Thursday, November 18, 2010

3Eid MuBaraK!!

Assalamualaikum.

3Eid Mubarak to all Muslims around the world. Minal aidin wal faizin. Kullu sanah wa entum tayyibin.




9 November 2010 bersamaan 10 Dzulhijjah 1431H,tarikh keramat untuk umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk merayakan AidilAdha di perantauan. First time sebenarnya raya di negara asing,tapi sejujurnya, takdela rasa sedih sangat. Setakat sedih sebab rindu nak bersalam-salaman dengan family tercinta, tapi langsung tak sebak. Mungkin sebab dah biasa beraya tanpa mama dan baba kot.huuu. Apa-apa pun,it was a nice and wonderful experience,with full of joy and memories~~

Korban....Bila raya haji je..sah-sah orang akan teringat korban..korban..korban... Waktu raya haji ni la banyak haiwan-haiwan tumbang di tangan manusia. Satu dunia berperang dengan haiwan,tanah-tanah dilimpahi darah-darah yang masih pekat. Binatang-binatang ternakan menjadi santapan di pagi,siang dan malam hari. Itulah tuntutan Allah kepada umat Islam dan semoga hidup kita bertambah berkat dan sempurna dengan adanya ibadah korban ini. InsyaAllah.

Kalau nak bercerita tentang cara-cara sembelihan yang betul,diri sendiri pun tak pernah buat lagi. Kalau nak menyanyi lagu Berkorban Apa Sahaja oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,memang akulah yang paling layak.huu. Tapi bukan itu tujuan post kali ni. Kali ni, nak bercerita tentang KORBAN. Yeah! Korban apa??? Korban jiwa dan raga!

Well,sejujurnya, aktiviti korban-korbankan haiwan-haiwan ni memang bukan kepakaran aku sebab family aku jarang berkorban. Biasanya kami setakat join ibadah korban di masjid-masjid,itupun jarang juga. Tak pun,setakat buat jamuan di rumah sendiri ataupun menjamu selera di rumah orang. Itulah kehidupan di Kuala Lumpur. Tak berapa nak rasa kemeriahan AidilAdha tu. Walaupun kemeriahan kurang berbanding sambutan Syawal, lagu raya tak terlalu lama dimainkan, jalan raya di KL tetap sibuk walaupun cuti AidilAdha. Tapi,di sebalik kesunyian dan kekurangan itu,ada kelebihan yang tak nampak di mata, namun nikmatnya dapat dirasa. Subhanallah..
OK! Back to the main topic. Emmm..korban jiwa dan raga? Kalau kita sebut "berkorban sepenuh jiwa dan raga", maksudnya kita kena berkorban sepenuh hati. Sepenuh hati bukanlah bererti mendermakan hati untuk berkorban demi orang tercinta. Tapi, sepenuh hati tu bermaksud buat sehabis baik, semampu yang mungkin tanpa perlu risaukan perkara-perkara yang lain. Kenapa perlu berkorban?? Kerana pengorbanan itu tanda kasih sayang dan cinta pada seseorang. Bila kita sanggup berkorban demi si dia, maksudnya kita mencitainya lebih dari apa yang kita ada,lebih dari orang lain. Sampaikan sanggup mati hanya kerana dia. Haaa,cinta tahap GIGA punya! Sampai rasa tak ada apa yang dapat memisahkan kecuali Allah sahaja.

Jadi..get the point?? Pointnya,berkorban untuk ibu bapa kita, family kita, kawan-kawan di sekeliling kita. And bila dah bersedia, berkorbanlah untuk suami atau isteri tercinta. Dan..satu-satunya pengorbanan yang tak boleh dilupakan, tak boleh ditinggalkan ialah BERKORBAN UNTUK AGAMA. Atau senang kata, BERKORBAN KERANA ALLAH! Setiap pengorbanan yang kita lakukan, mestilah kerana Allah. Dan kita juga mesti..bukan mesti tapi WAJIB berkorban untuk Allah. Macam mana Nabi Ibrahim sanggup nak sembelih anak dia kerana Allah, macam tu jugala pengorbanan kita untuk Allah. Macam mana jitunya semangat Khalid Al-Walid dalam mempertahankan panji Islam, macam tu jugala semangat kita untuk agama Islam ini. Kalau kita perlukan pertolongan dan bantuan, Allah sentiasa ada di sisi kita untuk membantu. Tapi, bila Allah dan agama Islam perlukan kita, kenapa tidak kita bangkit dan sumbangkan bantuan? Kita tidak akan sesekali rugi sekiranya kita berjuang dan membantu di jalan Allah..

So, apa yang dah kita korbankan untuk Allah? Allah dah sediakan segala-galanya untuk kita. Tak terbalas sebenarnya jasa dan kasih sayang Allah pada kita. Tapi,banyak mana kita dah membalasnya? Reflect kat diri sendiri juga, banyak lagi yang aku tak buat untuk Allah. Banyak lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki. Dan banyak lagi kejahilan yang perlu aku KORBANkan.
Tapi, insyaAllah banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tunjukkan pengorbanan kita pada Allah. Kadang-kadang,kita tak sedar pun yang sebenarnya apa yang kita sedang buat itu adalah tanda pengorbanan kita untuk Allah.

Maka, jangan teragak-agak untuk berkorban. Pengorbanan itu sukar dan setiap kesukaran itu memerlukan pengorbanan. So, buat yang terbaik untuk agama,bangsa,negara,keluarga,masyarakat dan diri sendiri.

Sunday, October 31, 2010

TriP to OxFoRd..The CiTy Of ThE SmArtEss!!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,sekarang cuaca kat Birmingham ni dah makin sejuk. Sejuk yang menenangkan buat masa ni. Tapi bak kata senior, tak lama lagi akan jadi sejuk yang MENYAKITKAN!huuu. Semoga aku tabah menempuhi hari-hariku di sini.




Alhamdulillah, baru sebulan duduk kat sini, dah berjalan ke Oxford dah aku ni. Wah! Tak sangka gak. First time merantau di negara orang, melawat sini sana, berjalan ke hulu hilir, tanpa ada orang yang halang. Sangat best sebenarnya. Bila duduk sini rasa sangat bebas.haha. Kalau kat Malaysia tu, nak ke sana sini, kena bagitau parents dulu. Duduk sini, setakat mesej je, kata nak gi mana-mana kita suka. Dan diorang takkan larang.huuu. Syok habisla..

Well, untuk post kali ni, nak cerita sikit tentang Oxford trip minggu lepas.
Memandangkan cita-cita nak melanjutkan pelajaran kat Oxford tak kesampaian, so kalau dapat menjejakkan kaki kat University of Oxford pun kira dah lepas gianla.haha. Tapi sebenarnya bukan teringin sangat pun nak belajar kat sana, sebab suasana yang agak 'STRESS' di sana. Rasanya di Birm ni adalah tempat terbaik untuk aku walaupun ini bukanlah tempat terbaik di mata dunia. Allah dah meletakkan kita di tempat yang sebaiknya, so tak perlulah kita nak menyesali apa yang kita perolehi sekarang ni. Betu tak?




p/s :Tempat Quidditch game and tempat dance dalam Harry Potter The Goblet Of Fire~~


Emm... Kenal ke tempat-tempat kat atas ni? Haa.. Kepada peminat setia cerita Harry Potter, mestila recognise sikit tempat-tempat ni. Inila antara tempat-tempat yang menjadi spot penggambaran tuk semua cerita Harry Potter. Bila pergi, rasa macam nak jadi Harry Potter, tapi apakan daya, sumenye hanya lakonan. So, takdela tangga yang bergerak-gerak, gambar yang ber'nayawa'.hehehe. Semuanya khayalan semata-mata.

Bila berjalan-jalan di negara orang ini,satu perkara yang sangat best ialah bila kita dapat menunaikan kewajipan kita tanpa rasa malu dan tanpa dipandang pelik oleh orang sekeliling. Dekat sini, sembahyangla kat mana-mana pun, tak akan jadi masalah. Semua orang faham. Tapi kalau kat Malaysia, kenapa kita rasa malu nak buat macam ni? Kenapa kita akan dipandang pelik? Sedangkan Malaysia adalah negara yang dipenuhi dengan orang Islam. Mungkin sebab kat Malaysia banyak disediakan masjid dan surau untuk kemudahan kita. Itulah perbezaan negara kita dengan negara asing. Kat Malaysia, orang PAHAM, tapi sukar kita nak buat. Kat negara Barat, orang TAK PAHAM, tapi kita senang jer nak buat. Paham ker?hmmm...

Satu lagi perkara yang sangat best terjadi time trip tu, ialah bila kami jumpa dengan seorang pakcik dari Palestin yang bekerja di sini. Subhanallah..kuasa Allah. Masih ada lagi rakyat Palestin yang masih boleh menyara dirinya di negara asing. Pakcik tu nak balik ke Palestin, tapi tak dibenarkan. Jadi, dia terpaksalah cari kerja kat Oxford untuk meny
ara hidup dia dan keluarganya. Dan pakcik tu, dengan hati yang suci dan mulia, bagi geng-geng kami untuk tumpang sembahyang dekat stor kedai dia. MasyaAllah! Betapa kuatnya ikatan antara umat Islam. Walaupun baru je kenal tak sampai 5 minit,dia dengan yakinnya memberi pertolongan pada kami tanpa rasa ragu-ragu. Kalau kita, tak rasa takut or ragu-ragu ke? Takut nanti barang-barang kita akan dicuri? Ragu-ragu dengan niat sebenar orang nak tumpang sembahyang? sama ada memang betul-betul nak sembahyang atau
disebaliknya nak buat dajal? Tapi,kepercayan yang lahir kerana ikatan keagamaan, tak pernah persoalkan perkara-perkara macam ni. Jazakillah khair pakcik. Semoga Allah akan sentiasa membantu dan merahmati pakcik.


Emmm...perjalanan yang banyak mengajar erti hidup dan menunjukkan kebesaran Allah. Rasa sangat penat,tapi segala kepenatan diganti dengan rasa kesyukur
an dan kegembiraan yang Allah lahirkan.

Tuesday, October 12, 2010

Dunia Perantauan

Salam perantauan kepada semua...
Alhamdulillah,seperti yang dijanjikan,post kali ini dibawa khas dari Birmingham,United Kingdom. Alhamdulillah,dapat juga diri ini menjejakkan kaki di negara orang. Perasaan terkejut dan tak sangka masih ada,tapi itulah ketentuanNya yang Maha Kuasa. Sekarang,dah dua minggu jugakla menapak di negara asing ni. Setakat ni,semuanya berjalan lancar dan Alhamdulillah,hari ni internet dah dipasang kat rumah. Dan baru sekarang boleh update cerita-cerita dari UK.

Well,seperti yang dijangka,cuaca kat sini sangat sejuk. Tapi ni belum winter lagi. Kalo winter nanti,keluar rumah tak nampak muka dahla jawabnya. Semua badan tutup dengan kain.huu. Mula-mula datang dulu,asyik hujan jer. Terketar-ketar rasa duk kat sini. Selamatla ada jaket dari sahabatku tersayang,Zatun Najihah.heee. Pandai juga dia pilih baju rupanya,ada taste jugakla.

Dulu,time baru jer sampai sini,tak rasa sangat suasana duduk di negara asing. Rasa macam sama je dengan Malaysia. Cuma cuaca sejuk sikit jer. Tapi,dah lama-lama duduk sini,baru rasa kelainan dan keistimewaan duduk di negara asing. Macam-macam perkara yang terjadi,yang mungkin sukar kita nak rasainya bila duduk kat Malaysia. Yang manisnya bila tinggal di negara Barat,terasa sangat erat hubungan sesama saudara Islam. Terasa Islam sungguh suci,tenang dan dekat di hati. Kat sini,bila jumpa sesama Islam,perkataan pertama yang keluar dari mulut ialah "assalamualaikum". WAH! Betapa indahnya silaturrahim di sini. Setiap perbualan dimulakan dengan doa kepada saudara seIslam. Kalau di negara sendiri,macam-macam perkataan yang disebut. Kadang-kadang,perkataan yang ada maknanya,kadang-kadang,perkataan yang disebut atas dasar adat.

Tetapi,kita juga harus ingat yang kita hidup di negara orang. Apa yang kita pakai,apa yang kita buat,sering menjadi tontonan. Baru seminggu duduk kat Birmingham ni,dah banyak kejadian yang agak mengguris hati dah berlaku. Walaupun setakat ni,hanya kawan-kawan je yang menjadi mangsa,tapi sebagai seorang kawan yang seagama,serumah dan sehaluan,tak mungkin kita hanya mendengar dan tak merasa apa-apa. Tapi itulah kenyataan yang patut kita terima kerana hidup tak selalunya indah. Apa yang penting,kita tabahkan hati,kuatkan iman dan sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita walau di mana kita berada.

Well,minggu ni adalah minggu kedua belajar di University of Birmingham. Pandangan....agak susah! Mula-mula masuk lecture hall seminggu lepas,rasa memang tak boleh nak bersuara sikit pun masa lecture. Even bila batuk pun rasa takut. Sebabnya,nak kena fokus lebih. Tak macam kat Malaysia,tido dalam kelas pun buat bodoh jer.heee... Apa-apa pun,Matematik ni susah juga rupanya. selama ni,ingatkan bila amik math ni,asyik kira 24jam. Rupa-rupanya,salah sama sekali. Sekarang ni kena tahu proof semua theorem and formula yang telah diciptakan oleh pakar. FUH!!!! Pening-pening.... Itulah orang kata,tak ada benda yang tak susah kat dunia. Setiap perkara tu,ada cabarannya tersendiri.

Perkara yang paling best terjadi kat sini ialah bila diri ni memasak menggunakan tangan dan pengetahuan sendiri. Hebat tak rasanya?hahahaha. Mula-mula masak for the first time in my life,rasa cam nak jatuh jantung. Takut orang tak dapat makan makanan yang tak sedap tu. Rupa-rupanya,emmmmm~~~~ sedap jugakla masakan sendiri. Walaupun tak sesedap yang kat rumah,at least orang tak sakit perut bila makan. Setakat ni,dah dalam 6 ke 7 masakan yang insyaAllah boleh dimasak untuk dimakan..huuu

masakan pertamaku..YUMMY!!


Okla..dah banyak sangat melalut,sampai tak ingat nak study dah ni. So,better stop sampai sini jer,sebelum penyakit ni merebak........

Wednesday, September 22, 2010

Salam Lebaran!!!

Assalamualaikum...

Walaupun dah terlambat hampir dua minggu, tapi bulan syawal masih tak habis lagi, so, tak salahla kalau nak ucapkan selamat hari raya pada muslimin muslimat di seantero dunia. Maaf zahir dan batin. Kullu sanah wa entom tayyibin. Sekejap jer rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah berlalu macam tu je. Entah masih ada peluang lagi untuk diri ini merasai nikmat bulan Ramdhan pada tahun mendatang atau tidak, wallahu'alam. Semoga Allah masih panjangkan umurku untuk memberi peluang merasai nikmat yang tiada tandingan pada masa yang akan datang. AMEEN!!!

Memang masa berlalu pantas, sampaikan tak sempat nak merasa nikmat Malaysia sepenuhnya. Ceh!!! Bunyi macam tak akan balik Malaysia lagi dah. Tak lama lagi, Malaysia akan ku tinggalkan, keluarga akan ku lepaskan, sahabat dan rakan-rakan akan ku contact kat FB jer.huhu. Emm, dulu nak sangat study oversea kononnnya, tapi bila dah dapat peluang, ada rasa berat hati sikit. Tapi insyaAllah semangat masih membara. Tapi, rasa pilu juga nak tinggalkan negara tercinta ni. Kat sinila letaknya segala memori dan insan-insan yang ku sayangi. Kini, aku harus meneruskan langkah, berjihad di negara orang. But, it's ok! Dengan teknologi maju sekarang ni, senang sangat nak berhubung dengan orang-orang kat Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan kisah hidup mama dulu, lagi menyedihkan. Kirim surat, sebulan sekali. Dapat balasan pun sebulan sekali. Nak balik, tak cukup duit, teruslah menetap kat sana sampai habis belajar. Betapa susahnya nak meluahkan rasa rindu pada keluarga tercinta. Tapi sekarang, semua ada. YM ada, FB pun tak ada kurangnya, telefon pum murah ajer. Emm...Betapa besarnya nikmat Allah.

Macam manalah agaknya kehidupan aku kat sana nanti ek?? banyak jalan ke, kuat main ke, ataupun study sampai tak nak berhenti?? Yang ketiga tu mungkin kurang tepat, tapi yang dua lagi tu, insyaAllah jadi kenyataan.hehehe.

Bila nak 'blah' ke negara orang ni, macam-macam persiapan yang nak kena buat. Baik fizikal or mental. Agak seram sejuk juga nak pergi negara orang ni. Iman aku, harapnya mampu menjamin hidup aku kat UK nanti. Ilmu aku, harapnya mampu membantuku semasa di negara asing. Dan amalanku,harapnya mampu dikekalkan dan dipertingkatkan agar aku tidak lupa diri. INYSAALLAH!! Apa-apa pun, doa kepada Ilahi jangan pernah putus dan cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa.

So, insyaAllah, next post will be posted from United Kingdom or more specific, BIRMINGHAM..
Lastly, minal ai'din wal faizin... :)

Sunday, August 15, 2010

:: Alhamdulillah atas segalanya.. ::

Salam Ramadhan Al Mubarak..

ALHAMDULILLAH!!!! Tiada perkataan lain yang sesuai untuk aku ucapkan hari ni selain daripada Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kenapa?? Sebab hari ni baru aku dapat laptop untuk DIRI SENDIRI.. Punyala lama aku menanti waktu untuk aku mempunyai laptop sendiri. And sekarang, laptop aku dah ada depan mata and aku sedang menggunakannya untuk tulis blog ni. Of course, kalau tak kerana mama and baba, aku takkan dapat laptop ni sampaila aku keje. Thanks so much mama and baba. Both of you are the most important to me. Nothing much I can say, just thank you and love both of you.

Bila dapat benda baru ni, teringat kejadian pilu yang melanda diri satu masa dulu. Jam kesayangan, hadiah SPM aku hilang. Tak dapat dikesan, tak tau mana tercicir, tak ada clue kat mana jam tu berada di saat-saat akhir. Sangat sedih sebenarnya waktu tu. Bukan saja sebab harganya mahal, tapi sebab itulah pemberian mama and baba yang paling aku suka and sayang at that time. Bila cerita kat kawan, katanya mungkin dah tak ada jodoh lagi. So... Nak wat apa??? Redha jela.

Setiap harta kita di dunia ni sementara sahaja. Setiap sesuatu itu ada jangka umurnya dengan kita. Bila aku hilang jam tu, aku selalu fikir yang mungkin selama ni aku terlalu banggakan diri sebab ada jam yang SANGAT MAHAL TU ataupun selama ni aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. WALLAHUA'LAM. Harap-harapnya bukan sebab itu Allah ambil jam itu dari aku. And sometime, bila difikirkan balik..memang ada hikmah di sebaliknya. Sekarang, mungkin aku lebih prihatin terhadap barang-barang aku and akan aku jaga sebaiknya barang ni. Aku selalu marahkan diri sendiri sebab CARELESS. Tapi, aku sebenarnya tak boleh salahkan diri sendiri sebab itu bererti aku salahkan ketetapan Allah. Astaghfirullah...

So, kesimpulannya, jaga barang anda sebaiknya.huuu. Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada, sebab dalam sekelip mata, semuanya akan hilang begitu saja. Jangan lupa pada kuasa Allah yang Esa, kerana setiap sesuatu terjadi keranaNya. Jangan lupa bersyukur atas segala nikmat, kerana nikmat yang dimiliki tidak kekal selamanya.

Anyway, tinggal tiga hari lagi untuk debaran semakin memuncak. Apa yang penting, jangan putus doa kepada Allah. InsyaAllah Dia sentiasa membantu hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Ameennn...

Wassalam

Monday, August 9, 2010

AfteR A LonG LonG TimE....

Salam..
Akhirnya, setelah sekian lama tak berblogging, hari ni sempat juga nak berblog sekejap.. Semenjak dua menjak ni jadi sangat busy. Ke sana sini, semua tempat dah dijelajahi. Inilah cuti yang sangat memenatkan.hahahaha.. Boleh dikirala berapa hari je duk senyap kat rumah. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak keluar 'berderat'. Semuanya sebab Amru datang Malaysia. Bagus juga budak ni datang Malaysia. Dapat gak aku ni keluar ke sana sini. Kalau nak keluar ngan kawan-kawan, boleh kira berapa hari je dapat keluar ngan diorang. Semuanya sibuk belajar. Yang tak belajar pulak, duk jauh-jauh. Sampaikan orang ingat yang aku ni tak ada kawan..huuu.. SEDIH-SEDIH!!!!

Well, semalam baru balik dari Penang. Bawa si Amru yang kempunan nak mandi laut gi jalan-jalan. Tapi, sampai-sampai sana pun, tak mandi-mandi gak. Dia mandi pool je. Sebab air laut nampak kotor and ombaknye.. YA ALLAH.. Sangat menakutkan.. So, just gi sana untuk ambil angin laut jer. Anyway, it was a nice holiday. Sebab dapat luangkan masa ngan satu family. Dah lama tak dapat nak luangkan masa ngan family. Mana taknye.. Abang Habu sibuk oncall jer. Abang Nader pula, tak boleh nak mintak cuti. Mama, sekarang ni sibuk cari duit, sebab nak gi Turki. Jadi, kesempatan untuk bersama, sangat dihargai...

Seronok punya seronok.. Tak lama lagi result nak keluar dah. OHHHHH!!!!! Scary... Allah je tahu perasaan aku sekarang ni. Nampak macam relax, tapi hakikatnya, tak dapat nak digambarkan. Dahlah semalam mama dengan yakin dan percaya cakap yang aku ni akan pass. AMEENN YA RABB... Bukan nak kata tak yakin dengan diri sendiri, tapi kalau yakin sangat pun tak bagus juga. Kadang-kadang, keyakinan akan membawa kehampaan. Jadi tak boleh terlalu yakin. Tapi tak boleh juga kalau tak yakin dengan diri sendiri. Itu pun alamat yang tidak baik. Jadi, kita jadi sedang-sedang je. Tak terlampau yakin, tak terlampau tak yakin. InsyaAllah Allah akan berikan yang terbaik untuk aku.. AMEENN!!!!


OK.. Untuk hari ni, setakat ini dulu. Wassalam..

Sunday, June 13, 2010

AgAiN, BecAuSe Of HER

Salam.

Once again, diri ini telah ditag oleh kawanku yang tercinta ni untuk menjawab soalan-soalan yang dilontarkan. Nyway, thanks ye Shiela sebab selalu tag aku.hahahaha. Aku berbangga kerana menjadi salah seorang manusia yang dipilih anda untuk menjawab soalan-soalan ini..hehehehe
Jadi, mari mulakan aktiviti menjawab soalan. ;)

Write 5 interesting facts about the person who tagged you.
Interesting facts?? Do you think you are interesting Shiela??hahaha. Just kidding k! Well,memandangkan aku ni tak suka menulis in English. So, my entry ni akan menggunakan bahasa ampuran Malay and English.
Ok. Back to basic. Shiela!!Satu nama yang unik.hehehee First interesting fact, she is the person who had made me cried.hahaha. Interesting ke??? Interesting sebab aku menangis dengan agak dahsyatnya di hadapan kawan-kawanku kerana dia. Thanksla Shiela. Shiela ni pun seorang kawan yang very sensitip.heee. Which made her really different from all friends that I have ever had in my life. Very sensitif sampaikan kita kena berhati-hati bila nak cakap ngan dia sebab takut kita telah mengguris perasaannya. :) And I think that she is a loyal person. Haaa.. Sesuai untuk lelaki-lelaki yang menginginkan seorang isteri yang tak mampu dicari ganti. Dari sudut pandangan aku yang dah kawan dengan dia lebih kurang tujuh tahun lamanya, aku rasa dia memang SETIA.hee.. For me, she is very matured in every single thing that she did in her life. Kadang-kadang rasa malu jugak kawan ngan dia,sebab aku ni childish. But sometimes, she also act like me. So I think, we have chemistry. Right Shiela??hehehe. Ko kena tulis gak interesting facts about me k!!!hahahaha

Jot down 5 interesting facts about yourself or your hobbies
About me??heeee. Saya ni tak cepat marah. Senang kata, tak suka and tak reti nak marah orang. I'm quite good in playing musical instrument. Or i just can specified it into TUBA.hahahaha. But, i've played many musical instrument such as clarinet, saxophone, flute,but not so good in that.heeee. And I really love playing games.huahuahua. And now, I'm trying to be good in playing Dance-dance Revolution. Trying to beat my bro. :)) I also have started to read English novel in which I've never imagine that I would love to read English novel. But,suddenly, I've became the fan of Cecelia Ahern. :0 Lastly, au ni seorang yang baik.heeee. Perasan jelebih. :p

Pick your 5 deserving recepients and describe them.
Emm, there's definitely nobody who I want to pick to be recipients. Sebab sume manusia yang hendak di 'pick', dah di 'pick' oleh orang lain. And, dah tak ada manusia lain dalam kepala otak ni untuk mengetag orang. So, THE END. :))

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia