Tuesday, November 22, 2011

Kerana BOLA!



Salam...

OLE!!! OLE!!! OLE!!! OLE!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan yang dikecapi, setelah berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea semalam. Bukan memperoleh..tapi mengekalkannya dalam genggaman. Alhamdulillah, rezeki buat semua rakyat Malaysia. Kalau dilihat balik, ada kemungkinan bola penalti yang terakhir tu dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Garuda Muda. Namun, memang dah ditakdirkan, Malaysia merangkul emas buat kali kedua..Alhamdulillah, bola yg hampir dapat disekat akhirnya berjaya membolosi gol dan memberikan makna yang besar kepada rakyat Malaysia. Hanya kerana sebiji bola... Apa-apa pun, semangat dan usaha Harimau Malaya patut dibanggakan dan dipuji. Semoga pasukan Malaysia mampu terus bangkit dan maju ke hadapan..insyaAllah...




Bila teringat detik-detik yang melanda rakyat Malaysia dari seluruh negara semalam...terbayangkan, andainya perasaan dan suasana itu mampu dirasakan dan dialami..bukan kerana memperoleh pingat emas, tapi kerana kebangkitan dan kemajuan Islam, sangat indah kan?

Bila bermain bola..semua pemain akan berkejar ke sana-sini tanpa menghiraukan penat dan sakit mereka, hanya kerana ingin merebut sebiji bola. Hanya kerana sebiji bola, biarlah lenguh dan lebam satu badan, asalkan akhirnya kemenangan berpihak pada kita. Andai bola itu terlepas ke pihak lawan, pasti setiap pemain akan cuba menghalangnya dari menjaringkan gol! Berkejar sepenuh hati, asalkan bola kembali kepada pihak kita dan biar kita yang membawanya ke gol pihak lawan, bukan mereka. Bola dijaga dengan baik, ditendang dengan baik agar tidak tersalah arah, aim kena tepat dan betul. Tersalah aim, tersasar sikit, rasa menyesal sampai terus teringat-ingat dan orang mula mempertikaikan skill yg kita ada. Stamina pemain kena maintain dari mula sampai akhir. Jangan semput, jangan penat dan yang paling penting, sakit macam mana sekalipun, tetap tak menghalang pemain-pemain untuk terus berusaha sehingga wisel penamat ditiup.

Alangkah indahnya jika kita menjaga Islam seperti mana pemain bola mempertahankan bola yang satu! Andainya musuh kita mempermainkan Islam, kita segera 'berkejaran', sanggup melakukan apa sahaja asalkan Islam tidak dihina dan dicaci sesuka hati. Islam 'dibawa' dengan penuh berhati-hati, setiap sudut diperhatikan agar tidak ada pihak lain yang cuba merosakkannya. Nak sampaikan Islam perlukan aim dan hala tuju yang jelas..bukan main 'tendang' sesuka hati ke arah mana saja yang kita nak, asalkan Islam tersebar sudahh!!

Nak mempertahankan Islam dengan baik..kita pun PERLU jadi pemain yang hebat kan. Ada skill tersendiri. Sentiasa bersemangat, stamina yang sentiasa maintain. Biar sakit, biar penat..tetap terus bangkit dan maju untuk menyampaikan Islam, seperti mana pemain-pemain bola yang tak pernah menjadikan keletihan sebagai penghalang untuk bermain dengan baik. Nak jadi 'pemain' yang hebat..bertungkus lumus berlatih siang dan malam. Biarlah latihan sama yang diulang setiap hari, tapi tetap kita follow sebab kita nak jadi pemain yang berprestij, yang mantap dan yang paling penting..kita nak jadi pemain yang mampu MENJARINGKAN GOL! Gol kita sebagai umat Islam..hanya satu..iaitu mendapatkan redha Allah! Tak nak ke kita jadi orang yang berusaha bermatian untuk mendapatkan redha Allah?? Kalau kita sangat gembira bila dapat jaringkan bola ke dalam gol di padang..bukankah kita patut lebih gembira kalau kita mampu menuju GOL kita yang paling utama dan tak terhingga nilainya??? Kalau padang yang berlumut, dengan panas terik mampu kita tempuhi semasa bermain bola, tak sanggupkah kita menempuh segala liku dalam menyampaikan Islam sedangkan nikmat di akhirnya lebih bermakna daripada nilai pingat emas yang kita inginkan di dunia ni? Kalau kita mampu berusaha untuk maintainkan stamina kita sepanjang permainan, maknanya kita mampu berusaha untuk maintainkan iman kita. Bila stamina lemah, minum air isotonik..maka bila iman lemah..carilah 'minuman isotonik' untuknya yang hanya ada pada Allah..

Sangat indah kan kalau kita semua mampu menjadi seperti pemain-pemain bola dalam membawa Islam.
"Kalau kita boleh update status kita setiap minit semasa tengok perlawanan bola semalam, kenapa kita tak rasa nak sentiasa update status tentang perkara yang bermanfaat, yang mampu menaikkan iman kita?"
Ayat yang sangat terkesan dalam diri bila baca status seorang kawan saya. Kita bersungguh upload video permainan semalam, sanggup bersabar untuk upload biarlah internet lembap pun, tapi kenapa kita tak pernah nak buat macam tu untuk upload video berkenaan keindahan Islam? T_T

InsyaAllah peringatan dan muhasabah untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga kita terus berusaha menjadi pemain yang hebat, bukan hanya di mata manusia, tapi juga di mata Allah. Jagalah Islam..kerana ia adalah harta yang paling berharga buat kita kaum muslimeen, lebih berharga dari sebiji bola ~




Wallahu'alam...

Sunday, October 23, 2011

Baru VS Lama


Salam..

Kali ni..nak berkongsi sesuatu sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua insyaAllah..

Situasi (1) :





" Fuyoooooo...mantapla ko Zam. Mahal kot kereta kau ni.."

" Smart kan? Fuhh! Tak sangka doh aku beli kereta ni. Bangga rasa.. Cantik gila..Smart pulak tu. Well, Honda Civic kottt..haha.."

" Ni sure tak boleh calarkan ni.. Nanti ada orang marahla kereta kesayangan dia rosak.huuuu.."

" Woittt! Jangan calarkan ok! Mahal beli ni, sayang kot. Jangan sesuka hati calarkan ek. Sesiapa yang calarkan..siapla, ada yang kena bayar ganti rugi nanti.."


"Amboi!!! Garangnya Bang Long.hahaha. Relaxla...takdenye nak calarkan. Acah jerrr..heeeee.."

" Mestila marah. Kereta baru kot, ingat apa...????haha.."

Selepas beberapa tahun..........................


Situasi (2) :

" Mak aih! Aduh..sorila Zam, tercalar dah sikit kereta kau ni. Bertambah-tambahla nampaknya kecalaran kat kereta kau ni. Sorila wei, tak sengaja.."

" Emmm..takpe je. Dah namanya kereta buruk, tak boleh nak buat apa dah.huuu.."

"Ish! Buruk-buruk pun banyak kot berjasa dengan ko. Nikmat yang tak terhingga kau dapat kereta tu.."


" Emmm...memangla. Tapi, dah buruk..jalan sikit je bunyi eeekk oookkk. Rasa macam nak beli kereta barula. Sekarang banyak dah keluaran baru yang design cantik-cantik kot!!!"

" Ait..dulu bukan main sayang sangat kat kereta.. Sekarang dah buruk, tak kisah dah! Honda Civic tak memberi makna dah ke?hehe.."




Yang baru dah menjadi old school, yang baru sudah menjadi lama, yang cantik sudah menjadi buruk. Tak sudi dipandang, tak sudi diagungkan. Itulah sifat manusia. Bila beli barang yang baru, sangat sayangkan barang itu, kadang-kadang kawan atau family sendiri tidak menjadi ukuran. Apa yang penting, barangnya selamat, tetap kekal cantik, tetap nampak megah, tidak kira apa yang berlaku. Tapi, lumrah hidup, sunatullah..setiap yang baru akan jadi buruk dan 'kodi' suatu hari nanti. Tidak kira secantik mana barang tersebut, biarlah berjenama sekalipun, tetap akan buruk suatu hari nanti. Bila dah buruk, hilanglah sayang, tiada lagi cinta padanya dan mungkin ada benda lain yang lebih disayangi dan diutamakan daripadanya....

Samalah juga dengan Islam kan???
Zaman dulu, Islam sangat suci, indah dan bersih. Masih baru, tidak dicalari dan dikotori lagi. Semuanya asli. Betapa orang zaman dahulu mengagungkannya, sanggup bergadai nyawa untuknya. Biarlah apa yang berlaku, Islam tetap no satu, tetap diutamakan. Nyawa sanggup digadaikan, keluarga rela ditinggalkan, harta sudi disumbangkan..semata-mata kerana Islam yang agung.

Tapi..zaman sekarang..apa yang dah jadi??? Masihkah Islam itu menjadi satu keutamaan? Masihkah Islam diagung-agungkan? Mahukah Muslimeen menggadaikan nyawa mereka untuk Islam??
JELAS! Islam sudah dilupakan, semakin jauh dari jiwa dan hati Muslimeen sekarang. Islam boleh dipijak-pijak tanpa ada yang menghalang. Tiada yang mempedulikannya, semua lebih mementingkan diri sendiri dari agama mereka sendiri. Apa yang dibanggakan dan diagungkan bukanlah Allah yang SATU..tetapi SATU Malaysia..(opsss..kontroversi). Kenapa semua ini berlaku???

Kerana Islam yang dulunya suci dan indah bersih..sudah dikotori dan dicemari dengan perkara-perkara lain. Islam dah tak asli, tidak seperti keadaannya ketika mula-mula diwahyukan kepada para nabi. Ke mana hilangnya ISLAM yang sebenar??? Siapa yang mengotorinya?? Bukan orang lain, bukan jiran kita, tetapi diri kita sendiri sekiranya kita tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya. Jika kita mencampur adukkan Islam dengan yang lain, maka kitalah yang mencemarinya, bukan orang lain, bukan manusia lain yang berada di tempat lain. Tetapi..semuanya bermula dengan diri kita sendiri..

Kereta yang sudah tercalar, akan dicat semula agar rupanya tetap kekal cantik dan bergaya.
Jika Islam sudah dikotori dan dicemari, marilah kita, pewaris para nabi membersihkannya semula.
Bukan kita menge'cat' Islam itu sendiri, tetapi perbaharuilah 'komponen-komponen' Islam..iaitu diri kita sendiri. Perbaiki diri biar ianya selari dengan Islam itu sendiri..insyaAllah..

Wallahu'alam...

Thursday, October 13, 2011

~: Dream High :~


Salam semua...



Pada sesiapa yang sangat menggilai dan meminati cerita and drama korea, sure akan tahu gambar apakah di atas ni. Nama setiap pelakon pun akan kenal dan ingat. Mungkin ada antaranya yang jadi favourite Korean artist anda-anda semua. Tajuk drama pula..semua orang akan tahu..sebab dah jelas terpampang kat situ. Which is..DREAM HIGH!

Ok! Sejujurnya..saya dah khatamkan drama ni. Bukan sebab saya crazy fan of Korean drama. Tapi sebab ceritanya tentang pelajar-pelajar muzik..and saya minat muzik!hehehe.. So, dipromotekan dengan cerita ini, dan akhirnya, selamat ditonton sampai ke penghujungnya...huuuu. Sangat menarik cerita ini, walaupun ada je bab-bab cintan-cintun yang menjadi basic cerita-cerita korea, tapi tetap ada unsur-unsur lain yang membezakannya dengan drama yang lain. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri, yang dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebenar kita sebagai manusia, and sebagai hamba Allah.
Dan lagunya sedap juga tau! And sangat memberi semangat...


-Lagu yang banyak memberi kata-kata semangat-


Tapi bukan pasal lagu yang dikongsikan bersama dalam post ni, tapi tentang apa yang saya dapat dari cerita ini.

Tajuknya dah menggambarkan macam mana perjalanan drama ni sebenarnya. DREAM HIGH!!
Atau dlm bahasa melayunya, bercita-cita tinggi. Dalam drama ni, apa yang dapat kita lihat bagaimana pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai masalah mereka yang tersendiri, berusaha bermatian untuk mencapai cita-cita mereka yang sangat tinggi, yang sangat mereka idam dan angan-angankan. Mereka berusaha untuk masuk ke sekolah nyanyian, berusaha bersungguh-sungguh agar terpilih dalam audition, berkerja keras meng'improve' diri dalam pelbagai sudut, berpenat lelah berlatih siang dan malam supaya lulus setiap ujian...hanya untuk mencapai cita-cita mereka menjadi penyanyi dan penari yang terkenal di seluruh Korea dan juga seluruh dunia. Kalau dihitung usaha dan kesungguhan mereka, sangat jauh nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang bila belajar pun...kadang-kadang malas, banyak main dan hanya bersungguh-sungguh bila nak exam. Sedangkan, cita-cita kita, nak jadi pendidik, pembangun negara, penggerak bangsa and penyelamat agama adalah lebih mulia dan tinggi dari cita-cita mereka yang hanya inginkan populariti dunia. Banyak reflect pada diri sendiri bila tengok and hayati setiap watak dalam cerita ni.

Satu babak yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang mendalam pada diri ialah saat-saat 6 pelajar cemerlang dalam cerita ini berusaha untuk mendapatkan contract yang sangat bermakna dan digilai semua peminat muzik. Nak dapatkan contract dan kelulusan untuk bertanding, di mana syaratnya sangat tinggi dan sukar dicapai. Dalam kesemua 6 pelajar tu, tak ada seorang pun yang cukup kelayakan untuk join pertandingan tu. Tapi, diorang tetap apply dan cuba yang terbaik untuk dipilih bertanding walaupun mereka tahu mereka tidak layak sama sekali. At the end..kesemuanya berjaya dipilih dan hanya mereka saja yang mengisi borang untuk menyertainya. Syarikat rakaman tu just nak uji sejauh mana kesungguhan mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Samalah dengan kita. Mungkin ada antara kita yang tak berani untuk ke hadapan, untuk berucap. Ada antara kita yang rasa dirinya tidak layak untuk menjadi murabbi, orang yang mengajak ke arah kebaikan. Kenapa? Kerana kita tahu kita tak cukup syaratnya, tak layak dan macam-macam lagi alasan kita. Tapi, bila kita akan layak? Sempatkah kita layakkkan diri kita sebelum 'borang ditutup'? Dan sememangnya kita takkan pernah layak. Syaratnya sangat tinggi..sukar untuk kita capai. Kita nak jadi baik dalam semua perkara, tak ada kejahatan langsung..sangat impossible kerana kita manusia yang lemah dan sering lalai. Kita nak jadi kuat dan tabah sepanjang masa, tapi kita takkan mampu mencapainya setiap masa kerana kita manusia yang lemah..yang sentiasa berbolak balik iman dan kesabaran kita. Tapi..bukan kelayakan yang Allah pinta dari kita, tapi Allah inginkan usaha kita untuk mencapai setiap kelayakan yang patut kita miliki. Mungkin kita tak mampu nak menjadi seperti para nabi dan sahabat, tapi Allah nak kita berusaha ke arah itu dengan penuh keyakinan bahawa setiap sesuatu itu, tiada yang mustahil. Biar sesukar dan sepayah mana pun, kita perlu dan harus berusaha siang dan malam macam pelajar-pelajar ni, untuk terus meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri supaya kita dapat mencapai cita-cita tertinggi kita..iaitu SYURGA YANG ABADI!

Kita perlukan kekuatan dan pembimbing untuk menuju cita-cita yang abadi. Dialah Allah, pembimbing dan penolong yang tak pernah lupakan kita, yang sentiasa bersama dan tidak akan sesekali kita lemah dan resah bila bersamaNya. Jika ingin menuju yang abadi..mintalah pada yang kekal abadi. Jika ingin mencapai cita-cita yang tinggi..tetapkan hati bersama yang Maha Tinggi. Jika ingin kekuatan yang berpanjangan..yakinlah itu semua akan hadir dari Dia yang Maha Kuat dan Kuasa atas segala sesuatu...

Wallahu'alam.....

Monday, September 26, 2011

Mati itu PASTI!

Salam semua...

Pagi ni, keluarga Al-Kenali dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Tok Su Abdullah Zawawi di Mekah. Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman..Ameen! Walaupun tak berapa rapat dengan arwah kerana duduk berjauhan..namun hanya doa yang mampu disedekahkan kepadanya agar mendapat pengakhiran yang baik di sana..InsyaAllah. Datuk saudara bongsu dan yang terakhir dari sebelah baba. Sekarang..tiada lagi datuk saudara dari belah Al-Kenali.

Bila dengar berita tentang kematian, dah pasti kita pun merasakan ketakutan dan kebimbangan dalam diri sendiri.
" Bila agaknya masa aku"...
" Cukup dah ke amal aku kalau aku dicabut nyawa sekarang"...
Kita mula bermuhasabah tentang amal kita dan hidup kita. Setiap kematian yang berlaku di depan mata sebenarnya memberikan kita pengajaran dan peluang untuk kita bermuhasabah. Tak mungkin ada orang yang bila menerima berita tentang kematian sesiapa sekalipun..hatinya kosong..tiada rasa apa-apa. Pasti akan wujud sedikit perasaan sedih, bimbang dan takut! Itulah kita...manusia..umat Islam di zaman ini.

Tapi...para sahabat..para syuhada' dan pejuang-pejuang Islam yang dahulunya tak pernah walau sesaat pun mereka takut untuk mati. Subhanallah. Hebat dan teguhnya iman mereka. Bukan mereka takutkan kematian..malah mereka sangat menginginkan kematian. Kerana apa? Kerana mereka sudah bersedia dan mereka yakin dengan janji-janji Allah. Mereka yakin bahawa mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai hamba Allah di dunia ini. Jadi...tak guna rasa takut untuk mati. Malah..bagi mereka..mati itulah kehidupan sebenar mereka. Orang yang beriman dan bertaqwa..tidak takut untuk mati kerana mereka tahu, mereka akan bertemu dengan Allah yang mereka sayangi apabila mereka mati. Mereka tahu..kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal dan setiap amalan yang mereka lakukan di dunia..balasannya akan diterima di sana. Tapi kita...saya..dah bersedia ke menemuiNya? T_T

Apa yang perlu kita lakukan agar kita bersedia untuk menemuiNya pada bila-bila masa??
Iaitu kita melakukan setiap amalan dalam kehidupan seharian kita dengan SEBAIKNYA bukan SEBANYAKNYA. Ramai akan berkata,
" Buat apa buat baik awal-awal. Nanti kalau kita dah besar dan dewasa, barulah buat amal banyak-banyak, top-up apa yang dah tinggal sebelum ni.hehe.."
Yurp! This answer is TOTALLY WRONG. Sebabnya? Sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Rasanya semua orang sedar akan perkara tu, di mana..hidup dan mati kita bukan dalam kawalan dan pengawasan kita. Kita tak boleh pilih tarikh nak mati..tak boleh nak lambatkan walau sedetik pun saat untuk kita pergi..dan kita takkan tahu sama ada kita mampu hidup lagi atau tidak apabila umur kita meningkat. Itu semua sangat jelas..dan dah banyak kita lihat depan mata. ada yang mati dengan serangan jantung secara tetiba,ada yang meninggal masa umur sangat muda dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku di sekeliling kita.
And one thing yang perlu kita ingat ialah...Allah tidak menginginkan hambaNya yang BANYAK BERAMAL, tetapi dia menginginkan hambaNya yang BERAMAL DENGAN SEBAIKNYA. Dalam Al-Quran sendiri..tak ada ayat-ayat yang menyebut tentang manusia beriman yang banyak beramal akan mendapat ganjaran syurga. Tetapi sebaliknya, Allah berfirman...siapa di antara kamu yang paling baik amalannya akan mendapat balasan syurga. Tak perlulah kita nak sujud setiap malam sampai lenguh badan-badan kalau hati kita tak cukup ikhlas dan yakin dengan amalan yang kita lakukan. Tak perlulah kita nak dermakan semua harta untuk kemajuan Islam kalau kita ragu-ragu dalam melakukannya. Biar sedikit amalan kita..tapi jadikan ianya amalan terbaik kita. Macam orang selalu kata.." Bukan kuantiti yang menjadi ukurannya..tetapi kualiti yang menjadi kayu ukur". Mana kualiti amalan kita? Tanya hati..cari jawapannya sendiri.

Semoga kita mampu memperbaiki setiap amalan kita. Apabila kualiti sudah terjamin...insyaAllah, sama-sama kita meningkatkan kuantitinya pula. Biar kualiti dan kuantiti setanding, jangan kualiti melebihi kuantiti, kerana itu tidak memberi apa-apa erti......

Wallahu'alam...

Tuesday, September 13, 2011

:: Nak Mengadu? ::

Salam...

Hari ni sebenarnya tak ada banyak benda pun yang dilakukan. Tapi, ada sesuatu yang telah terjadi. Something unpredictable and unforgettable.. Dan yang pasti, peristiwa itu telah memberikan banyak pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah...

Petang tadi.. si dia bercerita, meluahkan perasaan dan rahsianya pada aku. WAH!!! Sangat terkejut dan kelu. Orang yang tak disangka-sangka mula membuka cerita,meluahkan segala yang terpendam yang tak pernah diceritakan pada orang lain, dan akulah orang pertama yang menjadi saksi segala kejujuran serta luahan perasaannya yang sangat mengejutkan. Dan rasa sangat janggal sebenarnya berada dalam situasi itu. Tapi, I'm sure there's reason behind all that. Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku and nak aku belajar sesuatu dari apa yang telah dikongsikan pada aku.

Memang betul apa orang kata, luar nampak gembira dan bahagia, tapi hakikatnya penuh luka dan duka di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Bukan dia nak jadi hipokrit, tunjuk kuat dan tunjuk hebat pada orang luar. Tapi, TIADA TEMPAT MENGADU untuknya. Mengadu pada yang disayang, makin parah lukanya. Nak mengadu pada keluarga tercinta, tak mampu diluahkan. Kawan? Apatah lagi, sekejap datang sekejap pergi. Tiada tempat untuk bersandar, tiada tempat untuk meluahkan yang terpendam. Dan akhirnya, apa yang dipendam menjadi punca kepada masalah yang lain.

Lepas dengar semua cerita yang selama ini berselindung di sebalik kemewahan rumah yang dimiliki, Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Hanya perkataan ini yang mampu terluah. Alhamdulillah kerana aku masih ada ramai orang di sekeliling yang mampu menjadi pendengar, penasihat dan tempat untuk aku bersandar. Alhamdulillah kerana setiap kebahagiaan dan keseronokan yang aku pamerkan bukanlah lakonan semata-mata. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi segala masalah yang melanda, walaupun mungkin ada antaranya yang masih tiada penyelesaiannya lagi.

Kemudian, aku terfikir.... Andainya perkara itu terjadi pada diri aku pulak...apa yang aku akan lakukan??? Macam mana aku nak laluinya??? Kuatkah aku untuk mengharungi semuanya??? Setiap orang akan diuji, dan terus diuji kerana melalui ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita. allah ingin kita kembali mengingatinya. Allah ingin kita berusaha mengharunginya dan jangan sekali kita berputus asa.

Kadang-kala, bila ujian datang...kita sibuk mencari tempat untuk mengadu segala masalah yang menyerabutkan kepala. Nak mengadu pada siapa?
Mengadu pada keluarga..kadang-kadang mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, ada ke masa untuk kita??? Mengadu pada kawan pula..ada yang dekat, ada yang jauh, sukar untuk dihubungi dan kadang-kadang lost contact macam tu je. Nak mengadu pada siapa lagi? Kita rasa keseorangan..rasa buntu, tiada hala tuju. Sedih dirasakan bersendirian, luka dipendam sendirian, duka ditahan sendirian. Akhirnya??? Kita yang stress, kita yang merana, kita yang terseksa dengan setiap perkara yang berlaku.

Rupa-rupanya kita lupa dan tidak tahu bahawa Allah itu DEKAT dengan kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
( Al Baqarah: 186)

Allah yang mendatangkan ujian kepada kita. DariNya datang segala stress, kesedihan, kepahitan yang kita rasa selama ini. Dan dari dia juga kita diberikan rasa gembira, bahagia, suka dan tawa. Jadi..patutkah kita mengadu pada yang lain?? Ya..mungkin kita perlukan kongsikan apa yang terbuku di hati dengan seseorang yang kita nampak dengan mata kasar, yang mampu menyahut setiap kali kita berbicara. Namun, jangan kita lupa pada yang lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Kita mengadu pada manusia, jangan kita lupa untuk mengadu dan merayu padaNya. Mengadu pada Allah tak bererti kita tidak redha akan ujianNya. Namun, kita mengadu padaNya supaya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala yang berlaku. Memohon padaNya dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk dan keyakinan. Allah sangat dekat dengan kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Teruskan berdoa dan bersabar setiap kali kita diuji.

Wallahu'alam...



Tuesday, August 23, 2011

~: Peluang Satu Anugerah :~

Salam wrm...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..alhamdulillah... No other words can really describe my feeling right now! Hanya rasa bersyukur atas nikmat dan peluang yang Allah berikan. Seminggu yang lalu baru je balik dari satu program yang singkat, tapi cukup kena dengan diri ni. Sangat berkesan dan insyaAllah dapat membantu dalam menghadapi segala kelemahan dan masalah yg sering membelenggu diri. Walaupun hanya dua hari sahaja programnya, tapi dua hari itu telah banyak memberikan ilmu dan pengajaran untuk diri ini. Oh..sebelum tu..SELAMAT HARI RAYA dan maaf zahir dan batin! Lama dah nak publish post ni..tapi last-last sampai dah raya..baru dapat publishkan..huuuuuu..

OK! Back to the real topic.. :D
First and last program yang mampu pergi sepanjang cuti Summer ni. Ohh..sedihnyeee T_T
Sangat sedih sebenarnya bila tak dapat nak meluangkan masa untuk pergi ke program-program sebelum ni. Ramai kawan-kawan yang dari jauh pun mampu nak pergi sana sini dari sebelum Ramadhan sampailah ke akhir Ramadhan. Sangat kagum dengan semangat diorang untuk berusaha pujuk parents supaya berikan kebenaran untuk turun ke area Selatan..semata-mata untuk menambah ilmu dan berjumpa antara satu sama lain.. Sedangkan..aku ni duduk area KL siap.. Most of the programmes were held near my area. Tapi..dalam banyak-banyak program, satu je dapat join. Mungkin perlu sedih, tapi tak perlu rasa rendah diri or menyesal. Walaupun dapat pergi satu je..tapi, itulah yang terbaik! Dan aku mengaku memang itulah yang terbaik sebab pengisiannya sangat kena dengan situasi yang dialami sekarang. Semua dilema, prasangka dan perasaan terjawab dalam masa dua hari tersebut. Alhamdulillah...

Bila baca status-status rakan-rakan yang lain..baca comment kat facebook..baca laporan dalam group..semuanya membuatkan aku rasa sangat JEALOUS! Mula-mula..takdela rasa sedih dan jealous sangat kat diorang sebab dapat macam-macam time program. Tapi..bila dah review balik semua yang diorang discuss time program-program lepas..betapa banyaknye yang aku ter'miss' dan ketinggalan jauh di belakang berbanding mereka..rasa sangat sedih dengan diri sendiri. Tapi..susunan Allah itu cantik. Allah berikan aku masa untuk bersama keluarga..untuk menunaikan tuntutan-tuntutan aku kepada keluarga..instead of join diorang, bersama dengan diorang menambah ilmu dan 'makanan' untuk rohani. Alhamdulillah, setiap yang Allah tentukan itu memang yang terbaik dan tak perlulah kita mempertikaikannya lagi. He knows the best for us!

Sekarang..Alhamdulillah, I've regained my spirit and energy insyaAllah. Semangat yang dulunya lemah..keyakinan yang dulunya kurang..kini insyaAllah segalanya mula meningkat dan bercambah. Semoga Allah kukuhkan perasaan ini..dan tetapkan keyakinan dan semangat yang ada sekarang..supaya ilmu yang ada terus tersebar dan ramai lagi orang lain yang dapat merasakan apa yang aku rasakan kini.. AMIN!!!!

Wallahu'alam..

Sunday, August 21, 2011

:: No Tries..No Hopes ::

Salam...

Dari tadi CUBA mencari mood utk tidur, tapi tak dapat-dapat jugak! Lepas bangun tadi..terus segar bugar. Pelik juga dengan kekuatan yang Allah bagi ni. Tapi mungkin Allah nak suruh aku menulis sesuatu untuk mengisi masa lapang ni..huuuuu. So..blog, here I come. :D

Oh..kenapa perkata 'CUBA' dibesarkan ni?huhu...
Sebab topik utk kali ni ialah tentang...MENCUBA atau dalam bahasa Inggerisnya ialah TRY!

Alhamdulillah, satu pengalaman..or boleh dikatakan satu kemajuan dalam diri ini sepanjang cuti Summer ni ialah dari segi berani mencuba. Secara jujurnya..Nada Ismail ni seorang anak yang sangat kecut dan takut pada mamanya..huuuuu. Tak tahulah hantu 'takut' apa yang merasuk dalam diri. Tapi, kalau nak meminta something dari mama...Ya Allah..boleh dikatakan kemungkinan besar takkan terlafaz kata-kata tu di mulut. Sebelum berdiri depan mama..punyalah karang ayat baik punya. Tapi..once mata dah bertentangan mata...jantung laju je berdegup and lidah terus kelu.huhu. Macam kena bomoh ngan mama sendiri je rasanya.haha. Maklumlah..adik kan! :P

Tapi..Alhamdulillah, satu peningkatan dalam diri yang boleh dibanggakan jugakla. Sekarang ni, rasa takut pada mama tu masih ada, tapi tak seteruk dulu. Sekarang..rasa lebih free and tenang nak mintak apa-apa dari mama. Walaupun..takdela tenang mana, tapi sekurang-kurangya perasaan yang dulu tu dah menurun sikit. Kalo dulu..nak minta keluar rumah tu..macam satu azab yang sangat menakutkan. Tapi..Alhamdulillah again..Allah dah berikan satu kekuatan untuk berdepan dengan parents, and meluahkan segala keinginan di hati.

Macam mana boleh jadi macam ni???
Kuncinya ialah dengan terus mencuba! Yurp! Satu percubaan yang mampu meyakinkan dan menguatkan diri. Mula-mula nak minta...kurang yakin. Tapi Allah berikan kekuatan untuk mencuba nasib..mencuba meningkatkan keyakinan diri dalam setiap hal. Selagi tak cuba..macam mana nak tahu mama izinkan ataupun tak kan? Macam mana kita nak tahu mama marah ke tak...mama suka ke benci ke.. Semuanya kita takkan tahu kalau kita tak mencuba. Selagi tak mencuba..kita takkan nampak harapan dan matlamat kita.

So..kesimpulannya..teruskan mencuba dan mencuba dan mencuba. Jangan berhenti mencuba dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita. Kalau kita kurang yakin pada diri sendiri..tanamkan perasaan dan semangat untuk mencuba. Kita harus berani untuk mencuba jika kita mahu maju ke hadapan. Kalau kita rasa kita lemah..kurang ilmu..tak ada kepakaran dalam bidang tertentu..terasa diri lebih rendah berbanding yang lain..takkan kita nak terus menerima pandangan-pandangan kita terhadap diri sendiri macam tu je?? Takkan kita hanya mengiakan segala persepsi diri tanpa berbuat sesuatu? Jadi..TERUSKAN MENCUBA! Kita takkan pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita..apa yang Allah takdirkan untuk kita jika kita TIDAK MENCUBA. Percubaan memerlukan usaha dan kekuatan dan Allah memberikan ganjaran dan balasan setimpal dengan usaha kita. Jika kita mahukan lebih..maka berusahalah untuk mencuba dan jangan sesekali takut untuk mencuba.

Wallahua'lam...

( catatan di pagi hari dalam keadaan separa sedar.. ;D )


Thursday, August 4, 2011

Implikasi NKTM!!

Salam Ramadhan Al-Mubarak!!
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ramadhan untuk tahun ini. Salam Ramadhan pada semua muslimeen. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan barakah untuk kita semua. InsyaAllah.

Dah lama sangat sebenarnya tak update blog ni. Ingatkan bila balik Malaysia, dapat update selalu..sebab banyak juga masa free. Tapi, rupa-rupanya, balik ni lebih busy dari study kat UK. Tapi, Alhamdulillah..hari ni ada sedikit masa free. ^_^

Ok! So kali ini, nak bercakap tentang NKTM. Haaa...apakah NKTM ni??? NKTM stands for Nur Kasih The Movie!



Sure ramai tahu filem ni kan. Dulunya adalah sebuah drama yang sensasi dan menjadi tatapan ramai rakyat Malaysia. Kini, dah ada filem pulak. Nak menunjukkan betapa drama Nur Kasih ni dah menyentuh hati peminat-peminatnya! And, Nada Ismail tak ketinggalan menjadi salah seorang peminat dramanya..cuma tak segila orang lain. Tapi yang pasti, time kat UK dulu, bila dengar je NKTM dah ditayangkan..dah ada trailer...FUH!!!! Punyala tak sabar nak tengok. Dan akhirnya..impian tercapai. My opinion : nice movie. Banyak perkara yang dapat dipelajari dari cerita ni. Saya bagi...3 bintang dari 5. :D


Bagi sesiapa yang dah menonton filem ni, sure akan ingat satu scene sharing Adam dan juga kelab remajanya. Satu scene yang pendek, tapi mesejnya sangat bermakna. Point yang ditekankan dalam scene itu ialah..." Tak lengkap iman kita jika tak sedekahkan barang yang kita sayang".
Sedekah! Satu ibadah yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Mungkin mudah bagi kita untuk merasakan kehebatan dan kesempurnaan amal sedekah kita, asalkan kita ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit. Tapi..sebenarnya, ada tiga perkara yang menjadikan sedekah kita itu berkualiti. Firstly, barang yang hendak disedekahkan mestilah baik dan bagus. Kedua, barang tersebut mestilah halal dan tidak bercampur dengan perkara syubhah. Dan yang terakhir ialah, memberikan barang yang kita sayangi.

Nak memberi itu mungkin tidak terlalu sukar untuk kita lakukan. Tetapi, untuk memberi sesuatu yang kita sayangkan, mungkin ha
nya sebahagian dari kita sahaja yang mampu melakukannya.

" Bro..setahu akulah kan, sayang ni ada banyak jenis. Ada yang kita sayang sikit, ada yang kita sayang lebih. Macam mana kalau aku bagi yang aku sayang sikit je??"
" Boleh! Tapi Mat kena ingatlah yang kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita berikan."

Ini salah satu dialog dalam filem Nur Kasih..dialog antara Adam dan Mamat time scene sharing tu. Sesiapa yang dah tengok ceri
ta ni pasti kenal siapa Mamat yang disebut-sebutkan ni. Iaitu, seorang remaja yang dulunya mempunyai akhlak yang tidak elok, kemudian dididik oleh Adam dan Aidil untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik. At the end of the film..he is the real hero. Dia sedekahkan barang yang paling disayanginya...HATI...kepada Adam supaya Adam dapat meneruskan perjuangannya dan dapat menikmati keindahan hidup bersama anak dan isterinya. Satu pengorbanan yang memberi sejuta harapan.


Mamat..watak sampingan yang membawa pengajaran bermakna


Mampu ke kita berkorban seperti Mamat? Memberikan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita kepada orang lain? Kita sebenarnya sangat dituntut untuk memberikan barang yang kita sayangi kepada orang lain yang lebih memerlukan dan hukumnya adalah sunat! Allah sendiri berfirman,

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”

(Surah Al-Imraan, ayat 92)

Ini adalah satu ujian untuk umat Islam yang mengaku dirinya beriman. Tahap keimanan kita belum tinggi jika kita tidak mendermakan, memberikan dan membelanjakan sesuatu yang kita sukai dan kita sayangi! Jiwa kita masih belum baik sekiranya kita masih merasa berat untuk melakukannya. Kita akan mendapat setimpal dengan apa yang kita berikan. Jika kita mahukan nikmat dan ganjaran yang lebih, berilah yang lebih kita sayangi. Jika kita hanya inginkan sikit sahaja, jadi berilah yang kurang kita sayangi. Mulanya, kita akan merasa sedih dan sakit untuk memberikan sesuatu yang kita sayangi, namun nikmat yang bakal kita terima mampu menghilangkan kesedihan dan keperitan yang kita rasakan dahulu. Andai barang yang baik dan halal yang kita sedekahkan itu digunakan ke arah yang baik, mampu mengubah dan memudahkan kehidupan seseorang, kita akan mendapat ganjaran dalam setiap detik kehidupan mereka.

Macam dalam Nur Kasih The Movie, Mamat mungkin dipandang hina ketika hidupnya di dunia. Mungkin amalan yang mampu dilakukannya sepanjang kehidupannya tidak seberapa, namun insyaAllah dia mendapat ganjaran dalam setiap kebaikan dan kebahagiaan yang Adam lakukan walaupun pada saat itu, Mamat sudah tiada lagi di dunia ini. Hidup di dunia hanya untuk sementara, dan yang kekal pastinya di akhirat kelak. Jangan kita takut dan sedih untuk menderita di dunia yang sementara, tapi risaulah jika kita tak mampu untuk berbahagia di akhirat sana.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh tingkatkan amalan mulia dan cuba untuk mengekalkannya sampai bila-bila. Jadikan Ramadhan ini permulaan untuk sesuatu yang baru, yang mampu membawa kita ke jalan yang dituju..insyaAllah.

Wednesday, June 22, 2011

Hanya Satu Ayat!!

Salam

Wah!! Dah sangat lama rasanya tak update blog. Mula-mula busy dengan exam, pastu busy berjalan sana-sini, dengan program-program bersama ahli Brummies. Macam-macamla yang menghalang. And bila ada masa pulak, duk menonton tayan
gan bersama housemates tersayang.huhu. Macam-macam cerita dah khatam setakat ni, tapi Quran pun tak sempat nak khatam lagi. HAISH!!!

Ok! Setelah lama mendiamkan diri, insyaAllah sementara nak t
unggu Subuh ni, nak share pasal SATU AYAT yang dapat merungkai pelbagai perkara dalam hidup kita sebagai manusia.


"Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur."

Ash-Shura : 33

Ayat yang ringkas tetapi memberi banyak makna kepada kita jika kita mentafsirnya secara terperinci.

So first, nk highlightkan beberapa point yang penting!
Fisrt, tentang KAPAL..





Apakah sebenarnya significant penggunaan atau perbandingan kapal dalam ayat ini? Apa kaitan dan persamaan antara orang mukmin atau senangnya, manusia dengan kapal? Kenapa Allah menggunakan perkataan kapal dalam ayat ini? Dan sebenarnya banyak lagi ayat lain yang Allah gunakan perkataan 'KAPAL' sebagai satu perbandingan dan analogi untuk kita kaji dan kaitkan dengan kejadian kita. Why is it so??
Cuba kita bayangkan jika ada sebuah kapal, yang terapung di tengah lautan yang luas. Tiada kapal lain ataupun pulau ataupun apa sahaja di sekelilingnya, melainkan lautan biru yang luas terdampar. Tiada wifi, tiada line phone, tiada saluran el
ektrik. Senang citer, there is nothing there! Kosong dan sunyi tanpa sebarang bantuan. Then, apa yang akan berlaku pada kapal itu?Secara logik dan sunnatullah, kapal itu akan berlayar mengikut arus ombak yang membawanya ke mana arah sekalipun. Kapal itu akan bergerak berdasarkan tiupan angin padanya. Kelajuannya juga dikawal oleh angin yang menghembus. Kapal itu tiada pergantungan, melainkan hanya berdasarkan angin dan ombak. Dan jika ingin mengetahui arah utara, selatan, timur dan barat, semuanya berpandukan bintang di langit. Secara mudahnya, kita lihat, kapal ini tiada pergantungan melainkan pergantungan kepada kuasa Allah semata.

So, kitalah kapal yang dimaksudkan itu. Kita kapal yang belayar di lautan 'DUNIA'. Maka seharusnya kebergantungan kita 100% hanya kepada Allah semata. Tak kira kita sedih, gembira, kecewa atau apa sahaja, segalanya perlu dikembalikan kepada Allah. Allah adalah tempat mengadu, Allah adalah tempat meminta dan Allah adalah segalanya dalam hidup kita. Dan yang paling penting, kita 'belayar' di dunia ini dengan kuasa, nikmat dan rahmat Allah. Tanpa ini semua, WE ARE NOTHING IN THIS WORLD!
Hidup kita dari Allah dan hidup ini hanya untuk Allah..

Point kedua,
kenapa kita harus bersabar dan kemudian barulah kita bersyukur?

Dalam kehidupan kita ini, kita takkan lari dari ujian, tak kiralah ujian yang besar atau hanya ujian kecil yang mampu diselesaikan dalam waktu yang singkat. Yang pasti, hidup ini selari dengan ujian dan ujian itu adalah kehidupan. Bila ditimpa musibah, kita seharusnya bersabar. Ujian yang melanda sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Kita tidak akan sekali diuji dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, itu janji Allah. Maka, kita hanya perlu bersabar dan berusaha untuk menjalani setiap dugaan itu dengan baik kerana kita yakin ada hikmah menanti di penghujungnya. Mungkin kita memerlukan masa yang lama untuk mendapat hikmah atas segala ujian yang melanda atau mungkin dalam masa yang singkat, kita memperoleh hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak kira
bila dan di mana kita mendapat hikmahnya, tapi apa yang pasti, pada saat itu, kita akan rasa tenang dan bersyukur kepada Allah kerana diuji sedemikian rupa. Kita akan tahu, jika kita tidak diuji sebegitu pada waktu dulu, sudah pasti kita tidak akan mendapat apa yang kita peroleh di saat ini.
Kerana itulah, kesabaran melahirkan rasa bersyukur. Tanpa sabar, kita tidak akan mendapat hikmah yang Allah sediakan untuk kita dan rasa syukur itu tidak mampu kita zahirkan. Tetapi, jika kita bersabar, terus berusaha dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka, PASTI suatu hari nanti kita akan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala yang diberikan kepada kita samada ianya yang baik mahupun yang buruk.

SUBHANALLAH! Sungguh indah ayat-ayat Allah. Dalam satu ayat yang pendek dan ringkas, Allah mengajar kita tentang pelbagai perkara. Ini hanya SATU AYAT dari Al-Quran. Cuba bayangkan, betapa banyaknya ilmu dan petunjuk yang Allah b
erikan kepada hambaNya dalam kita Al-Quran. Al-Quran itu adalah satu buku yang lengkap untuk kehidupan kita, tak mengira zaman dan masa. Jika ditanya, "buku apakah yang paling bagus untuk dibaca?", tiada jawapan lain selain AL-QURAN AL-KARIM!

Wallahua'lam..



Friday, April 1, 2011

:: Kenali Dia ::

Alhamdulillah..berkesempatan juga akhirnya nak menulis kat blogku yang dah lama menyepi. Sebelum ni takdelah busy sangat..tapi tetap tak sempat nak post something. And hari ni, sempena mulanya Easter Break..sempat jugaklah berkongsi sedikit ilmu dan cerita.
So, post kali ni nak cerita tentang
CINTA! Huuuuuu...jiwang tak??? Jarang-jarang sekali nak dengar Nada Ismail bercerita tentang cinta ni. Tapi hari ni diberi idea untuk bercakap tentang cinta.


Cinta ni bermula dari hati kan? Cinta itu perasaan yang lahir dan hadir bila hati kita suka dan sayangkan sesuatu. Dan ada yang mengatakan bahawa cinta yang suci itu datangnya dari hati. Maka, hatilah yang menjadi indicator kita. Bila kita bencikan seseorang...kita dapat rasa yang hati kita tak tenang bila berjumpa dengan dia. Dan bila kita cintakan seseorang..hati kita berbunga-bunga, rasa bahagia bila kita berjumpa dengannya.
Itu kalau kita cintakan manusia. Macam mana pula kalau kita cintakan Pencipta kita Yang Esa? Mungkin kita tak dapat melihat Allah dengan mata kasar, tapi tak bermakna kita tak boleh nak mencitai Allah kan? Cinta kepada manusia itu hanyalah sementara sedangkan cinta pada Yang Esa kekal selamanya. Itulah cinta agung dan kekal abadi.. ^_^




As people said, "Tak kenal maka tak cinta". Statement ni memang sangat benar. Sebab kalau kita nak mencintai sesuatu ataupun seseorang, kita kena betul-betul tahu setiap ciri,peribadi dan sifat mereka. Kalau tak kenal, macam mana kita nak cinta? Kalau tak tahu, macam mana boleh jatuh hati?
Same concept apply here. Kita nak mencintai Allah..tapi macam mana kita nak mencintaiNya kalau kita tak kenal Tuhan kita? Macam mana kita nak mencintai Allah kalau kita masih ragu-ragu dengan sifat-sifatNya? Dan macam mana kita nak mencintai Yang Kuasa jika kita tak cuba untuk mengetahui maksud di sebalik nama-namaNya yang indah? Kalau dalam dunia realiti, bila kita sukakan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk betul-betul kenal siapa dia sebenarnya. Dia suka makan apa..dia suka minum apa..dia tak suka apa..itu ini.. Setiap inci dan sudut dirinya kita cuba kaji dan selidik. So..bukankah kita patut buat perkara yang sama untuk memperoleh cinta yang abadi?
Sebenarnya..tanpa kita sedar ataupun tak..kita mampu mengenali dan mencintai Allah dengan melihat kepada ciptaanNya.
Analoginya >>>
Ok! Firstly, bayangkan ada sebuah kereta bergerak di jalan raya. Apa yang kita fikirkan? Mesti kita ingat yang ada driver yang pandu kereta tu. Kalau tak, macam mana kereta tu boleh bergerak sendiri. Betul tak?
So..kalau kita lihat alam sekeliling kita. Planet-planet berputar pada paksinya, haiwan berlari ke sana sini dan kita sendiri boleh menaip, membaca, bercakap dan macam-macam lagi. So, mesti ada sesuatu yang menggerakkan dan menjadikan semua ni, betul? And..dari situ kita tahu dan yakin bahawa Allah itu memang wujud.

Situasi kedua.. Bayangkan kita nampak kereta Honda Civic atau mana-mana kereta canggih yang lain depan mata. Kita mesti rasa kagum dengan pereka kereta tu kan? Nampak gah je kereta tu atas jalan raya. And kita mesti bayangkan yang penciptanya seorang yang berilmu tinggi, bergaya, berpandangan jauh dan macam-macam lagila pandangan-pandangan yang hebat.
Bila kita lihat matahari yang mampu memancarkan cahayanya sendiri, bunga-bunga yang berkembang mekar, manusia yang dicipta dengan sempurnanya...tentu kita boleh bayangkan betapa hebat kuasa Allah yang menjadikan segalanya di dunia ni. Kalau kita lihat manusia yang sangat adil dalam melaksanakan keputusan..kita harus sedar yang Allah Maha Adil. Jika kita lihat bunga sangat cantik..kita harus yakin bahawa Allah itu lebih cantik.

Subhanallah. Everything is out there. Allah tidak menyembunyikan tanda-tanda kekuasaan dan kewujudanNya dari kita. Dah jelas semuanya di depan mata kita. Cuma tinggal diri kita sendiri..sama ada kita melihat sambil berfikir atau hanya melihat tanpa mampu mentafsirkan apa yang tersirat. Jadi..cuba untuk mengenali dan mencintai Pencipta kita Yang Agung dengan lebih mendalam lagi. Kerana..dengan cintaNya kita masih mampu untuk hidup dan bernafas hingga ke saat ini. Itulah cinta yang perlu kita cari~~~


Tuesday, February 15, 2011

:: Muhasabah Diri ::

As-salam...

Alhamdulillah. Semalam,insyaAllah genaplah 21 tahun diri ini wujud di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang merasa umur 21 tahun berbanding orang lain yang tak sempat melalui detik-detik bergelar seorang dewasa 20-an. Dan hari ini, menurut kalendar, tarikh Maulud Rasulullah s.a.w. Mungkin ada banyak khilaf tentang sambutan Maulud Nabi ni, tapi cukuplah sekadar kita mengingati baginda dan sentiasa berselawat ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat. Tak perlu tunggu Maulud Nabi..sepatutnya setiap hari dan ketika kita perlu lakukannya (pesanan untuk diri sendiri ni T_T).

Emmm...dengan teknologi yang serba canggih ni, tak sangka mampu memenatkan kita juga. Tambah-tambah kalau sampai tarikh birthday kita..masyaAllah..tak terkira berapa banyak mesej and post kat Facebook yang dah dibalas. Kurus jadinya tangan ni..kuat sangat menaip. Dengan mesej handphone lagi. Subhanallah..terasa diri begitu bermakna even sebenarnya ramai yang wish sebab keluar kat wall diorang.huuu. Tapi..Alhamdulillah, itu tandanya ukhuwwah yang terjalin masih belum putus. Terima kasih pada semua yang wish semalam dan hari ini ataupun bebila saja. Tak kisahla korang mengenali diri ni atau tak, wish tu pun dah cukup bermakna. Terasa diri begitu berharga.. ^_^

Dah jadi kebiasaan kan.. Setiap kali sampai je birthday kita, mesti orang akan hantar mesej..doakan macam-macam untuk kita. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga samada doa tu betul-betul ikhlas dari diorang ataupun hanya sebagai adat. Wallahu'alam. Semoga doa itu tulus dari hati dan semoga dimakbulkan Allah.
Orang ramai mendoakan kita..tapi kita??? Takkan sekadar mengaminkan dan ucapkan terima kasih je?? Cukupkah itu sebagai balasan untuk doa rakan-rakan, keluarga dan saudara-saudara lain? Cukup besar sebenarnya tugas kita bila tiba harijadi kita. Orang mendoakan yang terbaik untuk kita semua..tapi seandainya kita hanya berdiam diri dan sekadar mengaminkan doa-doa itu..tak rasa ke kita ni HIPOKRIT?? Mintak doa dari semua orang untuk kebaikan kita..tapi kita langsung tak nak berusaha dan bergerak menuju cita-cita kita dengan sendirinya. Ya Allah..terasa berat nak merealisasikan semua doa-doa orang sekeliling. Terlalu banyak dan ada antaranya yang sukar untuk dicapai. Semoga Allah permudahkan segala urusanku..AMEENN~~~

tarikh yg membawa seribu makna
perginya St Valentine yang menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova
lahirnya Nada Ismail yang insyaAllah akan membangkitkan Islam semula
...
sanah helwah nada:)
Ini adalah mesej dan wish dari seorang kawan. MasyaAllah..rasa takut je bila baca mesej ni. Pada satu tarikh yang sama..Allah mengambil nyawa seorang yang menjatuhkan Islam. Dan pada tarikh yang sama juga..seorang puteri dilahirkan ibunya dengan harapan agar segala amanah dan perintah dari Allah mampu dilaksanakan. Dan dengan harapan..kehadirannya di dunia bukan sekadar lebihan dunia..tetapi mampu membantu kebangkitan Islam!!
Bukan hanya tarikh 14 Februari sahaja yang bermakna..tetapi setiap hari bermakna. Setiap hari..akan ada yang menemuiNya..dan akan ada pengganti mereka yang baru wujud di dunia. Yang pergi mungkin sudah melakukan tugasnya sebagai hamba..dan mungkin juga gagal dalam melaksanakannya. Tetapi..pada yang baru sahaja wujud..yang baru sahaja mengenali dunia..janji sudah termetrai, hanya tinggal jasad dan roh untuk bekerja bagi melaksanakan segala janjinya pada Tuhan yang menciptanya.

Jadi!!! YOSH!! Berusaha menjadi hamba yang BERJAYA! Kita tidak diciptakan dengan sia-sia. Setiap sesuatu yang wujud di dunia ini..ada peranannya. Sedangkan kuman yang kecil itu pun ada tugasnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran.
Kita tidak tahu sampai bila kita masih boleh menulis blog..masih boleh menyanyi..masih boleh tersenyum dan berangan untuk masa depan kita. Kalau kita masih nak terus bergoyang kaki..Allah takkan rugi, tapi jangan kita menyesalinya nanti. Kalau kita mampu untuk bangun dan maju ke hadapan..insyaAllah janjiNya pasti menanti.

Sunday, February 6, 2011

Experience is the best TEACHER!!

Dunia ni penuh dengan dugaan dan rintangan kan! Dan sekarang ni, area-area Europe mengalami rintangan angin yang sangat dahsyat jugakla sejak kelmarin. Sedangkan diri yang berjisim berat ni pun kadang-kadang tertolak ke tepi..apatah lagi sahabat-sahabat yang cenonet semuanya. Tak pernah lagi mengalami tiupan angin macam ni. Kat Malaysia..setakat angin bertiup sepoi-sepoi bahasa jer. And yang lebih menakutkan..dengar cerita, dekat US dah ada tempat yang dilanda ribut! Astaghfirullah al Azim. Dunia ni dah makin tua..and mungkin tak lama lagi dunia dan isi-isinya akan hancur..kembali pada Maha Esa. Ya Allah...takutnya! Semoga ketakutan yang dirasa ini..diisikan dengan keimanan yang tidak berbelah bagi. AMIN!!

Orang kata, kalau kita nak tahu tahap keimanan kita, cuba check HATI! Kalau hati masih hidup, insyaAllah iman itu masih ada. Kalau hati separa hidup..mungkin iman tengah tak stabil. Kalau hati mati (nauzubillah), tandanya iman kita luput dalam diri. Tapi macam mana nak check hati kita? Hati yang dimaksudkan ni ialah hati yang abstrak. Bukannya hati yang merupakan organ yang berfungsi untuk metabolisma diri. Sesuatu yang abstrak tu susah kita nak lihat..susah kita nak kaji kan? Tapi..once kita berada dalam satu situasi yang tertentu, kita akan tahu jawapannya..

Semalam, ada parti society kat City Centre. Satu parti yang lain daripada parti-parti lain yang aku pernah pergi. Parti yang mungkin..kalau aku bukan di UK, aku tak dapat nak alaminya. Dan yang paling penting, parti yang banyak mengajar dan memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna.

From last night experience, satu perkara yang aku belajar ialah tentang fungsi hati! Hati ni sebenarnya mampu menentukan antara hak dan batil. Tapi sometimes, hati ni jadi NEUTRAL! Tak pilih yang hak..dan tidak menolak yang batil. Badan hanya bergerak atas arahan Allah tanpa kita merasa apa-apa. Situasi ini sangat menakutkan. Situasi di mana kita sukar nak buat keputusan sebab kita sendiri keliru antara baik dan buruk! Dan bila kita dah membuat keputusan, kita akan rasa sedih sebab keputusan yang diambil itu membuatkan kita rasa ragu. And, dari situ kita akan reflect pada diri sendiri, adakah hati aku sakit atau tak???

But, just remember one thing. Kita perlu yakin dan ikhlas akan setiap keputusan yang kita buat! Kalau kita tak ikhlas buat sesuatu yang baik, mungkin kita adalah lebih teruk dari orang yang membuat keburukan. Dan kalau kita was-was terhadap keputusan kita, mungkin kita akan jadi tak tenang dan hidup serba tak kena. Kita mungkin sukar nak tahu keikhlasan kita sebab ikhlas itu hadiah dari Allah. Mungkin kita rasa ikhlas, tapi pada hakikatnya, kita tak ikhlas pun! Ikhlas itu adalah rahsia Allah dan malaikat. Sebagai manusia, kita takkan tahu sampailah di hari akhirat nanti, semuanya dibentangkan di hadapan Allah. Tapi kita mungkin dapat rasa samada kita ikhlas atau tidak dengan keyakinan! Kalau kita yakin, kita akan tenang biarpun sebenarnya kita dah melakukan sesuatu yang mungkin dah melukakan hati orang lain. Jadi lahirkan rasa yakin dan ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan.

::Pengalaman adalah tarbiyah yang sebenarnya ::

"...Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah qulubullatifissudurr (hati yang di dalam dada)".

(al-Hajj, 22:46)

Sunday, January 30, 2011

:: PerJuaNgan KeBenArAn ::

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang pada diri ini untuk mencoret kata-kata dalam blog SOMEONE ini, sedangkan rakan-rakan dan saudara-saudara di Mesir tidak mampu melakukannya di saat ini. Alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah. Namun, penderitaan saudara-saudara tercinta tetap menjadi bualan, menjadi perhatian dan sentiasa bermain di minda. Apakah nasib mereka di sana? Apakah status mereka? Dan apakah yang patut aku lakukan??? Semuanya tak mampu dijawab... Tapi apa yang pasti, Allah tetap bersama kita walau apa pun terjadi. Jadi, berserahlah..berdoalah kepada Allah. PercaturanNya adalah yang
terbaik..ketetapanNya jangan diungkit dan hanya rahmat dan pertolongan dariNya yang menjadi harapan. InsyaAllah sama-sama kita doakan yang terbaik buat umat Islam sedunia..


Subhanallah..tak sangka, negara yang selama ini sepi tanpa pergolakan, kini menjadi isu perbualan di seluruh dunia. Mereka mula bangkit..menentang kejahilan demi menegakkan kebenaran. Subhanallah! Mungkinkah ini saatnya Islam bangkit semula? Janji Allah itu pasti..namun waktunya, tak siapa mampu meramalnya..


Manusia dah semakin sedar akan kebenaran yang tersembunyi di sebalik kejahilan dan kekufuran. Manusia sudah mula bertindak. Kita sudah mula BANGKIT! Tapi sampai bila?? Adakah untuk satu jangka masa yang panjang atau hanya sementara? Adakah semangat akan berkobar-kobar bila setiap muka depan paper bercerita tentang penderitaan umat Islam? Adakah semangat yang melonjak naik akan pudar apabila cerita yang sama dipaparkan berulang kali untuk satu jangka masa yang lama?
Semoga iman dan sayang kita terhadap Islam tidak berubah..tidak berada di paksi negatif..tetapi sentiasa ingin mencapai maximum point dengan gradient yang tinggi..INSYAALLAH!!



Orang di sana berjuang menentang pemimpin mereka yang kejam. Orang di sana memberanikan diri menempuh maut agar kebenaran tertegak. Orang di sana meletakkan Islam di hadapan. Kita di sini..buat apa????
Tak perlu memberontak..tak perlu berperang... Kita perlu teruskan perjuangan Rasulullah. Sebarkan Islam..mantapkan iman..tambahkan amalan agar kita mampu menjawab persoalan-persoalan di akhirat di hadapan ALLAH kelak! Agar..bila kita ditanya tentang SUMBANGAN kita pada ISLAM...kita ada JAWAPNNYA!!!

"Ya Allah..thabatkanlah hati kami. Kuatkanlah pegangan kami dan berikanlah kami hidayah dan petunjukMu ke arah kebenaran. Bantulah kami YA ALLAH..YA Rahim.."

Monday, January 17, 2011

YoSH!! SeMaNGat!!

Hari ni,celik mata je..mula dah rasa yang tak sepatutnya. Duhai hati..bersabarlah. Terimalah segalanya dengan tenang dan sabar. Haish!! Teruklah Nada ni.. Dulu duk cakap kat orang jangan MALAS untuk study sebab kita ni nak study kerana Allah and untuk ummah, negara dan bangsa kita. Tapi..sekarang ni tengok apa jadi..ish..ish..ish!! BERSEMANGAT sikit Nada!! Betulkan niat tu. Jangan lemah sangat. Walau apa pun terjadi, JIHAD perlu diteruskan.

Emm..betullah apa orang kata. Kita nak cakap senang, tapi nak buat tu payah. Tapi kita sepatutnya cakap dan buat. Dan itulah yang susah nak dilakukan. Mulut senang je keluarkan kata-kata, tapi tangan..kaki..badan..HATI..susah nak ikut apa yang mulut luahkan! Dan tetiba teringat kata seorang kakak yang dicintai.."Jangan mengeluh! Sebab penat hanya tinggal penat jika tidak melakukan sesuatu 100% purely kerana Allah. Keep on smiling.."
YURP!! Perlu keep on smiling. Kenapa perlu sedih.. Kenapa perlu lemah. Kita buat semua ini kerana Allah. Kita mungkin akan penat sekarang. Kita juga akan susah sekarang. Tapi janjiNya pasti, tak perlu diragui. Setiap kepenatan,kesedihan dan kesusahan akan dibalas berlipat kali ganda nanti. Dunia hanya sementara kan? So..kenapa terlalu memikirkan kebahagiaan dunia. Jika dibandingkan dunia dan kehidupan akhirat..JAUH BEZANYA! Betapa tingginya darjat dan nikmat kehidupan di sana nanti.




Hidup yang susah dan ebrliku ini akan mengajar kita! Teruskan maju Nada! Jangan bila dah REHAT lama-lama..semangat dah PUDAR! Semangat kena sentiasa di puncak walaupun sebenarnya kita masih di dasar... YOSH!!! BERUSAHALAH!! ^_^

*catatan sebelum memulakan term baru.. Semoga semuanya dipermudahkan..AMEEN~~


Biarlah kita menjadi si KUNING sepanjang masa..dan jauhi diri dari menjadi si BIRU

Sunday, January 2, 2011

RefLecT And TuRn!!

Salam tahun baru..



Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk merasakan aura tahun 2011. Hari ni dah masuk 2 Januari 2011 di bumi UK ini. Dari 2010 menjadi 2011. Dari umur 20 menjadi 21 tahun. Dari yang lepas menjadi yang baru. Daripada muda, menjadi tua. SUBHANALLAH! Cepat masa berlalu. Rasa baru sekejap hidup dalam fenomena 2010,sekarang dah menjejak 2011. Dari sehari ke sehari umur meningkat which menunjukkan yang masa kita di dunia makin singkat. Kita makin menghampiri MATI! Astaghfirullah.. Masih banyak perkara yang belum dilakukan. Masih banyak perkara yang belum tercapai. Semoga tahun baru ini mampu menjadikan aku seorang yang lebih baik dari diri aku yang terdahulu.

Masuk tahun baru..masuk sekolah baru..masuk dunia baru..mesti orang akan bercakap tentang AZAM. Azam tahun baru! Memang dah jadi lumrah and tradisi.. Bila tahun baru,orang akan tanya tentang azam kita. Bila Maal Hijrah pun,orang akan tanya azam kita. Orang akan minta listkan semua azam-azam baru dan listkan azam-azam tahun lepas yang telah dicapai. So,memang topik yang paling sesuai untuk bercakap di permulaan tahun ini ialah tentang AZAM KITA!!

Apa azam anda??? Jangan jawab. Tepuk dada tanya selera. Kita lebih kenal diri kita sendiri. So, kita lebih mengetahui tahap diri sendiri and sepatutnya tak menjadi satu masalah untuk kita mencari azam tahun baru kita. The point is, jangan lupakan yang lalu. REFLECT dgn apa yang telah kita lalui dulu. Kita dah alami banyak perkara yang mungkin orang lain tak dapat peluang untuk merasakannya. Allah pilih kita untuk mengalaminya..Allah pilih kita untuk mencari maksud tersirat di sebalik apa yang berlaku. So, kalau tiap-tiap hari kita tengok muka kita depan cermin,kita dapat lihat rupa kita. Mungkin makin chubby,makin berjerawat or what so ever. Jadi,REFLECT diri kita depan 'cermin' and lihat perubahan DIRI KITA. Bukan hanya dari segi fizikal..tapi rohani..dalaman kita. Dalaman itu lebih penting berbanding luaran.

So..untuk tahun 2011 yang baru menjelma ni,kita cari satu TURNING POINT yang mampu mengubah and memperbaiki diri kita yang sedia ada. Kita tak nak jadi manusia yang sama sepanjang hidup kita kan? Kita pun tak nak orang kenal diri kita yang sama macam tahun-tahun yang lalu. Kalau kita ni barang, kita dah boleh digelar 'lapuk' or 'old-fashioned'. And hakikatnya kita memang 'barang' yang Allah ciptakan. So, nak ke kita jadi sesuatu yang lapuk ditelan masa?? Kalau kita tak nak, TURN ourselves to a better place. Kita ada hati..kita ada akal untuk berfikir. Umur makin meningkat, so sepatutnya pemikiran lebih matang and kita seharusnya lebih bijak memilih yang baik untuk diri sendiri. Jadi, REFLECT AND TURN OURSELVES!!! We have the right to do anything for ourselves!





About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia