat romantik sangat..tapi tempat yang menggamit segala memori dan kenangan masa muda-muda, kecil-kecil dulu. Kenangan bersama mereka yang aku cintai dan sayangi... Memori 16 tahun yang lalu......Eiffel Tower!
Satu ciptaan manusia yang sangat mengkagumkan kan? Tak tahula kenapa dalam banyak-banyak banggunan di dunia ni yang dibina atas dasar besi semata-mata, tapi Eiffel Tower yang berdiri tegak dengan gabungan besi-besi yang warna macam karat-karat je, yang tetap jadi idaman ramai. Dulu rasa pelik, kenapa orang kata cantik sangat. But once I've been there..memang betul orang kata. Sangat cantik. KLCC nampak lagi gah..tapi bagi aku Eiffel Tower lebih mengkagumkan. Setiap sudut and sisinya sangat cantik angle untuk ambil gambar.hehe. Tak ada satu sisi pun yang bila ambil gambar..nampak tak sempurna, nampak kurang, nampak kosong. Ambillah gambar dari mana-mana sudut sekalipun..anda tetap akan nampak Eiffel Tower yang tersergam indah sebagai background gambar.

~ Di malam harinya ~
Dan itu baru ciptaan manusia biasa. Yang fitrahnya sama dengan kita, asalnya sama, cuma mungkin berbeza dari segi kelebihan yang Allah kurniakan. Tengok Eiffel Tower..setiap sudut sangat cantik, sangat mengujakan. Kalau tengok alam..for sure lagi indah dan mengkagumkan kan? Nak cari satu sudut yang tak cantik pun takkan jumpa. Kalau ada pun tempat yang buruk macam tempat longgokan sampah, itu semua pun datangnya dari manusia sendiri. Bukan Allah, pencipta alam yang Maha Sempurna. Subhanallah. Tengok Eiffel Tower, terasa betapa rendahnya martabat kita sebagai manusia di sisi Allah.. T_T
And..sampai je dekat Eiffel Tower, teringat keluarga tercinta yang tak dapat bersama-sama dengan aku dan kakak meronda-ronda di Europe. Dulu, 16 tahun lalu, kami bersama-sama berjalan-jalan, pusing satu Eiffel Tower. Ambil gambar sana dan sini, bergelak bersama-sama. Tapi sekarang..hanya berdua je. Lepas dah ambil gambar beberapa shot...
"Kakak..mana angle yang kita amik satu family dulu ek? Yang baba framekan kat rumah??"
"Emm..tulah..kakak pun tengah cari jugak. Teringat zaman dulu-dulu.huuu.. Kat belah sana kot adik.."
"Emm..tulah..kakak pun tengah cari jugak. Teringat zaman dulu-dulu.huuu.. Kat belah sana kot adik.."
Beberapa minit selepas itu..
"KAKAK! Ni la anglenya.hahaha.. Sebiji ni. Tgk ni adik amik gambar.."
"Haahlaaaaaa...Waaaa..rindunya kat mama, baba and abang-abang.."
"Haahlaaaaaa...Waaaa..rindunya kat mama, baba and abang-abang.."
~ Inilah anglenya ~
~ Wonderfull Disneyland ~
Bila teringat kenangan-kenangan lama..terasa alangkah indahnya jika masa berputar kembali. Jadi 6 tahun balik tapi dengan memori yang bagus, yang dapat ingat setiap saat dan detik yang berlaku. Tapi..itu hanya alangkah~~~
For sure semua yang dah lepas kita takkan dapat ulangi lagi.
Sebab tu Allahyarham P.Ramlee kata...
"Barang yang lepas..hai jangan dikenang. Kalau dikenang..meracunlah diri.."
Tapi tak adalah sampai meracun diri kan. Tapi, memang sikap manusia yang selalu lupakan setiap kesenangan yang diberikan. Bila dah berlalu semua keindahan dan kesenangan tu, barulah kita teringat-ingat dan kita pun asyik cakap..kalaulah, alangkah and so on. Jadi hargai setiap saat yang anda ada sekarang ini. Tak kisahlah ianya saat yang indah, pahit, suka or duka. Sebab, setiap saat yang berlaku dalam hidup kita, ada ceritanya tersendiri, ada nikmatnya tersendiri walaupun pada mata kita ianya tidak seindah yang orang nampak..
Dan sebagai anak, sayangilah ibu bapa anda. Bagi kita yang masih ada nikmat ibu dan ayah yang sangat bernilai..kasihilah mereka sepenuh hati. Walaupun dulu, diorang selalu usap kepala kita, tapi sekarang, asyik nak menengking je, tapi di situlah keindahannya. Sayangi mereka, hargai mereka sementara kita masih ada masa untuk melakukannya, menunjukkan pada mereka betapa pentingnya mereka dalam hidup kita. And once mereka pergi meninggalkan kita, sampaikan doa untuk kebahagiaan mereka di sana. Yang ada jangan dilupa, yang tiada jangan dikenang. Hargai hidup kita, nikmatinya dan ceriakannya..
Anyway..PARIS DAN DISNEYLAND MEMANG BEST! :D
~Memori kami bersama ~
Sekian...
No comments:
Post a Comment