Tuesday, November 22, 2011

Kerana BOLA!



Salam...

OLE!!! OLE!!! OLE!!! OLE!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya atas kejayaan yang dikecapi, setelah berjaya memperoleh pingat emas dalam Sukan Sea semalam. Bukan memperoleh..tapi mengekalkannya dalam genggaman. Alhamdulillah, rezeki buat semua rakyat Malaysia. Kalau dilihat balik, ada kemungkinan bola penalti yang terakhir tu dapat ditangkap dengan kemas oleh penjaga gol Garuda Muda. Namun, memang dah ditakdirkan, Malaysia merangkul emas buat kali kedua..Alhamdulillah, bola yg hampir dapat disekat akhirnya berjaya membolosi gol dan memberikan makna yang besar kepada rakyat Malaysia. Hanya kerana sebiji bola... Apa-apa pun, semangat dan usaha Harimau Malaya patut dibanggakan dan dipuji. Semoga pasukan Malaysia mampu terus bangkit dan maju ke hadapan..insyaAllah...




Bila teringat detik-detik yang melanda rakyat Malaysia dari seluruh negara semalam...terbayangkan, andainya perasaan dan suasana itu mampu dirasakan dan dialami..bukan kerana memperoleh pingat emas, tapi kerana kebangkitan dan kemajuan Islam, sangat indah kan?

Bila bermain bola..semua pemain akan berkejar ke sana-sini tanpa menghiraukan penat dan sakit mereka, hanya kerana ingin merebut sebiji bola. Hanya kerana sebiji bola, biarlah lenguh dan lebam satu badan, asalkan akhirnya kemenangan berpihak pada kita. Andai bola itu terlepas ke pihak lawan, pasti setiap pemain akan cuba menghalangnya dari menjaringkan gol! Berkejar sepenuh hati, asalkan bola kembali kepada pihak kita dan biar kita yang membawanya ke gol pihak lawan, bukan mereka. Bola dijaga dengan baik, ditendang dengan baik agar tidak tersalah arah, aim kena tepat dan betul. Tersalah aim, tersasar sikit, rasa menyesal sampai terus teringat-ingat dan orang mula mempertikaikan skill yg kita ada. Stamina pemain kena maintain dari mula sampai akhir. Jangan semput, jangan penat dan yang paling penting, sakit macam mana sekalipun, tetap tak menghalang pemain-pemain untuk terus berusaha sehingga wisel penamat ditiup.

Alangkah indahnya jika kita menjaga Islam seperti mana pemain bola mempertahankan bola yang satu! Andainya musuh kita mempermainkan Islam, kita segera 'berkejaran', sanggup melakukan apa sahaja asalkan Islam tidak dihina dan dicaci sesuka hati. Islam 'dibawa' dengan penuh berhati-hati, setiap sudut diperhatikan agar tidak ada pihak lain yang cuba merosakkannya. Nak sampaikan Islam perlukan aim dan hala tuju yang jelas..bukan main 'tendang' sesuka hati ke arah mana saja yang kita nak, asalkan Islam tersebar sudahh!!

Nak mempertahankan Islam dengan baik..kita pun PERLU jadi pemain yang hebat kan. Ada skill tersendiri. Sentiasa bersemangat, stamina yang sentiasa maintain. Biar sakit, biar penat..tetap terus bangkit dan maju untuk menyampaikan Islam, seperti mana pemain-pemain bola yang tak pernah menjadikan keletihan sebagai penghalang untuk bermain dengan baik. Nak jadi 'pemain' yang hebat..bertungkus lumus berlatih siang dan malam. Biarlah latihan sama yang diulang setiap hari, tapi tetap kita follow sebab kita nak jadi pemain yang berprestij, yang mantap dan yang paling penting..kita nak jadi pemain yang mampu MENJARINGKAN GOL! Gol kita sebagai umat Islam..hanya satu..iaitu mendapatkan redha Allah! Tak nak ke kita jadi orang yang berusaha bermatian untuk mendapatkan redha Allah?? Kalau kita sangat gembira bila dapat jaringkan bola ke dalam gol di padang..bukankah kita patut lebih gembira kalau kita mampu menuju GOL kita yang paling utama dan tak terhingga nilainya??? Kalau padang yang berlumut, dengan panas terik mampu kita tempuhi semasa bermain bola, tak sanggupkah kita menempuh segala liku dalam menyampaikan Islam sedangkan nikmat di akhirnya lebih bermakna daripada nilai pingat emas yang kita inginkan di dunia ni? Kalau kita mampu berusaha untuk maintainkan stamina kita sepanjang permainan, maknanya kita mampu berusaha untuk maintainkan iman kita. Bila stamina lemah, minum air isotonik..maka bila iman lemah..carilah 'minuman isotonik' untuknya yang hanya ada pada Allah..

Sangat indah kan kalau kita semua mampu menjadi seperti pemain-pemain bola dalam membawa Islam.
"Kalau kita boleh update status kita setiap minit semasa tengok perlawanan bola semalam, kenapa kita tak rasa nak sentiasa update status tentang perkara yang bermanfaat, yang mampu menaikkan iman kita?"
Ayat yang sangat terkesan dalam diri bila baca status seorang kawan saya. Kita bersungguh upload video permainan semalam, sanggup bersabar untuk upload biarlah internet lembap pun, tapi kenapa kita tak pernah nak buat macam tu untuk upload video berkenaan keindahan Islam? T_T

InsyaAllah peringatan dan muhasabah untuk diri saya dan sesiapa yang membaca. Semoga kita terus berusaha menjadi pemain yang hebat, bukan hanya di mata manusia, tapi juga di mata Allah. Jagalah Islam..kerana ia adalah harta yang paling berharga buat kita kaum muslimeen, lebih berharga dari sebiji bola ~




Wallahu'alam...

Sunday, October 23, 2011

Baru VS Lama


Salam..

Kali ni..nak berkongsi sesuatu sebagai pengajaran dan peringatan untuk kita semua insyaAllah..

Situasi (1) :





" Fuyoooooo...mantapla ko Zam. Mahal kot kereta kau ni.."

" Smart kan? Fuhh! Tak sangka doh aku beli kereta ni. Bangga rasa.. Cantik gila..Smart pulak tu. Well, Honda Civic kottt..haha.."

" Ni sure tak boleh calarkan ni.. Nanti ada orang marahla kereta kesayangan dia rosak.huuuu.."

" Woittt! Jangan calarkan ok! Mahal beli ni, sayang kot. Jangan sesuka hati calarkan ek. Sesiapa yang calarkan..siapla, ada yang kena bayar ganti rugi nanti.."


"Amboi!!! Garangnya Bang Long.hahaha. Relaxla...takdenye nak calarkan. Acah jerrr..heeeee.."

" Mestila marah. Kereta baru kot, ingat apa...????haha.."

Selepas beberapa tahun..........................


Situasi (2) :

" Mak aih! Aduh..sorila Zam, tercalar dah sikit kereta kau ni. Bertambah-tambahla nampaknya kecalaran kat kereta kau ni. Sorila wei, tak sengaja.."

" Emmm..takpe je. Dah namanya kereta buruk, tak boleh nak buat apa dah.huuu.."

"Ish! Buruk-buruk pun banyak kot berjasa dengan ko. Nikmat yang tak terhingga kau dapat kereta tu.."


" Emmm...memangla. Tapi, dah buruk..jalan sikit je bunyi eeekk oookkk. Rasa macam nak beli kereta barula. Sekarang banyak dah keluaran baru yang design cantik-cantik kot!!!"

" Ait..dulu bukan main sayang sangat kat kereta.. Sekarang dah buruk, tak kisah dah! Honda Civic tak memberi makna dah ke?hehe.."




Yang baru dah menjadi old school, yang baru sudah menjadi lama, yang cantik sudah menjadi buruk. Tak sudi dipandang, tak sudi diagungkan. Itulah sifat manusia. Bila beli barang yang baru, sangat sayangkan barang itu, kadang-kadang kawan atau family sendiri tidak menjadi ukuran. Apa yang penting, barangnya selamat, tetap kekal cantik, tetap nampak megah, tidak kira apa yang berlaku. Tapi, lumrah hidup, sunatullah..setiap yang baru akan jadi buruk dan 'kodi' suatu hari nanti. Tidak kira secantik mana barang tersebut, biarlah berjenama sekalipun, tetap akan buruk suatu hari nanti. Bila dah buruk, hilanglah sayang, tiada lagi cinta padanya dan mungkin ada benda lain yang lebih disayangi dan diutamakan daripadanya....

Samalah juga dengan Islam kan???
Zaman dulu, Islam sangat suci, indah dan bersih. Masih baru, tidak dicalari dan dikotori lagi. Semuanya asli. Betapa orang zaman dahulu mengagungkannya, sanggup bergadai nyawa untuknya. Biarlah apa yang berlaku, Islam tetap no satu, tetap diutamakan. Nyawa sanggup digadaikan, keluarga rela ditinggalkan, harta sudi disumbangkan..semata-mata kerana Islam yang agung.

Tapi..zaman sekarang..apa yang dah jadi??? Masihkah Islam itu menjadi satu keutamaan? Masihkah Islam diagung-agungkan? Mahukah Muslimeen menggadaikan nyawa mereka untuk Islam??
JELAS! Islam sudah dilupakan, semakin jauh dari jiwa dan hati Muslimeen sekarang. Islam boleh dipijak-pijak tanpa ada yang menghalang. Tiada yang mempedulikannya, semua lebih mementingkan diri sendiri dari agama mereka sendiri. Apa yang dibanggakan dan diagungkan bukanlah Allah yang SATU..tetapi SATU Malaysia..(opsss..kontroversi). Kenapa semua ini berlaku???

Kerana Islam yang dulunya suci dan indah bersih..sudah dikotori dan dicemari dengan perkara-perkara lain. Islam dah tak asli, tidak seperti keadaannya ketika mula-mula diwahyukan kepada para nabi. Ke mana hilangnya ISLAM yang sebenar??? Siapa yang mengotorinya?? Bukan orang lain, bukan jiran kita, tetapi diri kita sendiri sekiranya kita tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya. Jika kita mencampur adukkan Islam dengan yang lain, maka kitalah yang mencemarinya, bukan orang lain, bukan manusia lain yang berada di tempat lain. Tetapi..semuanya bermula dengan diri kita sendiri..

Kereta yang sudah tercalar, akan dicat semula agar rupanya tetap kekal cantik dan bergaya.
Jika Islam sudah dikotori dan dicemari, marilah kita, pewaris para nabi membersihkannya semula.
Bukan kita menge'cat' Islam itu sendiri, tetapi perbaharuilah 'komponen-komponen' Islam..iaitu diri kita sendiri. Perbaiki diri biar ianya selari dengan Islam itu sendiri..insyaAllah..

Wallahu'alam...

Thursday, October 13, 2011

~: Dream High :~


Salam semua...



Pada sesiapa yang sangat menggilai dan meminati cerita and drama korea, sure akan tahu gambar apakah di atas ni. Nama setiap pelakon pun akan kenal dan ingat. Mungkin ada antaranya yang jadi favourite Korean artist anda-anda semua. Tajuk drama pula..semua orang akan tahu..sebab dah jelas terpampang kat situ. Which is..DREAM HIGH!

Ok! Sejujurnya..saya dah khatamkan drama ni. Bukan sebab saya crazy fan of Korean drama. Tapi sebab ceritanya tentang pelajar-pelajar muzik..and saya minat muzik!hehehe.. So, dipromotekan dengan cerita ini, dan akhirnya, selamat ditonton sampai ke penghujungnya...huuuu. Sangat menarik cerita ini, walaupun ada je bab-bab cintan-cintun yang menjadi basic cerita-cerita korea, tapi tetap ada unsur-unsur lain yang membezakannya dengan drama yang lain. Dan yang paling penting, ada pengajarannya yang tersendiri, yang dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebenar kita sebagai manusia, and sebagai hamba Allah.
Dan lagunya sedap juga tau! And sangat memberi semangat...


-Lagu yang banyak memberi kata-kata semangat-


Tapi bukan pasal lagu yang dikongsikan bersama dalam post ni, tapi tentang apa yang saya dapat dari cerita ini.

Tajuknya dah menggambarkan macam mana perjalanan drama ni sebenarnya. DREAM HIGH!!
Atau dlm bahasa melayunya, bercita-cita tinggi. Dalam drama ni, apa yang dapat kita lihat bagaimana pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai masalah mereka yang tersendiri, berusaha bermatian untuk mencapai cita-cita mereka yang sangat tinggi, yang sangat mereka idam dan angan-angankan. Mereka berusaha untuk masuk ke sekolah nyanyian, berusaha bersungguh-sungguh agar terpilih dalam audition, berkerja keras meng'improve' diri dalam pelbagai sudut, berpenat lelah berlatih siang dan malam supaya lulus setiap ujian...hanya untuk mencapai cita-cita mereka menjadi penyanyi dan penari yang terkenal di seluruh Korea dan juga seluruh dunia. Kalau dihitung usaha dan kesungguhan mereka, sangat jauh nak dibandingkan dengan diri saya sendiri yang bila belajar pun...kadang-kadang malas, banyak main dan hanya bersungguh-sungguh bila nak exam. Sedangkan, cita-cita kita, nak jadi pendidik, pembangun negara, penggerak bangsa and penyelamat agama adalah lebih mulia dan tinggi dari cita-cita mereka yang hanya inginkan populariti dunia. Banyak reflect pada diri sendiri bila tengok and hayati setiap watak dalam cerita ni.

Satu babak yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang mendalam pada diri ialah saat-saat 6 pelajar cemerlang dalam cerita ini berusaha untuk mendapatkan contract yang sangat bermakna dan digilai semua peminat muzik. Nak dapatkan contract dan kelulusan untuk bertanding, di mana syaratnya sangat tinggi dan sukar dicapai. Dalam kesemua 6 pelajar tu, tak ada seorang pun yang cukup kelayakan untuk join pertandingan tu. Tapi, diorang tetap apply dan cuba yang terbaik untuk dipilih bertanding walaupun mereka tahu mereka tidak layak sama sekali. At the end..kesemuanya berjaya dipilih dan hanya mereka saja yang mengisi borang untuk menyertainya. Syarikat rakaman tu just nak uji sejauh mana kesungguhan mereka untuk mencapai apa yang mereka inginkan.

Samalah dengan kita. Mungkin ada antara kita yang tak berani untuk ke hadapan, untuk berucap. Ada antara kita yang rasa dirinya tidak layak untuk menjadi murabbi, orang yang mengajak ke arah kebaikan. Kenapa? Kerana kita tahu kita tak cukup syaratnya, tak layak dan macam-macam lagi alasan kita. Tapi, bila kita akan layak? Sempatkah kita layakkkan diri kita sebelum 'borang ditutup'? Dan sememangnya kita takkan pernah layak. Syaratnya sangat tinggi..sukar untuk kita capai. Kita nak jadi baik dalam semua perkara, tak ada kejahatan langsung..sangat impossible kerana kita manusia yang lemah dan sering lalai. Kita nak jadi kuat dan tabah sepanjang masa, tapi kita takkan mampu mencapainya setiap masa kerana kita manusia yang lemah..yang sentiasa berbolak balik iman dan kesabaran kita. Tapi..bukan kelayakan yang Allah pinta dari kita, tapi Allah inginkan usaha kita untuk mencapai setiap kelayakan yang patut kita miliki. Mungkin kita tak mampu nak menjadi seperti para nabi dan sahabat, tapi Allah nak kita berusaha ke arah itu dengan penuh keyakinan bahawa setiap sesuatu itu, tiada yang mustahil. Biar sesukar dan sepayah mana pun, kita perlu dan harus berusaha siang dan malam macam pelajar-pelajar ni, untuk terus meningkatkan keupayaan dan kebolehan diri supaya kita dapat mencapai cita-cita tertinggi kita..iaitu SYURGA YANG ABADI!

Kita perlukan kekuatan dan pembimbing untuk menuju cita-cita yang abadi. Dialah Allah, pembimbing dan penolong yang tak pernah lupakan kita, yang sentiasa bersama dan tidak akan sesekali kita lemah dan resah bila bersamaNya. Jika ingin menuju yang abadi..mintalah pada yang kekal abadi. Jika ingin mencapai cita-cita yang tinggi..tetapkan hati bersama yang Maha Tinggi. Jika ingin kekuatan yang berpanjangan..yakinlah itu semua akan hadir dari Dia yang Maha Kuat dan Kuasa atas segala sesuatu...

Wallahu'alam.....

Monday, September 26, 2011

Mati itu PASTI!

Salam semua...

Pagi ni, keluarga Al-Kenali dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Tok Su Abdullah Zawawi di Mekah. Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman..Ameen! Walaupun tak berapa rapat dengan arwah kerana duduk berjauhan..namun hanya doa yang mampu disedekahkan kepadanya agar mendapat pengakhiran yang baik di sana..InsyaAllah. Datuk saudara bongsu dan yang terakhir dari sebelah baba. Sekarang..tiada lagi datuk saudara dari belah Al-Kenali.

Bila dengar berita tentang kematian, dah pasti kita pun merasakan ketakutan dan kebimbangan dalam diri sendiri.
" Bila agaknya masa aku"...
" Cukup dah ke amal aku kalau aku dicabut nyawa sekarang"...
Kita mula bermuhasabah tentang amal kita dan hidup kita. Setiap kematian yang berlaku di depan mata sebenarnya memberikan kita pengajaran dan peluang untuk kita bermuhasabah. Tak mungkin ada orang yang bila menerima berita tentang kematian sesiapa sekalipun..hatinya kosong..tiada rasa apa-apa. Pasti akan wujud sedikit perasaan sedih, bimbang dan takut! Itulah kita...manusia..umat Islam di zaman ini.

Tapi...para sahabat..para syuhada' dan pejuang-pejuang Islam yang dahulunya tak pernah walau sesaat pun mereka takut untuk mati. Subhanallah. Hebat dan teguhnya iman mereka. Bukan mereka takutkan kematian..malah mereka sangat menginginkan kematian. Kerana apa? Kerana mereka sudah bersedia dan mereka yakin dengan janji-janji Allah. Mereka yakin bahawa mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai hamba Allah di dunia ini. Jadi...tak guna rasa takut untuk mati. Malah..bagi mereka..mati itulah kehidupan sebenar mereka. Orang yang beriman dan bertaqwa..tidak takut untuk mati kerana mereka tahu, mereka akan bertemu dengan Allah yang mereka sayangi apabila mereka mati. Mereka tahu..kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal dan setiap amalan yang mereka lakukan di dunia..balasannya akan diterima di sana. Tapi kita...saya..dah bersedia ke menemuiNya? T_T

Apa yang perlu kita lakukan agar kita bersedia untuk menemuiNya pada bila-bila masa??
Iaitu kita melakukan setiap amalan dalam kehidupan seharian kita dengan SEBAIKNYA bukan SEBANYAKNYA. Ramai akan berkata,
" Buat apa buat baik awal-awal. Nanti kalau kita dah besar dan dewasa, barulah buat amal banyak-banyak, top-up apa yang dah tinggal sebelum ni.hehe.."
Yurp! This answer is TOTALLY WRONG. Sebabnya? Sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Rasanya semua orang sedar akan perkara tu, di mana..hidup dan mati kita bukan dalam kawalan dan pengawasan kita. Kita tak boleh pilih tarikh nak mati..tak boleh nak lambatkan walau sedetik pun saat untuk kita pergi..dan kita takkan tahu sama ada kita mampu hidup lagi atau tidak apabila umur kita meningkat. Itu semua sangat jelas..dan dah banyak kita lihat depan mata. ada yang mati dengan serangan jantung secara tetiba,ada yang meninggal masa umur sangat muda dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku di sekeliling kita.
And one thing yang perlu kita ingat ialah...Allah tidak menginginkan hambaNya yang BANYAK BERAMAL, tetapi dia menginginkan hambaNya yang BERAMAL DENGAN SEBAIKNYA. Dalam Al-Quran sendiri..tak ada ayat-ayat yang menyebut tentang manusia beriman yang banyak beramal akan mendapat ganjaran syurga. Tetapi sebaliknya, Allah berfirman...siapa di antara kamu yang paling baik amalannya akan mendapat balasan syurga. Tak perlulah kita nak sujud setiap malam sampai lenguh badan-badan kalau hati kita tak cukup ikhlas dan yakin dengan amalan yang kita lakukan. Tak perlulah kita nak dermakan semua harta untuk kemajuan Islam kalau kita ragu-ragu dalam melakukannya. Biar sedikit amalan kita..tapi jadikan ianya amalan terbaik kita. Macam orang selalu kata.." Bukan kuantiti yang menjadi ukurannya..tetapi kualiti yang menjadi kayu ukur". Mana kualiti amalan kita? Tanya hati..cari jawapannya sendiri.

Semoga kita mampu memperbaiki setiap amalan kita. Apabila kualiti sudah terjamin...insyaAllah, sama-sama kita meningkatkan kuantitinya pula. Biar kualiti dan kuantiti setanding, jangan kualiti melebihi kuantiti, kerana itu tidak memberi apa-apa erti......

Wallahu'alam...

Tuesday, September 13, 2011

:: Nak Mengadu? ::

Salam...

Hari ni sebenarnya tak ada banyak benda pun yang dilakukan. Tapi, ada sesuatu yang telah terjadi. Something unpredictable and unforgettable.. Dan yang pasti, peristiwa itu telah memberikan banyak pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah...

Petang tadi.. si dia bercerita, meluahkan perasaan dan rahsianya pada aku. WAH!!! Sangat terkejut dan kelu. Orang yang tak disangka-sangka mula membuka cerita,meluahkan segala yang terpendam yang tak pernah diceritakan pada orang lain, dan akulah orang pertama yang menjadi saksi segala kejujuran serta luahan perasaannya yang sangat mengejutkan. Dan rasa sangat janggal sebenarnya berada dalam situasi itu. Tapi, I'm sure there's reason behind all that. Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku and nak aku belajar sesuatu dari apa yang telah dikongsikan pada aku.

Memang betul apa orang kata, luar nampak gembira dan bahagia, tapi hakikatnya penuh luka dan duka di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Bukan dia nak jadi hipokrit, tunjuk kuat dan tunjuk hebat pada orang luar. Tapi, TIADA TEMPAT MENGADU untuknya. Mengadu pada yang disayang, makin parah lukanya. Nak mengadu pada keluarga tercinta, tak mampu diluahkan. Kawan? Apatah lagi, sekejap datang sekejap pergi. Tiada tempat untuk bersandar, tiada tempat untuk meluahkan yang terpendam. Dan akhirnya, apa yang dipendam menjadi punca kepada masalah yang lain.

Lepas dengar semua cerita yang selama ini berselindung di sebalik kemewahan rumah yang dimiliki, Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Hanya perkataan ini yang mampu terluah. Alhamdulillah kerana aku masih ada ramai orang di sekeliling yang mampu menjadi pendengar, penasihat dan tempat untuk aku bersandar. Alhamdulillah kerana setiap kebahagiaan dan keseronokan yang aku pamerkan bukanlah lakonan semata-mata. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi segala masalah yang melanda, walaupun mungkin ada antaranya yang masih tiada penyelesaiannya lagi.

Kemudian, aku terfikir.... Andainya perkara itu terjadi pada diri aku pulak...apa yang aku akan lakukan??? Macam mana aku nak laluinya??? Kuatkah aku untuk mengharungi semuanya??? Setiap orang akan diuji, dan terus diuji kerana melalui ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita. allah ingin kita kembali mengingatinya. Allah ingin kita berusaha mengharunginya dan jangan sekali kita berputus asa.

Kadang-kala, bila ujian datang...kita sibuk mencari tempat untuk mengadu segala masalah yang menyerabutkan kepala. Nak mengadu pada siapa?
Mengadu pada keluarga..kadang-kadang mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, ada ke masa untuk kita??? Mengadu pada kawan pula..ada yang dekat, ada yang jauh, sukar untuk dihubungi dan kadang-kadang lost contact macam tu je. Nak mengadu pada siapa lagi? Kita rasa keseorangan..rasa buntu, tiada hala tuju. Sedih dirasakan bersendirian, luka dipendam sendirian, duka ditahan sendirian. Akhirnya??? Kita yang stress, kita yang merana, kita yang terseksa dengan setiap perkara yang berlaku.

Rupa-rupanya kita lupa dan tidak tahu bahawa Allah itu DEKAT dengan kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
( Al Baqarah: 186)

Allah yang mendatangkan ujian kepada kita. DariNya datang segala stress, kesedihan, kepahitan yang kita rasa selama ini. Dan dari dia juga kita diberikan rasa gembira, bahagia, suka dan tawa. Jadi..patutkah kita mengadu pada yang lain?? Ya..mungkin kita perlukan kongsikan apa yang terbuku di hati dengan seseorang yang kita nampak dengan mata kasar, yang mampu menyahut setiap kali kita berbicara. Namun, jangan kita lupa pada yang lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Kita mengadu pada manusia, jangan kita lupa untuk mengadu dan merayu padaNya. Mengadu pada Allah tak bererti kita tidak redha akan ujianNya. Namun, kita mengadu padaNya supaya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala yang berlaku. Memohon padaNya dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk dan keyakinan. Allah sangat dekat dengan kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Teruskan berdoa dan bersabar setiap kali kita diuji.

Wallahu'alam...



Tuesday, August 23, 2011

~: Peluang Satu Anugerah :~

Salam wrm...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..alhamdulillah... No other words can really describe my feeling right now! Hanya rasa bersyukur atas nikmat dan peluang yang Allah berikan. Seminggu yang lalu baru je balik dari satu program yang singkat, tapi cukup kena dengan diri ni. Sangat berkesan dan insyaAllah dapat membantu dalam menghadapi segala kelemahan dan masalah yg sering membelenggu diri. Walaupun hanya dua hari sahaja programnya, tapi dua hari itu telah banyak memberikan ilmu dan pengajaran untuk diri ini. Oh..sebelum tu..SELAMAT HARI RAYA dan maaf zahir dan batin! Lama dah nak publish post ni..tapi last-last sampai dah raya..baru dapat publishkan..huuuuuu..

OK! Back to the real topic.. :D
First and last program yang mampu pergi sepanjang cuti Summer ni. Ohh..sedihnyeee T_T
Sangat sedih sebenarnya bila tak dapat nak meluangkan masa untuk pergi ke program-program sebelum ni. Ramai kawan-kawan yang dari jauh pun mampu nak pergi sana sini dari sebelum Ramadhan sampailah ke akhir Ramadhan. Sangat kagum dengan semangat diorang untuk berusaha pujuk parents supaya berikan kebenaran untuk turun ke area Selatan..semata-mata untuk menambah ilmu dan berjumpa antara satu sama lain.. Sedangkan..aku ni duduk area KL siap.. Most of the programmes were held near my area. Tapi..dalam banyak-banyak program, satu je dapat join. Mungkin perlu sedih, tapi tak perlu rasa rendah diri or menyesal. Walaupun dapat pergi satu je..tapi, itulah yang terbaik! Dan aku mengaku memang itulah yang terbaik sebab pengisiannya sangat kena dengan situasi yang dialami sekarang. Semua dilema, prasangka dan perasaan terjawab dalam masa dua hari tersebut. Alhamdulillah...

Bila baca status-status rakan-rakan yang lain..baca comment kat facebook..baca laporan dalam group..semuanya membuatkan aku rasa sangat JEALOUS! Mula-mula..takdela rasa sedih dan jealous sangat kat diorang sebab dapat macam-macam time program. Tapi..bila dah review balik semua yang diorang discuss time program-program lepas..betapa banyaknye yang aku ter'miss' dan ketinggalan jauh di belakang berbanding mereka..rasa sangat sedih dengan diri sendiri. Tapi..susunan Allah itu cantik. Allah berikan aku masa untuk bersama keluarga..untuk menunaikan tuntutan-tuntutan aku kepada keluarga..instead of join diorang, bersama dengan diorang menambah ilmu dan 'makanan' untuk rohani. Alhamdulillah, setiap yang Allah tentukan itu memang yang terbaik dan tak perlulah kita mempertikaikannya lagi. He knows the best for us!

Sekarang..Alhamdulillah, I've regained my spirit and energy insyaAllah. Semangat yang dulunya lemah..keyakinan yang dulunya kurang..kini insyaAllah segalanya mula meningkat dan bercambah. Semoga Allah kukuhkan perasaan ini..dan tetapkan keyakinan dan semangat yang ada sekarang..supaya ilmu yang ada terus tersebar dan ramai lagi orang lain yang dapat merasakan apa yang aku rasakan kini.. AMIN!!!!

Wallahu'alam..

Sunday, August 21, 2011

:: No Tries..No Hopes ::

Salam...

Dari tadi CUBA mencari mood utk tidur, tapi tak dapat-dapat jugak! Lepas bangun tadi..terus segar bugar. Pelik juga dengan kekuatan yang Allah bagi ni. Tapi mungkin Allah nak suruh aku menulis sesuatu untuk mengisi masa lapang ni..huuuuu. So..blog, here I come. :D

Oh..kenapa perkata 'CUBA' dibesarkan ni?huhu...
Sebab topik utk kali ni ialah tentang...MENCUBA atau dalam bahasa Inggerisnya ialah TRY!

Alhamdulillah, satu pengalaman..or boleh dikatakan satu kemajuan dalam diri ini sepanjang cuti Summer ni ialah dari segi berani mencuba. Secara jujurnya..Nada Ismail ni seorang anak yang sangat kecut dan takut pada mamanya..huuuuu. Tak tahulah hantu 'takut' apa yang merasuk dalam diri. Tapi, kalau nak meminta something dari mama...Ya Allah..boleh dikatakan kemungkinan besar takkan terlafaz kata-kata tu di mulut. Sebelum berdiri depan mama..punyalah karang ayat baik punya. Tapi..once mata dah bertentangan mata...jantung laju je berdegup and lidah terus kelu.huhu. Macam kena bomoh ngan mama sendiri je rasanya.haha. Maklumlah..adik kan! :P

Tapi..Alhamdulillah, satu peningkatan dalam diri yang boleh dibanggakan jugakla. Sekarang ni, rasa takut pada mama tu masih ada, tapi tak seteruk dulu. Sekarang..rasa lebih free and tenang nak mintak apa-apa dari mama. Walaupun..takdela tenang mana, tapi sekurang-kurangya perasaan yang dulu tu dah menurun sikit. Kalo dulu..nak minta keluar rumah tu..macam satu azab yang sangat menakutkan. Tapi..Alhamdulillah again..Allah dah berikan satu kekuatan untuk berdepan dengan parents, and meluahkan segala keinginan di hati.

Macam mana boleh jadi macam ni???
Kuncinya ialah dengan terus mencuba! Yurp! Satu percubaan yang mampu meyakinkan dan menguatkan diri. Mula-mula nak minta...kurang yakin. Tapi Allah berikan kekuatan untuk mencuba nasib..mencuba meningkatkan keyakinan diri dalam setiap hal. Selagi tak cuba..macam mana nak tahu mama izinkan ataupun tak kan? Macam mana kita nak tahu mama marah ke tak...mama suka ke benci ke.. Semuanya kita takkan tahu kalau kita tak mencuba. Selagi tak mencuba..kita takkan nampak harapan dan matlamat kita.

So..kesimpulannya..teruskan mencuba dan mencuba dan mencuba. Jangan berhenti mencuba dalam apa jua perkara dalam kehidupan kita. Kalau kita kurang yakin pada diri sendiri..tanamkan perasaan dan semangat untuk mencuba. Kita harus berani untuk mencuba jika kita mahu maju ke hadapan. Kalau kita rasa kita lemah..kurang ilmu..tak ada kepakaran dalam bidang tertentu..terasa diri lebih rendah berbanding yang lain..takkan kita nak terus menerima pandangan-pandangan kita terhadap diri sendiri macam tu je?? Takkan kita hanya mengiakan segala persepsi diri tanpa berbuat sesuatu? Jadi..TERUSKAN MENCUBA! Kita takkan pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita..apa yang Allah takdirkan untuk kita jika kita TIDAK MENCUBA. Percubaan memerlukan usaha dan kekuatan dan Allah memberikan ganjaran dan balasan setimpal dengan usaha kita. Jika kita mahukan lebih..maka berusahalah untuk mencuba dan jangan sesekali takut untuk mencuba.

Wallahua'lam...

( catatan di pagi hari dalam keadaan separa sedar.. ;D )


About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia