Wednesday, April 21, 2010

MeNgeMis KaSih Si DiA!!!

" Tuhan dulu pernah, aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretla, aku di lorong derita,
Luka hati yang berdarah, kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai, ke penghujungnya,
Kisah seribu duka,
Ku harap jua berlalu,
Tak ingin lagi, ku ulangi sendiri,
Kerak dosa yang menghiris hati

Tuhan, dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatmu, melangit luas,
Harga selautan kasihku,
Hanyalah setitis nikmatmu di bumi

Tuhan, walau taubat sering ku mungkir,
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Tuhan, selangkah ku rapat padaMu,
Seribu langkah, Kau rapat pdku....

Inilah antara lirik lagu Mengemis Kasih yang dipopularkan oleh Kumpulan The Zikr. Lagu ni jd lagu favourite one of my housemate, Kak Dayah. Well, lagu ni mmg sangat tepat dengan apa yang berlaku pada diri aku ni. Cuma mungkin rangkap first tu agak tak betul sebab setakat ni Alhamdulillah, aku masih bersama-sama orang yang mampu membawa aku ke jalan yang benar. Terima kasih Allah.

Lagu ni menunjukkan betapa besarnya kasih syg Allah pd hamba-hambaNya. Walaupun hanya selangkah kita menapak kepadaNya, tapi beribu-ribu langkahNya kepada kita.Walau seribu dosa kita lakukan, namun tetap diterima seribu taubat dan doa yang kita pinta. Walau kita sering lupa padaNya, namun tidak pernah sesaat pun Dia lupa pada kita. Walau berhari-hari kita leka dengan dunia dan hidup kita, namun Dia tetap menjaga kita sebaiknya, memelihara kita sehingga tiba ajal kita.. Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita, tapi kita masih sibuk sayangkan dunia dari Dia. ASTAGHFIRULLAH!!!

Minggu lepas, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Arwah Achik Spin yang masih muda dan telah meninggalkan dunia buat selamnya pada usianya yang masih muda. Kalau nak dikira umur arwah dengan umur saya, hanya beza 7 tahun.. Adakah mungkin umurku jua berakhir 7 tahun akan datang?? Atau mungkin lebih panjang..atau mungkin lebih pendekl??? Atau mungkin esok lusa?? Tiada siapa yang tahu jawapannya kecuali ALLAH YANG ESA!!! Semoga umurku masih panjang dan semoga aku dapat menyemai kasihku padaMU sebanyak yang mungkin YA ALLAH!!!

Sekarang baru aku sedar, manusia senang lupa pada Tuhannya bila dia rasa selesa..Dah lama dh aku sedar. Cuma aku baru sedar yang aku mungkin turut buat apa yang orang lain buat. Adakah aku makin lupakan Penciptaku??? Adakah aku terlalu risaukan masa depanku hingga aku lupa padaNya?? Atau adakah aku terlalu sibuk hingga tidak cukup waktu untuk mengingatiNya???
YaAllah, ampunkan dosaku sekiranya aku pernah berfikiran sebegitu. Itu mungkin pemikiran jahilku menguasai jiwaku. Namun, aku hanya berdoa padaMu agar aku sering diberi peringatan untuk terus mengingatiMu dan mengasihiMu tanpa mengira waktu.

Sebenarnya, saat ini terasa hati ini sangat-sangat kosong dan kering. I need something to make my life being meaningful. Something that I still haven't found it. Something that I hope could make me ralise about my life. Tapi, apa yang kita semua perlukan hanyalah ALLAH yang sentiasa ada di mana saja kita berada.......

* Bila makin dekat nak exam, makin tak betul hidup, makin diri ni lupa diri.... ASTAGHFIRULLAH!!!!

Wednesday, April 7, 2010

KErAnA TeLaH DiTaG OleH ShiEla

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE ?
Syarikat TOPUP, Afiqah n Kak Ziha..hehehe
2. YOUR MAIN RINGTONE ?
Never Say Goodbye.. :))
3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT ?
Berusaha untuk memahami Fizik..Astrophysics..huuu
4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH ? WHERE ?
Ainul, Kak Dayah n Tikah.. Gi makan kt seksyen 2..
5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING ? NOW ?
Blue jeans..
6. THE LAST THING U DID ?
Beli kek untuk Fad..
7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS ?
Handphone, jam n kalkulator..
8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM ?
College - kekuningan, rumah - pink kepurple an
9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW ?
Wohoo..agak banyak..RM100 lbh..huuu
10 . HOW'S LIFE ?
Alhamdulillah..still under control but a quite miserable
11. YOUR FAVORITE SONG ?
Macam2la..Anything yg 'zouq' dlm hati..hehehe (zouq tu loghat Ganu )
12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND ?
Exam CTIS, study, usrah INSYAALLAH, smayang, makan . ..sleeep!!
13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM ?
Last Sunday..
14. WHERE IS SHE NOW ?
Maybe still at her clinic or just arrive at home..WALLAHUA'LAM
15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS ?
Emm..last weekend..After haven't seen them for quite a long time...
16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U ?
Kak Ziha..ada pengisisan..:))
17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT ?
Sup Utara...SEDAP!!!
18. THE LAST SURPRISE YOU GOT ?
One of my 'nerd' friend want to go out for date with a foreigner.. WHOOOAAAA!!!!!
19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS ?
Pemadam n pembaris..sbab cari-cari xjumpa..
21. WHAT DO YOU FEEL NOW ?
Emmm...biasa je..
22. WANNA SHARE WITH WHO ?
Nothing to be shared.. :))
23. WHO KNOWS UR SECRET ?
Emmm...sape ek??? Ada secret ke aku ni???
24. THEY KEEP UR SECRET ?
Takde secret..cmna nk 'keep' secret..
25. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE ?
I'm in a good mood rite now.. :))
26. WHAT DO YOU ORDER AT MCD ?
Lama dh tak gi..
27. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD ?
During trial exam.. :((
28. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW ?
Hope tomorrow never die...
29. WHO WILL U TAG NEXT ?
Sape ek??? I want nobody-nobody but you!!!hehehehe

Saturday, March 20, 2010

BerEhAt SeBentAr BerSaMa BloGKu!!!

Salam..

FUHH!!! Nak berehat sekejap dr sibuk mengira ni sebenarnya...hahahaha.. Tula..kalau dah malas tu..memang inila akibatnya. Orang sepatutnya..bila esok nak balik kolej, hari ni almost 80% homework dah siap. Tapi bila orang malas buat kerja, baru 50% siapla jadinya.. Pastu pulun habisla nak siapkan secepat mungkin. Pengajarannya, jangan buat kerja last minit ok!! Haa..tau pun..tp still buat...hahahah.. Nada..Nada.. Pastu, bila bosan..mengarutla kt blog sendiri..
Emmm..nothing much to be written today. Sedang mencari ketenangan untuk otak yang agak berserabut ni sebenarnya.. Dahla cuaca kat Malaysia skang ni asyik panas je. Maklumlah ALNINO melanda. Dengar kata, orang jangkakan ALNINO ni berterusan sampai bulan 4. Emm..WALLAHUA'LAM. Just wait and see.OHHHH!!!! Tidak.. Simbol-simbol yang sering ku lihat dan perhatikan selama ini..huuuu. Agak menarik kalau simbol-simbol ni berwarna dalam kertas soalan. Menarik sikit kalau nak buat. Adala perangsangnya.hehehehe.. Tapi jangan harapla. Sapela yang rajin nak buat soalan berwarna-warni. Membazir masa satu.. Bazir ink pun ada gak.
Well..ingatkan bila amik Math ni..hidup terkawal skit berbanding ngan abang ngan kakak yang amik Medic n Law.. Rupanya..pening juga belajar banyak sangat dalam Math ni.. Kadang-kadang rasa malas nak belajar pun ada. Sebab rasa macam blajar benda yang takda faedahnya.hahahaha.. Belajar integrationla..differentiationla..hyperbolic functionla..Macam-macamla benda mengarut..huuuu
Tapi orang kata, kadang-kadang tu kita tak perlula terlalu memikirkan matlamat and sebab sesuatu tu.. Nanti boleh jadi gila. Samala dengan ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG. Ada antaranya kita kaji dan kaji..selidik dan selidik, akhirnya kita jumpa jawapan yang kita cari selama ni dan kita faham kenapa diciptakan semua tu. Tapi ada perkara yang Allah ciptakan, yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan perkara or benda tu diciptakan. Jadi, bak kata roomateku yangg sorang ni.."Jangan rasa malas nak belajar sesuatu. Kita kena bergembira dan tak ada alasan untuk kita stress belajar sesuatu yang kita nak guna nanti untuk kebaikan orang lain".
YURP!!! Tak ada alasan diri ini malas belajar sebab nanti, ilmu ini akan dikongsi bersama pelajar-pelajarku pada masa akan datang (INSYAALLAH). Tak ada alasan untuk seorang doktor jadi stress belajar, sebab ilmu itu nanti akan digunakan untuk merawat ramai pesakit. Tak ada alasan untuk seorang bakal jurutera rasa menyampah belajar, sebab ilmunya itu diperlukan untuk membina sesuatu yang kukuh dan berguna untuk orang ramai. Jadi semua orang tak ada alasan untuk STRESS ataupun MALAS. Itu cuma perasaan kita dan gangguan syaitan jer. Kalo kita mampu nak lawan godaan mereka dan lawan perasaan kita yang menjadi batu penghalang kita, maka kitala ilmuan yang berjaya.

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

- Pythagoras -


Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.

- Sokrates -


Tenangkan fikiran untuk belajar. Ikhlaskan niat untuk mendapat ilmu. Dan teruskan usaha mencapai kejayaan. Fikirkan boleh. CHAIYOK2!!!
So..diri ini pun nak gi sambung belajarla.. Wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

ApA Nak Jadi NI!!!!!!

Salam semua..

WOW!!!!!Malas masih lagi embelenggu diri ini. Arghhh!!!!!Tidak!!!!TOLONG!!!! Kenapala selalu je wujud penyakit ni. Sape ada penawarnya????Cepat-cepat tinggalkan nombor tuk dicontact sebab diri ni sangat memerlukan penawarnya. Walau semahal mana sekalipun..akan cuba dilangsaikan. Sebab penyakit ni memang sangat-sangat merbahaya. Takde sape lagi boleh lawan penyakit ni sampai skang.. Mentang-mentangla baru habis trial..datangla penyakit ni. HEY NADA, baru trial k!!! Periksa A Level yg sebenarnya still on the way. Come onla (kononnya memberi semangat pada diri sendiri yang takde semangat sejak beberapa hari yang lalu). Camna nak buat ni???

Inila masalah yang dari dulu sampai skang..tak pernah lekang dari diri ni. Nyampah pun ada..Sakit hati pun ada. Tension lagila ada. Tapi apa nak buat. Memang sikap MALAS ni menjadi faktor kegagalan ramai pelajar-pelajar kat dunia ni. Jadi..mana datangnya perkataan malas ni???
Malas sebenarnya TIDAK wujud dalam kamus seorang yang ingin berjaya. Macam mana nak berjaya kalau malas kan??Kalau kita tengok pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh yang berjaya..adakah diorang malas???Kalo malas..Takkanla ALBERT EISNTEIN mampu nak hasilkan bermacam-macam formula yang merumitkan..Takkanla IBNU SINA boleh terfikir sesuatu yang tak dapat difikirkan orang lain pada masa dulu..Takkanla BILL GATES mampu melebarkan bisnesnya ke seluruh dunia.. Jadi fikir-fikirkanla. Kalau kita nak berjaya..Jangan hanya berangan dan bercita-cita tinggi..tapi usaha HAMPEH!! Ni kena kat diri sendiri gak ni..huuu..

Tapi kalaula kita fikirkan balik..Kita boleh buang sikap malas ni.. Ada satu artikel mengatakan, sikap malas ni wujud bila kita berada dalam satu ZON SELESA. Yurp!!That's right. Contohnya, zon selesa saya sekarang ialah bermain dan bermain. Belajar bukanla zon selesa saya. Jadi..nak buang rasa malas..KELUARKAN diri dari zon selesa. Memang payah tapi CUBA. Kalaula kita tidak selesa nak belajar, cuba untuk belajar dalam 30minit. Bila dah selesa dengan keadaan tu..up kan lagi masa belajar kita dari semasa ke semasa.. So..saya nak gi cubala ni..hehehehe

Sebagai akhir kata..ingatla pesanan RASULULLAH S.A.W ni :
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH!!!

Sunday, March 14, 2010

-: SetELaH SeKiaN LamA :-

Assalamualaikum my ONLY BLOG!!!

Well...Again..diri ni lama menyepikan diri..Baru je habis Trial..Tu yg lama menyembunyikan diri...BERHIBERNATE..hahaha..Alhamdulillah selesai sudah satu cabaran dalam nk melanjutkan pelajaran ke UK ni..HUH!!!Selesai tu memang betul..tapi keputusannya masih menjadi tanda tanya..InsyaAllah dapatla keputusan yang cemerlang setanding dengan usaha yang telah diberikan...

Emm...Nothing much to be shared actually..Just ingin mengisi kelapangan yang ada ni tuk mencoret sikit2 dalam blog ni...hehehehe..Selama dua tiga minggu lepas..takde sesuatu yang pelik ataupun istimewa berlaku..Diri ni just banyak habiskan masa kat INTEC..cuba untuk ulangkaji semua perkara yang dah dipelajari selama setahun lebih..Jadi xde perkara menarik nak diceritakan..hehehehe

Cuma..tetiba teringat satu kejadian yang berlaku waktu exam hari tu..Di mana diri ini ada sedikit salah faham dengan housemate..Bkn slh fhm pe pn..cuma bila seseorang tu terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang remeh pun boleh jadi satu masalah besar..huuu...Bila mana kita tidak dapat nak terima apa yang sedang berlaku..Hati kita akan rasa gundah gelana..stress..tension..sumenye ada..Itulah yang berlaku pada hari tu..dan menyebabkan kawan saya tu..terasa hatila dengan saya and my roomate yang lagi sorang..Agak lama dia nak menyejukkan dirinya sampai dua malam dia tak tido kat bilik..Mula-mula rasa tension gak..sebab perkara ni berlaku waktu exam kan..Lama-lama..rasa xsedap hati and mula rasa bersalah bila dapat tahu yang dia terasa dengan kami..Sampai malam tu..tak dapat nak fokus tuk study physics..Tapi Alhamdulillah..Atas keberkatan ukhuwwah yang terjalin antara kami..perkara ni dapat diselesaikan dengan aman..Dan segala persoalan and salah faham selama ni..TERLERAI akhirnya...

Kejadian yang berlaku tuu menunjukkan dengan jelas betapa kuatnya kuasa HATI ni terhadap diri seseorang..Hati ni..kalau tak dijaga dan dipelihara dengan baik..Maka padah yang menimpa..HATI ni takla sebesar mana..Menurut research pakar-pakar...hati ni saiznya lebih kurang setumbuk tangan kita..Tapi peranannya sangat BESAR dan ianya sangat berkuasa..Hatila yang mengawal perasaan kita..mengawal hati kita..mengawal tingkah laku kita..
"Ikut kata hati"...Satu ungkapan yang sering kita gunakan bila kita sukar untuk membuat pilihan..Jadi memang jelasla bahawa hatila pendorong kita melakukan sesuatu..
"Buatla dengan hati yang ikhlas"..Satu ungkapan yang menunjukkan bahawa hatila yang mempamerkan perasaan kita dan emosi kita..serta kejujuran yang kita lahirkan...

HATI mampu mengawal kita..tapi kita tidak mampu untuk mengawal seketul daging ini..Betapa berkuasanya hati kita ni..Sehingga kita sendiri tidak mampu untuk mengalahkannya...Kita perlua ada kekuatan tersendiri untuk melawan hati kita..untuk mengawal hati kita..dan untuk memelihara hati kita...Dari mana kekuatan itu akan wujud????Dari keyakinan dan kekuatan kita yang perlu disemai dari semasa ke semasa...Kita perlu lakukan anjakan paradigma terhadap perilaku kita dan cara hidup kita....Kita yang perlu mengajar diri kita dan kuatkan semangat kita..Kita juga yang perlu mencari ikhtiar dengan berbalik pada Allah..dan kita jugala yang perlu menjauhkan perkara-perkara mungkar dari diri kita..Kita harus berbalik pada asal penciptaan kita yang sungguh sempurna dan suci...Kita harus mengubah setiap yang berlaku dengan penuh toleransi dan pertimbangan sewajarnya..Jadi..semua yang berlaku..puncanya dari diri kita sendiri..Belajar untuk mengubah dan mencari sesuatu yang baru...SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN!!!!

Saturday, February 20, 2010

-: RedHa JeRR :-

Salam to all...

'Redha dh arr'..satu ungkapan yg selalu kita dengar..bila kita menceritakan masalah yang kita hadapi kat orang..Even org tu bg nasihat panjang2 pun..Last2..dia tetap akan cakap ungkapan ni...Kita memang kena terima hakikat dan kebenaran ungkapan ni..Tapi adakah hati kita boleh nk terima ungkapan ni???Obviously NO...Simple examplela..Kalola diri ni ditakdirkan tak dapat fly(kalau jer..INSYAALLAH boleh je fly..)..Mesti diri ni sedih yang teramatla..menangis pn bermacam2 lagu kuar...Boleh ke nk terima kenyataan yg diri ni kena 'REDHA JER'??Woooo...amat susah nk terima kenyataan tu..sbb inilah impian diri ni..bkn impian diri ni semata2..Tapi impian keluarga gak...SO..cmna nk REDHA JER????Diri ni nk ulang kembali perbualan diri ni ngan sorg kawan...

"Nada,andai kata kita xdapat fly...cmna ek???Sedih dooo..."

"Emm..mmg sedih sgt..tapi nk wat camna..REDHA JERLA...Takdir kita cmtu..xde sape dapat ubah.."

"REDHA jer???Emm..mmgla kena wat camtu...Tapi..uishhh!!!!Susah kot nak terima kenyataan tu.."

"Susah ke senang ke..Memang kena REDHA gak..xde bnda lain dah kita boleh buat tau!!!Yg penting..ALLAH dah janjikan yang terbaik tuk kita.."

"Terbaik ke camtu???Sah-sahla kalo gi UK lagi baik..Dapat pengalaman baru..kawan baru..environment baru..emm..."

"Camna ko tau itu yang terbaik utk ko????Are you really sure about it???Bagi ko memang itu nmpk yang terbaik tuk diri ko..Tapi hakikatnya..TIDAK!!!"

"Maksudnya???Kalo gitu baik tak payah amik ALEVEL!!!Buang masa jela.."

"Mana boleh camtu..YURP...Skang ni kita rasa gi UK adalah yg terbaik tuk kita..Mcm2 kita leh dapat kat sana..Tapi andai kata kita tak berpeluang nk gi sana..Kita kena terima..Sebab..hakikatnya..itulah yang terbaik tuk kita..Sebab tu kita kena teruskan gak amik ALEVEL ni..sebab kita still tak tau mana yang baik tuk kita..Kalo kita escape dari ALEVEL awal2, kita sendiri tak dapat nak kaji..mana yang lebih baik tuk kita..Tapi kalo kita teruskan gak..Dan usaha kita berterusan..Kita bersemangat..So..ALLAH akan beri kita yang terbaik..iaitu..FLY TO UK!!!Allah akan kurniakan hambaNya setimpal ngan usaha mereka tau!!!"

Lebih kurang camnila ayat-ayat perbualan kami..Emm..So..Yang nak ditekankan kat sini iala..REDHA..Kita kena terima apa saja hasil usaha kita..Allah tidak kejam..Kalo usaha kita sangat kental..ALLAH akan balas dengan sebaiknya..Tapi kalo usaha kita ni tak sehebat mana..Jadi, janganla harapkan yang hebat-hebat..

Tapi ada je situasi..orang tu dah berusaha pulun habisla..Tapi takdir masih mengatakan yang dia tak layak dapat kejayaan..Sebab ape plak??Haaa..kalo camtu..kita kena KAJI DIRI KITA SENDIRI..Luaran saja tak cukup untuk menjadikan kita ni manusia yang hebat..DALAMAN juga penting..Kalaula kita ni berusaha bagai nak rak..Tapi hati kosong..niat nak menunjuk-nunjuk..perangai cam tak betul je..Macam mana kita nak dapat apa yang diimpikan???Kita ni dikurniakan akal..So..boleh pikir sendiri padah dan akibat perbuatan kita tu...

Ingin diri ni kongsi sedikit tentang pengalaman hidup diri ni sendiri...WAH!!banyak pula nk dikongsikan hari..Saja jer..Alang-alang ada kat rumah..Baik tulis panjang-panjang skit...
OK!!!Diri ni skang melanjutkan pelajaran di INTEC..wat ALEVEL dalam course MATHEMATICS..Mulanya..diri ni rasa tertekan sangat nak amik course ni..SEBABNYER..Ramai org pertikaikan choice yang diri ni dh buat..Ramai yg kata "result SPM cemerlang..Tapi betul ke nak amik MATH je..Tak nak ke amik doktor ke..engoneering ke.."
Kenapa dipertikaikan dengan course MATH ni???Teruk sangat ke course ni???Memang persoalan-persoalan ni selalu muncul dalam benak fikiran diri ni..Sampai satu tahap..rasa memang menyesal gilala amik course ni..Sedih rasa bila tengok kawan-kawan lain yang even tak berapa menonjol kat sekolah dulu..Skang tengah amik course-course yang mencabar..ARGHHH!!!!Tension rsnya time tu...
Tapi..diri ni tetap REDHA ngan keputusan yang dah dibuat..Akhirnya..memang terbuktila..inilah pilihan terbaik tuk diri ni..
YURP!!This course look easy and not challenging..but the reality is..IT'S NOT THE SAME AS WHAT PEOPLE SEE!!!Nmpk senang sbb asyik bermain ngan nombor je..Tapi..challenge dalam course ni..sama je ngan course2 lain..And now I realise that my destiny is to be with numbers..Biarla orang nak pandang MATH ni satu course yang lekeh..tapi ia tetap mencabar bg diri ni..Dan rasanya..diri ni takkan dapat teruskan pembelajaran sebaik skarang ni..kalaula diri ni amik course yang lain..Allah dah tunjukkan bahawa diri ni sesuai tuk MATH dan hanya MATH yang sesuai tuk diri ni..

So..leh kita tengok kat sini..Mula-mula..kita susah nak terima kenyataan tentang sesuatu musibah yang kita hadapi..BUT, AT LAST..semuanya akan terjawab..Jadi..kita kena teruskan perjuangan kita..sampai ke noktahnya..Kalo kita tersangkut di tengahnya..KAJI DIRI kita sendiri..baiki segalanya..dan terus bersemangat kembali..INSYAALLAH!!Penantian kita tak sia-sia..ALLAH sentiasa memerhati kita..dan ALLAH sentiasa di sisi kita..Jika kita perlukan teman dan penenang jiwa..ALLAH yang terbaik dalam segalanya...Wallahu'alam...

Jadi..REDHA akan ketentuanNya..dan belajar untuk terima segalanya dengan terbuka..Sesungguhnya..ada sesuatu yang menunggu kita di penghujungnya...


*Biar kita bersemangat sesemangatnya diri ni nak makan kek tu..huuuu..sodappp!!!

Tuesday, February 16, 2010

SALAM...

Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak menjenguk blog tercinta ni...akhirnya berkesempatan juga diri ini nk menulis sesuatu pd blogku...
Well...lama menyepi diri sebenarnya..Reasonnya sbb selama ni tak balik rumah..So..tak ada rs nk online sebab kt INTEC..sah2 diri ni xbeli WIFI...So..atas alasan itulah..baru hari ni blog 'SOMEONE' di update..hehehehee

Dua hari yang lepas adalah tarikh bermakna dalam hidup ni..YEAH!!!14 FEB..bermulala kehidupan seorang manusia bernama NADA..Well...tarikh ni menjadi kontroversi untuk umat ISLAM sebab tarikh ni adalah VALENTINE'S DAY..Which cannot be celebrated by MUSLIM..so..Saya bersyukur dilahirkan pada tarikh ini..Walaupun org ramai lebih mengingati tarikh ni atas dasar VALENTINE..tapi sejujurnya..diri ni mengingati tarikh ini atas dasar kesyukuran dan bangga kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia sebagai seorang ISLAM..ALHAMDULILLAH YA RABB!!!

Pada tarikh 14 FEB 2010 yang lalu..diri ni banyak dapat mesej2 harijadi dari rakan2 yang mengingati diri ini..Alhamdulillah..terima kasih kawan2ku yg sudi mengingati diri ni..Dalam kebanyakan mesej yang diterima..ramai yg wish.."SELAMAT HARI TUA"..Dan ucapan ini sebenarnya telah mengingatkan diri ini bahawa..semakin usia meningkat..semakin jauh perjalanan dilalui..semakin payah rintangan diredahi dan semakin hampir diri ini kepada kematian...Memang pada mulanya..diri ni rs gembira teramat sangat kerana sudah tiba hari yang dinanti2kan..tapi..bila difikirkan dengan lebih mendalam..terasa ingin berpatah balik ke zaman lama..Tetapi..apakan daya..masa tidak dapat dipusing...dan hidup mesti diteruskan jua..Dan akhirnya..kini..diri ini dah berumur 20 tahun..Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada diri ini tuk hidup selama ni...

"Bila yang tertulis untukmu..adalah yang terbaik untukku..
kan ku jadikan kau kenangan..yang terindah dalam hidupku.."
Inilah sebahagian lirik lagu Kenangan Terindah nyanyian Samsons..Apa yang ditekankan dalam lagu ini adalah tentang kenangan yang indah..Hidup ini tak selalunya indah..tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..20 tahun diri ini melalui pelbagai halangan..ranjau dan liku kehidupan..namun tidak semuanya membawa luka..tetapi ada juga yang membawa sesuatu yang sangat berharga..iaitu..KENANGAN!!!
Kadang2 manusia sering mempertikaikan tentang musibah yang menimpa diri mereka..Ada yang mempersalahkan diri mereka..Ada yang mempersalahkan orang sekelilingnya..dan yang paling bahaya..ada yang menyalahkan ALLAH..Tuhan yang Esa..

Memang benar kata yang menyebut..'Hidup ini tidak indah jika tiada duka'..Memang pada mulanya..kita akan merasa derita dan sengsara atas musibah dan halangan yang menimpa hidup kita..Tapi..setiap sesuatu ada hikmahnya..Allah sendiri berfirman..'Tidak Aku menjadikan sesuatu melainkan itulah yang terbaik untukmu..'
Setiap dugaan dan ujian Allah pada kita sebenarnya adalah peluang kita untuk memperbaiki diri sendiri..Ini sebenarnya adalah PELUANG kita..Jika kita lari dari masalah yang menimpa..maka kita takkan beroleh nikmat di akhirnya..Tetapi jika kita cuba untuk menghadapinya..INSYAALLAH..kita akan memperoleh kebaikannya...
Jadi teruskan hidup..berani untuk menempuhi segalanya dan cuba untuk menghadapi apa sahaja yang menimpa..Yang terbaik untuk kita ada di depan mata..cuma kita perlu berusaha untuk memperolehinya..INSYAALLAH...

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia