Assalamualaikum.
3Eid Mubarak to all Muslims around the world. Minal aidin wal faizin. Kullu sanah wa entum tayyibin.
9 November 2010 bersamaan 10 Dzulhijjah 1431H,tarikh keramat untuk umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk merayakan AidilAdha di perantauan. First time sebenarnya raya di negara asing,tapi sejujurnya, takdela rasa sedih sangat. Setakat sedih sebab rindu nak bersalam-salaman dengan family tercinta, tapi langsung tak sebak. Mungkin sebab dah biasa beraya tanpa mama dan baba kot.huuu. Apa-apa pun,it was a nice and wonderful experience,with full of joy and memories~~
Korban....Bila raya haji je..sah-sah orang akan teringat korban..korban..korban... Waktu raya haji ni la banyak haiwan-haiwan tumbang di tangan manusia. Satu dunia berperang dengan haiwan,tanah-tanah dilimpahi darah-darah yang masih pekat. Binatang-binatang ternakan menjadi santapan di pagi,siang dan malam hari. Itulah tuntutan Allah kepada umat Islam dan semoga hidup kita bertambah berkat dan sempurna dengan adanya ibadah korban ini. InsyaAllah.
Kalau nak bercerita tentang cara-cara sembelihan yang betul,diri sendiri pun tak pernah buat lagi. Kalau nak menyanyi lagu Berkorban Apa Sahaja oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,memang akulah yang paling layak.huu. Tapi bukan itu tujuan post kali ni. Kali ni, nak bercerita tentang KORBAN. Yeah! Korban apa??? Korban jiwa dan raga!
Well,sejujurnya, aktiviti korban-korbankan haiwan-haiwan ni memang bukan kepakaran aku sebab family aku jarang berkorban. Biasanya kami setakat join ibadah korban di masjid-masjid,itupun jarang juga. Tak pun,setakat buat jamuan di rumah sendiri ataupun menjamu selera di rumah orang. Itulah kehidupan di Kuala Lumpur. Tak berapa nak rasa kemeriahan AidilAdha tu. Walaupun kemeriahan kurang berbanding sambutan Syawal, lagu raya tak terlalu lama dimainkan, jalan raya di KL tetap sibuk walaupun cuti AidilAdha. Tapi,di sebalik kesunyian dan kekurangan itu,ada kelebihan yang tak nampak di mata, namun nikmatnya dapat dirasa. Subhanallah..
OK! Back to the main topic. Emmm..korban jiwa dan raga? Kalau kita sebut "berkorban sepenuh jiwa dan raga", maksudnya kita kena berkorban sepenuh hati. Sepenuh hati bukanlah bererti mendermakan hati untuk berkorban demi orang tercinta. Tapi, sepenuh hati tu bermaksud buat sehabis baik, semampu yang mungkin tanpa perlu risaukan perkara-perkara yang lain. Kenapa perlu berkorban?? Kerana pengorbanan itu tanda kasih sayang dan cinta pada seseorang. Bila kita sanggup berkorban demi si dia, maksudnya kita mencitainya lebih dari apa yang kita ada,lebih dari orang lain. Sampaikan sanggup mati hanya kerana dia. Haaa,cinta tahap GIGA punya! Sampai rasa tak ada apa yang dapat memisahkan kecuali Allah sahaja.
Jadi..get the point?? Pointnya,berkorban untuk ibu bapa kita, family kita, kawan-kawan di sekeliling kita. And bila dah bersedia, berkorbanlah untuk suami atau isteri tercinta. Dan..satu-satunya pengorbanan yang tak boleh dilupakan, tak boleh ditinggalkan ialah BERKORBAN UNTUK AGAMA. Atau senang kata, BERKORBAN KERANA ALLAH! Setiap pengorbanan yang kita lakukan, mestilah kerana Allah. Dan kita juga mesti..bukan mesti tapi WAJIB berkorban untuk Allah. Macam mana Nabi Ibrahim sanggup nak sembelih anak dia kerana Allah, macam tu jugala pengorbanan kita untuk Allah. Macam mana jitunya semangat Khalid Al-Walid dalam mempertahankan panji Islam, macam tu jugala semangat kita untuk agama Islam ini. Kalau kita perlukan pertolongan dan bantuan, Allah sentiasa ada di sisi kita untuk membantu. Tapi, bila Allah dan agama Islam perlukan kita, kenapa tidak kita bangkit dan sumbangkan bantuan? Kita tidak akan sesekali rugi sekiranya kita berjuang dan membantu di jalan Allah..
So, apa yang dah kita korbankan untuk Allah? Allah dah sediakan segala-galanya untuk kita. Tak terbalas sebenarnya jasa dan kasih sayang Allah pada kita. Tapi,banyak mana kita dah membalasnya? Reflect kat diri sendiri juga, banyak lagi yang aku tak buat untuk Allah. Banyak lagi kekurangan yang perlu aku perbaiki. Dan banyak lagi kejahilan yang perlu aku KORBANkan.
Tapi, insyaAllah banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tunjukkan pengorbanan kita pada Allah. Kadang-kadang,kita tak sedar pun yang sebenarnya apa yang kita sedang buat itu adalah tanda pengorbanan kita untuk Allah.
Maka, jangan teragak-agak untuk berkorban. Pengorbanan itu sukar dan setiap kesukaran itu memerlukan pengorbanan. So, buat yang terbaik untuk agama,bangsa,negara,keluarga,masyarakat dan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment