Salam Ramadhan Al Mubarak..
ALHAMDULILLAH!!!! Tiada perkataan lain yang sesuai untuk aku ucapkan hari ni selain daripada Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kenapa?? Sebab hari ni baru aku dapat laptop untuk DIRI SENDIRI.. Punyala lama aku menanti waktu untuk aku mempunyai laptop sendiri. And sekarang, laptop aku dah ada depan mata and aku sedang menggunakannya untuk tulis blog ni. Of course, kalau tak kerana mama and baba, aku takkan dapat laptop ni sampaila aku keje. Thanks so much mama and baba. Both of you are the most important to me. Nothing much I can say, just thank you and love both of you.
Bila dapat benda baru ni, teringat kejadian pilu yang melanda diri satu masa dulu. Jam kesayangan, hadiah SPM aku hilang. Tak dapat dikesan, tak tau mana tercicir, tak ada clue kat mana jam tu berada di saat-saat akhir. Sangat sedih sebenarnya waktu tu. Bukan saja sebab harganya mahal, tapi sebab itulah pemberian mama and baba yang paling aku suka and sayang at that time. Bila cerita kat kawan, katanya mungkin dah tak ada jodoh lagi. So... Nak wat apa??? Redha jela.
Setiap harta kita di dunia ni sementara sahaja. Setiap sesuatu itu ada jangka umurnya dengan kita. Bila aku hilang jam tu, aku selalu fikir yang mungkin selama ni aku terlalu banggakan diri sebab ada jam yang SANGAT MAHAL TU ataupun selama ni aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada. WALLAHUA'LAM. Harap-harapnya bukan sebab itu Allah ambil jam itu dari aku. And sometime, bila difikirkan balik..memang ada hikmah di sebaliknya. Sekarang, mungkin aku lebih prihatin terhadap barang-barang aku and akan aku jaga sebaiknya barang ni. Aku selalu marahkan diri sendiri sebab CARELESS. Tapi, aku sebenarnya tak boleh salahkan diri sendiri sebab itu bererti aku salahkan ketetapan Allah. Astaghfirullah...
So, kesimpulannya, jaga barang anda sebaiknya.huuu. Jangan terlalu bangga dengan apa yang kita ada, sebab dalam sekelip mata, semuanya akan hilang begitu saja. Jangan lupa pada kuasa Allah yang Esa, kerana setiap sesuatu terjadi keranaNya. Jangan lupa bersyukur atas segala nikmat, kerana nikmat yang dimiliki tidak kekal selamanya.
Anyway, tinggal tiga hari lagi untuk debaran semakin memuncak. Apa yang penting, jangan putus doa kepada Allah. InsyaAllah Dia sentiasa membantu hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Ameennn...
Wassalam
No comments:
Post a Comment