Tuesday, September 13, 2011

:: Nak Mengadu? ::

Salam...

Hari ni sebenarnya tak ada banyak benda pun yang dilakukan. Tapi, ada sesuatu yang telah terjadi. Something unpredictable and unforgettable.. Dan yang pasti, peristiwa itu telah memberikan banyak pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah...

Petang tadi.. si dia bercerita, meluahkan perasaan dan rahsianya pada aku. WAH!!! Sangat terkejut dan kelu. Orang yang tak disangka-sangka mula membuka cerita,meluahkan segala yang terpendam yang tak pernah diceritakan pada orang lain, dan akulah orang pertama yang menjadi saksi segala kejujuran serta luahan perasaannya yang sangat mengejutkan. Dan rasa sangat janggal sebenarnya berada dalam situasi itu. Tapi, I'm sure there's reason behind all that. Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku and nak aku belajar sesuatu dari apa yang telah dikongsikan pada aku.

Memang betul apa orang kata, luar nampak gembira dan bahagia, tapi hakikatnya penuh luka dan duka di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Bukan dia nak jadi hipokrit, tunjuk kuat dan tunjuk hebat pada orang luar. Tapi, TIADA TEMPAT MENGADU untuknya. Mengadu pada yang disayang, makin parah lukanya. Nak mengadu pada keluarga tercinta, tak mampu diluahkan. Kawan? Apatah lagi, sekejap datang sekejap pergi. Tiada tempat untuk bersandar, tiada tempat untuk meluahkan yang terpendam. Dan akhirnya, apa yang dipendam menjadi punca kepada masalah yang lain.

Lepas dengar semua cerita yang selama ini berselindung di sebalik kemewahan rumah yang dimiliki, Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Hanya perkataan ini yang mampu terluah. Alhamdulillah kerana aku masih ada ramai orang di sekeliling yang mampu menjadi pendengar, penasihat dan tempat untuk aku bersandar. Alhamdulillah kerana setiap kebahagiaan dan keseronokan yang aku pamerkan bukanlah lakonan semata-mata. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi segala masalah yang melanda, walaupun mungkin ada antaranya yang masih tiada penyelesaiannya lagi.

Kemudian, aku terfikir.... Andainya perkara itu terjadi pada diri aku pulak...apa yang aku akan lakukan??? Macam mana aku nak laluinya??? Kuatkah aku untuk mengharungi semuanya??? Setiap orang akan diuji, dan terus diuji kerana melalui ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita. allah ingin kita kembali mengingatinya. Allah ingin kita berusaha mengharunginya dan jangan sekali kita berputus asa.

Kadang-kala, bila ujian datang...kita sibuk mencari tempat untuk mengadu segala masalah yang menyerabutkan kepala. Nak mengadu pada siapa?
Mengadu pada keluarga..kadang-kadang mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, ada ke masa untuk kita??? Mengadu pada kawan pula..ada yang dekat, ada yang jauh, sukar untuk dihubungi dan kadang-kadang lost contact macam tu je. Nak mengadu pada siapa lagi? Kita rasa keseorangan..rasa buntu, tiada hala tuju. Sedih dirasakan bersendirian, luka dipendam sendirian, duka ditahan sendirian. Akhirnya??? Kita yang stress, kita yang merana, kita yang terseksa dengan setiap perkara yang berlaku.

Rupa-rupanya kita lupa dan tidak tahu bahawa Allah itu DEKAT dengan kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
( Al Baqarah: 186)

Allah yang mendatangkan ujian kepada kita. DariNya datang segala stress, kesedihan, kepahitan yang kita rasa selama ini. Dan dari dia juga kita diberikan rasa gembira, bahagia, suka dan tawa. Jadi..patutkah kita mengadu pada yang lain?? Ya..mungkin kita perlukan kongsikan apa yang terbuku di hati dengan seseorang yang kita nampak dengan mata kasar, yang mampu menyahut setiap kali kita berbicara. Namun, jangan kita lupa pada yang lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Kita mengadu pada manusia, jangan kita lupa untuk mengadu dan merayu padaNya. Mengadu pada Allah tak bererti kita tidak redha akan ujianNya. Namun, kita mengadu padaNya supaya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala yang berlaku. Memohon padaNya dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk dan keyakinan. Allah sangat dekat dengan kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Teruskan berdoa dan bersabar setiap kali kita diuji.

Wallahu'alam...



3 comments:

Anonymous said...

waaaaaa adek!3 bulan cuti nih byk jgk adik update blog ek!;p
heheheheheheeeee
keep it up!
nak lagi! nak lagi!

Adek Nada said...

Hahahah... Baiklaaaaa akakku sayanggg!!! :D

nurulhusnazubir said...

adeeeeekkkk nadaaa! heheh

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia