Alhamdulillah. Semalam,insyaAllah genaplah 21 tahun diri ini wujud di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang merasa umur 21 tahun berbanding orang lain yang tak sempat melalui detik-detik bergelar seorang dewasa 20-an. Dan hari ini, menurut kalendar, tarikh Maulud Rasulullah s.a.w. Mungkin ada banyak khilaf tentang sambutan Maulud Nabi ni, tapi cukuplah sekadar kita mengingati baginda dan sentiasa berselawat ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat. Tak perlu tunggu Maulud Nabi..sepatutnya setiap hari dan ketika kita perlu lakukannya (pesanan untuk diri sendiri ni T_T).
Emmm...dengan teknologi yang serba canggih ni, tak sangka mampu memenatkan kita juga. Tambah-tambah kalau sampai tarikh birthday kita..masyaAllah..tak terkira berapa banyak mesej and post kat Facebook yang dah dibalas. Kurus jadinya tangan ni..kuat sangat menaip. Dengan mesej handphone lagi. Subhanallah..terasa diri begitu bermakna even sebenarnya ramai yang wish sebab keluar kat wall diorang.huuu. Tapi..Alhamdulillah, itu tandanya ukhuwwah yang terjalin masih belum putus. Terima kasih pada semua yang wish semalam dan hari ini ataupun bebila saja. Tak kisahla korang mengenali diri ni atau tak, wish tu pun dah cukup bermakna. Terasa diri begitu berharga.. ^_^
Dah jadi kebiasaan kan.. Setiap kali sampai je birthday kita, mesti orang akan hantar mesej..doakan macam-macam untuk kita. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga samada doa tu betul-betul ikhlas dari diorang ataupun hanya sebagai adat. Wallahu'alam. Semoga doa itu tulus dari hati dan semoga dimakbulkan Allah.
Orang ramai mendoakan kita..tapi kita??? Takkan sekadar mengaminkan dan ucapkan terima kasih je?? Cukupkah itu sebagai balasan untuk doa rakan-rakan, keluarga dan saudara-saudara lain? Cukup besar sebenarnya tugas kita bila tiba harijadi kita. Orang mendoakan yang terbaik untuk kita semua..tapi seandainya kita hanya berdiam diri dan sekadar mengaminkan doa-doa itu..tak rasa ke kita ni HIPOKRIT?? Mintak doa dari semua orang untuk kebaikan kita..tapi kita langsung tak nak berusaha dan bergerak menuju cita-cita kita dengan sendirinya. Ya Allah..terasa berat nak merealisasikan semua doa-doa orang sekeliling. Terlalu banyak dan ada antaranya yang sukar untuk dicapai. Semoga Allah permudahkan segala urusanku..AMEENN~~~
Ini adalah mesej dan wish dari seorang kawan. MasyaAllah..rasa takut je bila baca mesej ni. Pada satu tarikh yang sama..Allah mengambil nyawa seorang yang menjatuhkan Islam. Dan pada tarikh yang sama juga..seorang puteri dilahirkan ibunya dengan harapan agar segala amanah dan perintah dari Allah mampu dilaksanakan. Dan dengan harapan..kehadirannya di dunia bukan sekadar lebihan dunia..tetapi mampu membantu kebangkitan Islam!!
Bukan hanya tarikh 14 Februari sahaja yang bermakna..tetapi setiap hari bermakna. Setiap hari..akan ada yang menemuiNya..dan akan ada pengganti mereka yang baru wujud di dunia. Yang pergi mungkin sudah melakukan tugasnya sebagai hamba..dan mungkin juga gagal dalam melaksanakannya. Tetapi..pada yang baru sahaja wujud..yang baru sahaja mengenali dunia..janji sudah termetrai, hanya tinggal jasad dan roh untuk bekerja bagi melaksanakan segala janjinya pada Tuhan yang menciptanya.
Jadi!!! YOSH!! Berusaha menjadi hamba yang BERJAYA! Kita tidak diciptakan dengan sia-sia. Setiap sesuatu yang wujud di dunia ini..ada peranannya. Sedangkan kuman yang kecil itu pun ada tugasnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran.
Kita tidak tahu sampai bila kita masih boleh menulis blog..masih boleh menyanyi..masih boleh tersenyum dan berangan untuk masa depan kita. Kalau kita masih nak terus bergoyang kaki..Allah takkan rugi, tapi jangan kita menyesalinya nanti. Kalau kita mampu untuk bangun dan maju ke hadapan..insyaAllah janjiNya pasti menanti.
3 comments:
happy birthday nada..
yosh kita membesar!!
XD
maknanya wajiblah anda pergi cordoba nanti ye. sila lihat mezquita tu (ntah eja cmna pun ak lupa dah), dan ak yakin semangat ko akan membuak-buak mcm smgt ak. just, mengharap bukan sekadar semangat yg bakal hilang dan lesap ditelan masa. oke, ak merepek. tujuan ak komen ni sbb nak ckp..AKU TAK WISH BESDAY KO SBB KELUAR NOTIFICATION OKE! AKU WISH SBB MMG AKU INGAT!!!! haha
As : Makasih for the wish!!!! Cepatla membesar As.. Orang lain dh terlebih membesar..As bila lg???hehehehe
Shiela : YURP!! InsyaAllah itu antara tempat yg aku nk sangat3 pergi..SPAIN...wait for me!!!huuuu
Ye Shiela..aku tau ko sentiasa hebat bab2 tarikh ni..
Aku tujukan kat org lain daaaa...heeee
Post a Comment