Salam semua..
WOW!!!!!Malas masih lagi embelenggu diri ini. Arghhh!!!!!Tidak!!!!TOLONG!!!! Kenapala selalu je wujud penyakit ni. Sape ada penawarnya????Cepat-cepat tinggalkan nombor tuk dicontact sebab diri ni sangat memerlukan penawarnya. Walau semahal mana sekalipun..akan cuba dilangsaikan. Sebab penyakit ni memang sangat-sangat merbahaya. Takde sape lagi boleh lawan penyakit ni sampai skang.. Mentang-mentangla baru habis trial..datangla penyakit ni. HEY NADA, baru trial k!!! Periksa A Level yg sebenarnya still on the way. Come onla (kononnya memberi semangat pada diri sendiri yang takde semangat sejak beberapa hari yang lalu). Camna nak buat ni???
Inila masalah yang dari dulu sampai skang..tak pernah lekang dari diri ni. Nyampah pun ada..Sakit hati pun ada. Tension lagila ada. Tapi apa nak buat. Memang sikap MALAS ni menjadi faktor kegagalan ramai pelajar-pelajar kat dunia ni. Jadi..mana datangnya perkataan malas ni???
Malas sebenarnya TIDAK wujud dalam kamus seorang yang ingin berjaya. Macam mana nak berjaya kalau malas kan??Kalau kita tengok pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh yang berjaya..adakah diorang malas???Kalo malas..Takkanla ALBERT EISNTEIN mampu nak hasilkan bermacam-macam formula yang merumitkan..Takkanla IBNU SINA boleh terfikir sesuatu yang tak dapat difikirkan orang lain pada masa dulu..Takkanla BILL GATES mampu melebarkan bisnesnya ke seluruh dunia.. Jadi fikir-fikirkanla. Kalau kita nak berjaya..Jangan hanya berangan dan bercita-cita tinggi..tapi usaha HAMPEH!! Ni kena kat diri sendiri gak ni..huuu..
Tapi kalaula kita fikirkan balik..Kita boleh buang sikap malas ni.. Ada satu artikel mengatakan, sikap malas ni wujud bila kita berada dalam satu ZON SELESA. Yurp!!That's right. Contohnya, zon selesa saya sekarang ialah bermain dan bermain. Belajar bukanla zon selesa saya. Jadi..nak buang rasa malas..KELUARKAN diri dari zon selesa. Memang payah tapi CUBA. Kalaula kita tidak selesa nak belajar, cuba untuk belajar dalam 30minit. Bila dah selesa dengan keadaan tu..up kan lagi masa belajar kita dari semasa ke semasa.. So..saya nak gi cubala ni..hehehehe
Sebagai akhir kata..ingatla pesanan RASULULLAH S.A.W ni :
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH!!!
No comments:
Post a Comment