Tuesday, November 22, 2011

Kerana BOLA!



Salam...

OLE!!! OLE!!! OLE!!! OLE!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan yang dikecapi, setelah berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea semalam. Bukan memperoleh..tapi mengekalkannya dalam genggaman. Alhamdulillah, rezeki buat semua rakyat Malaysia. Kalau dilihat balik, ada kemungkinan bola penalti yang terakhir tu dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Garuda Muda. Namun, memang dah ditakdirkan, Malaysia merangkul emas buat kali kedua..Alhamdulillah, bola yg hampir dapat disekat akhirnya berjaya membolosi gol dan memberikan makna yang besar kepada rakyat Malaysia. Hanya kerana sebiji bola... Apa-apa pun, semangat dan usaha Harimau Malaya patut dibanggakan dan dipuji. Semoga pasukan Malaysia mampu terus bangkit dan maju ke hadapan..insyaAllah...




Bila teringat detik-detik yang melanda rakyat Malaysia dari seluruh negara semalam...terbayangkan, andainya perasaan dan suasana itu mampu dirasakan dan dialami..bukan kerana memperoleh pingat emas, tapi kerana kebangkitan dan kemajuan Islam, sangat indah kan?

Bila bermain bola..semua pemain akan berkejar ke sana-sini tanpa menghiraukan penat dan sakit mereka, hanya kerana ingin merebut sebiji bola. Hanya kerana sebiji bola, biarlah lenguh dan lebam satu badan, asalkan akhirnya kemenangan berpihak pada kita. Andai bola itu terlepas ke pihak lawan, pasti setiap pemain akan cuba menghalangnya dari menjaringkan gol! Berkejar sepenuh hati, asalkan bola kembali kepada pihak kita dan biar kita yang membawanya ke gol pihak lawan, bukan mereka. Bola dijaga dengan baik, ditendang dengan baik agar tidak tersalah arah, aim kena tepat dan betul. Tersalah aim, tersasar sikit, rasa menyesal sampai terus teringat-ingat dan orang mula mempertikaikan skill yg kita ada. Stamina pemain kena maintain dari mula sampai akhir. Jangan semput, jangan penat dan yang paling penting, sakit macam mana sekalipun, tetap tak menghalang pemain-pemain untuk terus berusaha sehingga wisel penamat ditiup.

Alangkah indahnya jika kita menjaga Islam seperti mana pemain bola mempertahankan bola yang satu! Andainya musuh kita mempermainkan Islam, kita segera 'berkejaran', sanggup melakukan apa sahaja asalkan Islam tidak dihina dan dicaci sesuka hati. Islam 'dibawa' dengan penuh berhati-hati, setiap sudut diperhatikan agar tidak ada pihak lain yang cuba merosakkannya. Nak sampaikan Islam perlukan aim dan hala tuju yang jelas..bukan main 'tendang' sesuka hati ke arah mana saja yang kita nak, asalkan Islam tersebar sudahh!!

Nak mempertahankan Islam dengan baik..kita pun PERLU jadi pemain yang hebat kan. Ada skill tersendiri. Sentiasa bersemangat, stamina yang sentiasa maintain. Biar sakit, biar penat..tetap terus bangkit dan maju untuk menyampaikan Islam, seperti mana pemain-pemain bola yang tak pernah menjadikan keletihan sebagai penghalang untuk bermain dengan baik. Nak jadi 'pemain' yang hebat..bertungkus lumus berlatih siang dan malam. Biarlah latihan sama yang diulang setiap hari, tapi tetap kita follow sebab kita nak jadi pemain yang berprestij, yang mantap dan yang paling penting..kita nak jadi pemain yang mampu MENJARINGKAN GOL! Gol kita sebagai umat Islam..hanya satu..iaitu mendapatkan redha Allah! Tak nak ke kita jadi orang yang berusaha bermatian untuk mendapatkan redha Allah?? Kalau kita sangat gembira bila dapat jaringkan bola ke dalam gol di padang..bukankah kita patut lebih gembira kalau kita mampu menuju GOL kita yang paling utama dan tak terhingga nilainya??? Kalau padang yang berlumut, dengan panas terik mampu kita tempuhi semasa bermain bola, tak sanggupkah kita menempuh segala liku dalam menyampaikan Islam sedangkan nikmat di akhirnya lebih bermakna daripada nilai pingat emas yang kita inginkan di dunia ni? Kalau kita mampu berusaha untuk maintainkan stamina kita sepanjang permainan, maknanya kita mampu berusaha untuk maintainkan iman kita. Bila stamina lemah, minum air isotonik..maka bila iman lemah..carilah 'minuman isotonik' untuknya yang hanya ada pada Allah..

Sangat indah kan kalau kita semua mampu menjadi seperti pemain-pemain bola dalam membawa Islam.
"Kalau kita boleh update status kita setiap minit semasa tengok perlawanan bola semalam, kenapa kita tak rasa nak sentiasa update status tentang perkara yang bermanfaat, yang mampu menaikkan iman kita?"
Ayat yang sangat terkesan dalam diri bila baca status seorang kawan saya. Kita bersungguh upload video permainan semalam, sanggup bersabar untuk upload biarlah internet lembap pun, tapi kenapa kita tak pernah nak buat macam tu untuk upload video berkenaan keindahan Islam? T_T

InsyaAllah peringatan dan muhasabah untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga kita terus berusaha menjadi pemain yang hebat, bukan hanya di mata manusia, tapi juga di mata Allah. Jagalah Islam..kerana ia adalah harta yang paling berharga buat kita kaum muslimeen, lebih berharga dari sebiji bola ~




Wallahu'alam...

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia