Saturday, March 20, 2010

BerEhAt SeBentAr BerSaMa BloGKu!!!

Salam..

FUHH!!! Nak berehat sekejap dr sibuk mengira ni sebenarnya...hahahaha.. Tula..kalau dah malas tu..memang inila akibatnya. Orang sepatutnya..bila esok nak balik kolej, hari ni almost 80% homework dah siap. Tapi bila orang malas buat kerja, baru 50% siapla jadinya.. Pastu pulun habisla nak siapkan secepat mungkin. Pengajarannya, jangan buat kerja last minit ok!! Haa..tau pun..tp still buat...hahahah.. Nada..Nada.. Pastu, bila bosan..mengarutla kt blog sendiri..
Emmm..nothing much to be written today. Sedang mencari ketenangan untuk otak yang agak berserabut ni sebenarnya.. Dahla cuaca kat Malaysia skang ni asyik panas je. Maklumlah ALNINO melanda. Dengar kata, orang jangkakan ALNINO ni berterusan sampai bulan 4. Emm..WALLAHUA'LAM. Just wait and see.OHHHH!!!! Tidak.. Simbol-simbol yang sering ku lihat dan perhatikan selama ini..huuuu. Agak menarik kalau simbol-simbol ni berwarna dalam kertas soalan. Menarik sikit kalau nak buat. Adala perangsangnya.hehehehe.. Tapi jangan harapla. Sapela yang rajin nak buat soalan berwarna-warni. Membazir masa satu.. Bazir ink pun ada gak.
Well..ingatkan bila amik Math ni..hidup terkawal skit berbanding ngan abang ngan kakak yang amik Medic n Law.. Rupanya..pening juga belajar banyak sangat dalam Math ni.. Kadang-kadang rasa malas nak belajar pun ada. Sebab rasa macam blajar benda yang takda faedahnya.hahahaha.. Belajar integrationla..differentiationla..hyperbolic functionla..Macam-macamla benda mengarut..huuuu
Tapi orang kata, kadang-kadang tu kita tak perlula terlalu memikirkan matlamat and sebab sesuatu tu.. Nanti boleh jadi gila. Samala dengan ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG. Ada antaranya kita kaji dan kaji..selidik dan selidik, akhirnya kita jumpa jawapan yang kita cari selama ni dan kita faham kenapa diciptakan semua tu. Tapi ada perkara yang Allah ciptakan, yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan perkara or benda tu diciptakan. Jadi, bak kata roomateku yangg sorang ni.."Jangan rasa malas nak belajar sesuatu. Kita kena bergembira dan tak ada alasan untuk kita stress belajar sesuatu yang kita nak guna nanti untuk kebaikan orang lain".
YURP!!! Tak ada alasan diri ini malas belajar sebab nanti, ilmu ini akan dikongsi bersama pelajar-pelajarku pada masa akan datang (INSYAALLAH). Tak ada alasan untuk seorang doktor jadi stress belajar, sebab ilmu itu nanti akan digunakan untuk merawat ramai pesakit. Tak ada alasan untuk seorang bakal jurutera rasa menyampah belajar, sebab ilmunya itu diperlukan untuk membina sesuatu yang kukuh dan berguna untuk orang ramai. Jadi semua orang tak ada alasan untuk STRESS ataupun MALAS. Itu cuma perasaan kita dan gangguan syaitan jer. Kalo kita mampu nak lawan godaan mereka dan lawan perasaan kita yang menjadi batu penghalang kita, maka kitala ilmuan yang berjaya.

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

- Pythagoras -


Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.

- Sokrates -


Tenangkan fikiran untuk belajar. Ikhlaskan niat untuk mendapat ilmu. Dan teruskan usaha mencapai kejayaan. Fikirkan boleh. CHAIYOK2!!!
So..diri ini pun nak gi sambung belajarla.. Wassalam..

1 comment:

deedee^laalaa said...

nada!!!!maths itu best...hi2...chaiyok2..

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia