Tuesday, August 23, 2011
~: Peluang Satu Anugerah :~
Sunday, August 21, 2011
:: No Tries..No Hopes ::
Dari tadi CUBA mencari mood utk tidur, tapi tak dapat-dapat jugak! Lepas bangun tadi..terus segar bugar. Pelik juga dengan kekuatan yang Allah bagi ni. Tapi mungkin Allah nak suruh aku menulis sesuatu untuk mengisi masa lapang ni..huuuuu. So..blog, here I come. :D
Wallahua'lam...
( catatan di pagi hari dalam keadaan separa sedar.. ;D )
Thursday, August 4, 2011
Implikasi NKTM!!
Dah lama sangat sebenarnya tak update blog ni. Ingatkan bila balik Malaysia, dapat update selalu..sebab banyak juga masa free. Tapi, rupa-rupanya, balik ni lebih busy dari study kat UK. Tapi, Alhamdulillah..hari ni ada sedikit masa free. ^_^

Bagi sesiapa yang dah menonton filem ni, sure akan ingat satu scene sharing Adam dan juga kelab remajanya. Satu scene yang pendek, tapi mesejnya sangat bermakna. Point yang ditekankan dalam scene itu ialah..." Tak lengkap iman kita jika tak sedekahkan barang yang kita sayang".
Sedekah! Satu ibadah yang sangat dituntut oleh Allah dan Rasulullah. Mungkin mudah bagi kita untuk merasakan kehebatan dan kesempurnaan amal sedekah kita, asalkan kita ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit. Tapi..sebenarnya, ada tiga perkara yang menjadikan sedekah kita itu berkualiti. Firstly, barang yang hendak disedekahkan mestilah baik dan bagus. Kedua, barang tersebut mestilah halal dan tidak bercampur dengan perkara syubhah. Dan yang terakhir ialah, memberikan barang yang kita sayangi.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”
(Surah Al-Imraan, ayat 92)
Ini adalah satu ujian untuk umat Islam yang mengaku dirinya beriman. Tahap keimanan kita belum tinggi jika kita tidak mendermakan, memberikan dan membelanjakan sesuatu yang kita sukai dan kita sayangi! Jiwa kita masih belum baik sekiranya kita masih merasa berat untuk melakukannya. Kita akan mendapat setimpal dengan apa yang kita berikan. Jika kita mahukan nikmat dan ganjaran yang lebih, berilah yang lebih kita sayangi. Jika kita hanya inginkan sikit sahaja, jadi berilah yang kurang kita sayangi. Mulanya, kita akan merasa sedih dan sakit untuk memberikan sesuatu yang kita sayangi, namun nikmat yang bakal kita terima mampu menghilangkan kesedihan dan keperitan yang kita rasakan dahulu. Andai barang yang baik dan halal yang kita sedekahkan itu digunakan ke arah yang baik, mampu mengubah dan memudahkan kehidupan seseorang, kita akan mendapat ganjaran dalam setiap detik kehidupan mereka.
Macam dalam Nur Kasih The Movie, Mamat mungkin dipandang hina ketika hidupnya di dunia. Mungkin amalan yang mampu dilakukannya sepanjang kehidupannya tidak seberapa, namun insyaAllah dia mendapat ganjaran dalam setiap kebaikan dan kebahagiaan yang Adam lakukan walaupun pada saat itu, Mamat sudah tiada lagi di dunia ini. Hidup di dunia hanya untuk sementara, dan yang kekal pastinya di akhirat kelak. Jangan kita takut dan sedih untuk menderita di dunia yang sementara, tapi risaulah jika kita tak mampu untuk berbahagia di akhirat sana.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ayuh tingkatkan amalan mulia dan cuba untuk mengekalkannya sampai bila-bila. Jadikan Ramadhan ini permulaan untuk sesuatu yang baru, yang mampu membawa kita ke jalan yang dituju..insyaAllah.
Wednesday, June 22, 2011
Hanya Satu Ayat!!
Ok! Setelah lama mendiamkan diri, insyaAllah sementara nak tunggu Subuh ni, nak share pasal SATU AYAT yang dapat merungkai pelbagai perkara dalam hidup kita sebagai manusia.


Apakah sebenarnya significant penggunaan atau perbandingan kapal dalam ayat ini? Apa kaitan dan persamaan antara orang mukmin atau senangnya, manusia dengan kapal? Kenapa Allah menggunakan perkataan kapal dalam ayat ini? Dan sebenarnya banyak lagi ayat lain yang Allah gunakan perkataan 'KAPAL' sebagai satu perbandingan dan analogi untuk kita kaji dan kaitkan dengan kejadian kita. Why is it so??
Wallahua'lam..Friday, April 1, 2011
:: Kenali Dia ::
So, post kali ni nak cerita tentang CINTA! Huuuuuu...jiwang tak??? Jarang-jarang sekali nak dengar Nada Ismail bercerita tentang cinta ni. Tapi hari ni diberi idea untuk bercakap tentang cinta.
Cinta ni bermula dari hati kan? Cinta itu perasaan yang lahir dan hadir bila hati kita suka dan sayangkan sesuatu. Dan ada yang mengatakan bahawa cinta yang suci itu datangnya dari hati. Maka, hatilah yang menjadi indicator kita. Bila kita bencikan seseorang...kita dapat rasa yang hati kita tak tenang bila berjumpa dengan dia. Dan bila kita cintakan seseorang..hati kita berbunga-bunga, rasa bahagia bila kita berjumpa dengannya.
Itu kalau kita cintakan manusia. Macam mana pula kalau kita cintakan Pencipta kita Yang Esa? Mungkin kita tak dapat melihat Allah dengan mata kasar, tapi tak bermakna kita tak boleh nak mencitai Allah kan? Cinta kepada manusia itu hanyalah sementara sedangkan cinta pada Yang Esa kekal selamanya. Itulah cinta agung dan kekal abadi.. ^_^
As people said, "Tak kenal maka tak cinta". Statement ni memang sangat benar. Sebab kalau kita nak mencintai sesuatu ataupun seseorang, kita kena betul-betul tahu setiap ciri,peribadi dan sifat mereka. Kalau tak kenal, macam mana kita nak cinta? Kalau tak tahu, macam mana boleh jatuh hati?
Same concept apply here. Kita nak mencintai Allah..tapi macam mana kita nak mencintaiNya kalau kita tak kenal Tuhan kita? Macam mana kita nak mencintai Allah kalau kita masih ragu-ragu dengan sifat-sifatNya? Dan macam mana kita nak mencintai Yang Kuasa jika kita tak cuba untuk mengetahui maksud di sebalik nama-namaNya yang indah? Kalau dalam dunia realiti, bila kita sukakan seseorang, kita sanggup buat apa saja untuk betul-betul kenal siapa dia sebenarnya. Dia suka makan apa..dia suka minum apa..dia tak suka apa..itu ini.. Setiap inci dan sudut dirinya kita cuba kaji dan selidik. So..bukankah kita patut buat perkara yang sama untuk memperoleh cinta yang abadi?
Sebenarnya..tanpa kita sedar ataupun tak..kita mampu mengenali dan mencintai Allah dengan melihat kepada ciptaanNya.
Analoginya >>>
Ok! Firstly, bayangkan ada sebuah kereta bergerak di jalan raya. Apa yang kita fikirkan? Mesti kita ingat yang ada driver yang pandu kereta tu. Kalau tak, macam mana kereta tu boleh bergerak sendiri. Betul tak?
So..kalau kita lihat alam sekeliling kita. Planet-planet berputar pada paksinya, haiwan berlari ke sana sini dan kita sendiri boleh menaip, membaca, bercakap dan macam-macam lagi. So, mesti ada sesuatu yang menggerakkan dan menjadikan semua ni, betul? And..dari situ kita tahu dan yakin bahawa Allah itu memang wujud.
Situasi kedua.. Bayangkan kita nampak kereta Honda Civic atau mana-mana kereta canggih yang lain depan mata. Kita mesti rasa kagum dengan pereka kereta tu kan? Nampak gah je kereta tu atas jalan raya. And kita mesti bayangkan yang penciptanya seorang yang berilmu tinggi, bergaya, berpandangan jauh dan macam-macam lagila pandangan-pandangan yang hebat.
Bila kita lihat matahari yang mampu memancarkan cahayanya sendiri, bunga-bunga yang berkembang mekar, manusia yang dicipta dengan sempurnanya...tentu kita boleh bayangkan betapa hebat kuasa Allah yang menjadikan segalanya di dunia ni. Kalau kita lihat manusia yang sangat adil dalam melaksanakan keputusan..kita harus sedar yang Allah Maha Adil. Jika kita lihat bunga sangat cantik..kita harus yakin bahawa Allah itu lebih cantik.
Subhanallah. Everything is out there. Allah tidak menyembunyikan tanda-tanda kekuasaan dan kewujudanNya dari kita. Dah jelas semuanya di depan mata kita. Cuma tinggal diri kita sendiri..sama ada kita melihat sambil berfikir atau hanya melihat tanpa mampu mentafsirkan apa yang tersirat. Jadi..cuba untuk mengenali dan mencintai Pencipta kita Yang Agung dengan lebih mendalam lagi. Kerana..dengan cintaNya kita masih mampu untuk hidup dan bernafas hingga ke saat ini. Itulah cinta yang perlu kita cari~~~
Tuesday, February 15, 2011
:: Muhasabah Diri ::
Alhamdulillah. Semalam,insyaAllah genaplah 21 tahun diri ini wujud di dunia yang fana ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih lagi berpeluang merasa umur 21 tahun berbanding orang lain yang tak sempat melalui detik-detik bergelar seorang dewasa 20-an. Dan hari ini, menurut kalendar, tarikh Maulud Rasulullah s.a.w. Mungkin ada banyak khilaf tentang sambutan Maulud Nabi ni, tapi cukuplah sekadar kita mengingati baginda dan sentiasa berselawat ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat. Tak perlu tunggu Maulud Nabi..sepatutnya setiap hari dan ketika kita perlu lakukannya (pesanan untuk diri sendiri ni T_T).
Emmm...dengan teknologi yang serba canggih ni, tak sangka mampu memenatkan kita juga. Tambah-tambah kalau sampai tarikh birthday kita..masyaAllah..tak terkira berapa banyak mesej and post kat Facebook yang dah dibalas. Kurus jadinya tangan ni..kuat sangat menaip. Dengan mesej handphone lagi. Subhanallah..terasa diri begitu bermakna even sebenarnya ramai yang wish sebab keluar kat wall diorang.huuu. Tapi..Alhamdulillah, itu tandanya ukhuwwah yang terjalin masih belum putus. Terima kasih pada semua yang wish semalam dan hari ini ataupun bebila saja. Tak kisahla korang mengenali diri ni atau tak, wish tu pun dah cukup bermakna. Terasa diri begitu berharga.. ^_^
Dah jadi kebiasaan kan.. Setiap kali sampai je birthday kita, mesti orang akan hantar mesej..doakan macam-macam untuk kita. Kadang-kadang tu tertanya-tanya juga samada doa tu betul-betul ikhlas dari diorang ataupun hanya sebagai adat. Wallahu'alam. Semoga doa itu tulus dari hati dan semoga dimakbulkan Allah.
Orang ramai mendoakan kita..tapi kita??? Takkan sekadar mengaminkan dan ucapkan terima kasih je?? Cukupkah itu sebagai balasan untuk doa rakan-rakan, keluarga dan saudara-saudara lain? Cukup besar sebenarnya tugas kita bila tiba harijadi kita. Orang mendoakan yang terbaik untuk kita semua..tapi seandainya kita hanya berdiam diri dan sekadar mengaminkan doa-doa itu..tak rasa ke kita ni HIPOKRIT?? Mintak doa dari semua orang untuk kebaikan kita..tapi kita langsung tak nak berusaha dan bergerak menuju cita-cita kita dengan sendirinya. Ya Allah..terasa berat nak merealisasikan semua doa-doa orang sekeliling. Terlalu banyak dan ada antaranya yang sukar untuk dicapai. Semoga Allah permudahkan segala urusanku..AMEENN~~~
tarikh yg membawa seribu makna
perginya St Valentine yang menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova
lahirnya Nada Ismail yang insyaAllah akan membangkitkan Islam semula
...
sanah helwah nada:)
Ini adalah mesej dan wish dari seorang kawan. MasyaAllah..rasa takut je bila baca mesej ni. Pada satu tarikh yang sama..Allah mengambil nyawa seorang yang menjatuhkan Islam. Dan pada tarikh yang sama juga..seorang puteri dilahirkan ibunya dengan harapan agar segala amanah dan perintah dari Allah mampu dilaksanakan. Dan dengan harapan..kehadirannya di dunia bukan sekadar lebihan dunia..tetapi mampu membantu kebangkitan Islam!!
Bukan hanya tarikh 14 Februari sahaja yang bermakna..tetapi setiap hari bermakna. Setiap hari..akan ada yang menemuiNya..dan akan ada pengganti mereka yang baru wujud di dunia. Yang pergi mungkin sudah melakukan tugasnya sebagai hamba..dan mungkin juga gagal dalam melaksanakannya. Tetapi..pada yang baru sahaja wujud..yang baru sahaja mengenali dunia..janji sudah termetrai, hanya tinggal jasad dan roh untuk bekerja bagi melaksanakan segala janjinya pada Tuhan yang menciptanya.
Jadi!!! YOSH!! Berusaha menjadi hamba yang BERJAYA! Kita tidak diciptakan dengan sia-sia. Setiap sesuatu yang wujud di dunia ini..ada peranannya. Sedangkan kuman yang kecil itu pun ada tugasnya, apatah lagi kita sebagai manusia yang ada akal fikiran.
Kita tidak tahu sampai bila kita masih boleh menulis blog..masih boleh menyanyi..masih boleh tersenyum dan berangan untuk masa depan kita. Kalau kita masih nak terus bergoyang kaki..Allah takkan rugi, tapi jangan kita menyesalinya nanti. Kalau kita mampu untuk bangun dan maju ke hadapan..insyaAllah janjiNya pasti menanti.
Sunday, February 6, 2011
Experience is the best TEACHER!!
Orang kata, kalau kita nak tahu tahap keimanan kita, cuba check HATI! Kalau hati masih hidup, insyaAllah iman itu masih ada. Kalau hati separa hidup..mungkin iman tengah tak stabil. Kalau hati mati (nauzubillah), tandanya iman kita luput dalam diri. Tapi macam mana nak check hati kita? Hati yang dimaksudkan ni ialah hati yang abstrak. Bukannya hati yang merupakan organ yang berfungsi untuk metabolisma diri. Sesuatu yang abstrak tu susah kita nak lihat..susah kita nak kaji kan? Tapi..once kita berada dalam satu situasi yang tertentu, kita akan tahu jawapannya..
Semalam, ada parti society kat City Centre. Satu parti yang lain daripada parti-parti lain yang aku pernah pergi. Parti yang mungkin..kalau aku bukan di UK, aku tak dapat nak alaminya. Dan yang paling penting, parti yang banyak mengajar dan memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna.
From last night experience, satu perkara yang aku belajar ialah tentang fungsi hati! Hati ni sebenarnya mampu menentukan antara hak dan batil. Tapi sometimes, hati ni jadi NEUTRAL! Tak pilih yang hak..dan tidak menolak yang batil. Badan hanya bergerak atas arahan Allah tanpa kita merasa apa-apa. Situasi ini sangat menakutkan. Situasi di mana kita sukar nak buat keputusan sebab kita sendiri keliru antara baik dan buruk! Dan bila kita dah membuat keputusan, kita akan rasa sedih sebab keputusan yang diambil itu membuatkan kita rasa ragu. And, dari situ kita akan reflect pada diri sendiri, adakah hati aku sakit atau tak???
But, just remember one thing. Kita perlu yakin dan ikhlas akan setiap keputusan yang kita buat! Kalau kita tak ikhlas buat sesuatu yang baik, mungkin kita adalah lebih teruk dari orang yang membuat keburukan. Dan kalau kita was-was terhadap keputusan kita, mungkin kita akan jadi tak tenang dan hidup serba tak kena. Kita mungkin sukar nak tahu keikhlasan kita sebab ikhlas itu hadiah dari Allah. Mungkin kita rasa ikhlas, tapi pada hakikatnya, kita tak ikhlas pun! Ikhlas itu adalah rahsia Allah dan malaikat. Sebagai manusia, kita takkan tahu sampailah di hari akhirat nanti, semuanya dibentangkan di hadapan Allah. Tapi kita mungkin dapat rasa samada kita ikhlas atau tidak dengan keyakinan! Kalau kita yakin, kita akan tenang biarpun sebenarnya kita dah melakukan sesuatu yang mungkin dah melukakan hati orang lain. Jadi lahirkan rasa yakin dan ikhlas dalam setiap perkara yang kita lakukan.
(al-Hajj, 22:46)