Monday, August 9, 2010

AfteR A LonG LonG TimE....

Salam..
Akhirnya, setelah sekian lama tak berblogging, hari ni sempat juga nak berblog sekejap.. Semenjak dua menjak ni jadi sangat busy. Ke sana sini, semua tempat dah dijelajahi. Inilah cuti yang sangat memenatkan.hahahaha.. Boleh dikirala berapa hari je duk senyap kat rumah. Kalau boleh, tiap-tiap hari nak keluar 'berderat'. Semuanya sebab Amru datang Malaysia. Bagus juga budak ni datang Malaysia. Dapat gak aku ni keluar ke sana sini. Kalau nak keluar ngan kawan-kawan, boleh kira berapa hari je dapat keluar ngan diorang. Semuanya sibuk belajar. Yang tak belajar pulak, duk jauh-jauh. Sampaikan orang ingat yang aku ni tak ada kawan..huuu.. SEDIH-SEDIH!!!!

Well, semalam baru balik dari Penang. Bawa si Amru yang kempunan nak mandi laut gi jalan-jalan. Tapi, sampai-sampai sana pun, tak mandi-mandi gak. Dia mandi pool je. Sebab air laut nampak kotor and ombaknye.. YA ALLAH.. Sangat menakutkan.. So, just gi sana untuk ambil angin laut jer. Anyway, it was a nice holiday. Sebab dapat luangkan masa ngan satu family. Dah lama tak dapat nak luangkan masa ngan family. Mana taknye.. Abang Habu sibuk oncall jer. Abang Nader pula, tak boleh nak mintak cuti. Mama, sekarang ni sibuk cari duit, sebab nak gi Turki. Jadi, kesempatan untuk bersama, sangat dihargai...

Seronok punya seronok.. Tak lama lagi result nak keluar dah. OHHHHH!!!!! Scary... Allah je tahu perasaan aku sekarang ni. Nampak macam relax, tapi hakikatnya, tak dapat nak digambarkan. Dahlah semalam mama dengan yakin dan percaya cakap yang aku ni akan pass. AMEENN YA RABB... Bukan nak kata tak yakin dengan diri sendiri, tapi kalau yakin sangat pun tak bagus juga. Kadang-kadang, keyakinan akan membawa kehampaan. Jadi tak boleh terlalu yakin. Tapi tak boleh juga kalau tak yakin dengan diri sendiri. Itu pun alamat yang tidak baik. Jadi, kita jadi sedang-sedang je. Tak terlampau yakin, tak terlampau tak yakin. InsyaAllah Allah akan berikan yang terbaik untuk aku.. AMEENN!!!!


OK.. Untuk hari ni, setakat ini dulu. Wassalam..

1 comment:

Lemonades Of Life said...

hoho. lama sungguh tak update ni! heee. asal pegi penang nak mandi laut? nape tak pegi terengganu ke...hee~ ouh, sebut tu pasal ak pun kempunan nak g pantai gak, pujuk punya pujuk akhirnya as kata dia nak bawak ak g pantai. yipppieee! ok, tak kena tajuk. =p

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia