Friday, May 7, 2010

-; Yang Indah Itu Sukar Dilakukan :-

Salam.
Setiap yang hidup pasti akan diuji oleh Allah. Ujian datang tanpa diminta dan penuh warna-warninya yang tersendiri. Manusia mudah menjadi lemah dengan ujian yang Allah berikan namun sebenarnya, setiap ujian menguatkan kita. Allah tidak melakukan sesuatu yang sia-sia. "Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya",satu ayat yang biasa menjadi halwa telinga kita sekiranya kita bercerita tentang ujian.
Well, ingatkan dah nak stop blogging bila nak dekat exam ni. Tapi memandangkan hati tidak tenang, maka Blog la tempat luahan. Sejak mula berblogging ni, Blog la yang menjadi tempat untuk meluahkan dan tempat untuk mencurahkan sesuatu. Even blog ni tak mampu memberi nasihat, dan tidak bernyawa, tapi jiwa rasa tenang bila dapat mencoretkan apa yang dirasa pada blog ni. Macam orang bodoh pun ada gak rasa
nya,meluahkan perasaan pada sesuatu yang tidak hidup. Sedangkan di sekeliling kita ni, banyak lagi manusia yang hidup yang mampu membantu kita. Tapi nak wat camna, memang dah diri ni macam ni. Suka menyimpan sesuatu dalam hati.
Memang takleh nak ubah dah sifat ni..(kesian suami aku nanti) Sebab tu aku jarang menceritakan rahsiaku pada orang. Diri ni rasa selesa untuk tidak menyuarakan masalah kat kawan-kawan,keluarga ataupun sesiapa sebab rasanya bila wat camtu, menyusahkan orang lain. And rasa diri ni sangat teruk sebab terpaksa membiarkan orang lain memikirkan masalah yang berlaku pada diri ni. I know this is not a good way of living, but right now, this is the best way for me. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.
Tadi baru terbaca blog kawan, tentang sambutan harijadi. Well, agak mengejutkan juga sebab selama ni, aku dah melakukan satu benda yang haram selama 20 tahun berturut-turut. Mungkin Allah mengampunkan aku sebab aku tak tahu yang meniup lilin ketika menyambut birthday adalah HARAM. Astaghfirullah al A'zim. And sekarang ni, bil
a dah tahu, agak sukar untuk aku nak bagitau oarang-orang terdekat aku tentang perkara ini, especially my own family. Benda ni memang dah jadi tradisi keluarga aku bila nak sambut besday, mesti tiup lilin. Aku tak cukup berani and kuat untuk berdakwah pada keluarga sendiri dan ini adalah sangat TERUK!!!! Aku pernah menjadi naqibah kat sekolah menengah and kolej. Aku pernah berusrah dan berdakwah pada junior dan kawan-kawan. Tapi masih belum mampu berdakwah pada keluarga sendiri. Macam mana ni??

What should I do?? Mungkin sekarang tak perlu buat apa-apa sebab tak ada besday sesiapa yang perlu disambut. Tapi bila dah sampai masanya Allah nak uji aku, bila sampai masanya aku sepatutnya bersuara tapi aku masih belum mapu melakukannya, apa yang patut aku buat? Nak buat bodoh je, dosa aku yang tanggung. Orang lain tak tahu, tak ada hukum haram bagi mereka. Nak bersuara, aku takut tak ada kekuatan tu. Nak lari dari majlis
tu, sama macam lari dari masalah which will make me fail to success in this obstacle. So??? No solution??? Inilah yang dimaksudkan dengan, "yang indah itu sukar dilakukan".

YURP!!!! Memang sangat indah jika kita mampu berdakwah dan mengubah seseorang itu ke jalan yang benar. Tapi, perkara tu sukar untuk dijalankan. Memang senang nak buat jahat, tapi nak buat baik pula susah. Terbalik dah dunia sekarang ni jika nak dibandingka
n dengan zaman nabi dahulu. Orang lebih suka jika kita ajak diorang buat something yang tak elok, berbanding dengan ajak diorang buat baik. Contoh paling simple, tengok rancangan dalam TV. Lagi ramai orang tengok rancangan-rancangan realiti berbanding program-program ilmuan. Sedangkan sekarang ni, dah macam-macam program ilmuan ditayangkan. Kat OASIS, TV9, TV3 and sume channel yang lainla. Tapi manusia masih memilih untuk tengok sesuatu yang tak ada faedahnya ( aku pun macam tu gak kadang-kadang..ASTAGHFIRULLAH)

Sesuatu y
ang sukar itu akan kekal sukar sekiranya kita tidak mencari jalan mudah untuk memudahkan kesukaran itu. Apa yang aku merepek??? Aku pun tak tahu. Yang pentingnya, kita kena selalu berfikiran terbuka dan ke hadapan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau kita memang bertekad nak buat sesuati yang indah, dengan penuh keazaman dan semangat yang kuat. InsyaAllah Allah akan bantu kita. Tapi kalau kita sekadar ada niat sebegitu tapi usaha tak pernah ada, so memang patut kita KECUNDANG dalam ujian itu.
Jadi, sebagai nasihat untuk diri sendiri gak, berusahala untuk perbaiki diri supaya kita mampu memperbaiki orang lain. Nabi-nabi terdahulu pernah berdakwah pada keluarga mereka juga. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak be
rjaya. Tapi, semua itu tidak melemahkan mereka kerana mereka yakin apa yang dilakukan oleh mereka adalah benar semata-mata dan Allah sentiasa membantu mereka. Mereka percaya dan yakin pada Allah. Dan mereka juga yakin dan percaya pada diri sendiri. So, inilah yang aku kena buat sekarang ni. Try to improve myself first. Then, tanamkan keberanian untuk berdakwah pada semua orang.

OKLAH!!! Nak kena study ni, exam tak lama lagi ni. Sebagai kata penutup,maaf kepada semua. Baru-baru ni aku ada wat salah yang telah menyebabkan aku rasa tak tenang sampai sekarang and still haven't found the solution to this problem. Banyak sangat masalah bila nak dekat-dekat exam ni. Inilah ujian namanya kan! Takkan nak hidup gembira je. Setiap penderitaan itu pasti membawa kebahagiaan di akhirnya. I have to always bare in mind!!!!!! Jangan putus asa ye...
K!!!! Thanks and sorry to everyone... :)
macam ni lah keadaanku sekarang. MISERABLE....

Saturday, May 1, 2010

MeMorieS ReMaiNz TiLL The EnD oF LifE..


Salam my blog...

Well, semalam, satu hari yang sangat menggembirakan dan huru-hara gakla. And hari yang penuh 'GLAM'..hehehehe. Nice moments wif all my frens in INTEC. Walaupun camera takde, tapi atas dasar gila bergambar, maka diri ni sukala menyelit kat camera-camera orang lain. Rasanya sume camera or handphone mesti ada gambaku even satu. Paling minimum tu satula. Paling byk tu, rasanya handphone Faridah. Nyway, thanks to all my friends for the great moments and enjoyable day.huuu. Thank to all the juniors. Makanan pun boleh tahan gakla. Bayaran plak murah.hehehe. That's why I like.huuuu

Rasanya aku akan merindui saat-saat di INTEC sepertimana aku merindui saat-saatku di Jenan. Even hidup kat sini agak biasa, kadang-kadang ada sakitnya, ada sukanya. Tapi sebenarnya saat-saat inilah yang akan sentiasa menjadi memori yang bertahta di hati. Mula-mula aku rasa benci masuk INTEC. Bukan setakat benci tapi sangat sedih bila nak masuk INTEC. Sebab hati aku dah bertapak di KMS. Tapi Allah itu Maha Adil. Setiap duka akan diganti ceria. Dan begitu juga, setiap ceria diganti duka. Walaupun nasib malang menyelubungi diri ini, bila dapat katil yang tak best 'spot'nya, and membuatkan diri ni rasa sentiasa kepanasan...huuuu. Tapi, itulah yang akan menjadi satu kenangan dan pengajaran. Pengajaranyya, nak cari tempat tidur lepas ni, check dulu tahap kesejukan and kepanasannya.hahahaha

Hidup kat INTEC ni hanya dua tahun, tapi macam-macam dah jadi, macam-macam yang menyayat hati and macam-macam yang menjadi memori. Sekarang ni pulak, sume duk sibuk study sebab nak final. FUHHH!!!! Semalam jela dapat tengok sume orang gila-gila and tak menghadap buku. Budak yang selalu mengahadap buku pun jadi sangat gila, yang selalu hidupnya diiringi buku pun jadi tak betul. Memang saat yang menunjukkan characteristic sebenar seseorang tu.hehehehe. And aku plak jadi 'WITCH'.hahahaha. Kelakar pun ada. Tapi thanks to kengkawan yang mendesak gak aku untuk pakai topi tu. Sebab topi tula yang menampakkan aku semalam. Nada terkenal semalam kerana topinya.hahahaha.

Hari ni, 1hb Mei. Hari pekerja dan permulaan bagi bulan yang baru. Bulan yang penuh debaran, penuh dugaan dan penuh rintangan. Starting from today, kena struggle 10 kali ganda dari yang sebelum ni, bak kata Madam Mariah. No play, no relax and no way to sleep. Whoooaaaaa!!! And as mama said, " Waktu ni la kena berusaha sehabis-habisnya. Jangan menyesal di tengah jalan. Jangan sia-siakan perjuangan selama ni. Just tinggal satu step je lagi. Ini yang terakhir dan buat yang sehabis baik". Dan seperti nasihat Akhi Naufal dari UK, " Jaga hubungan dengan Allah dan semua orang di sekeliling kita especially ibu bapa and guru-guru. Usaha kena ada, tapi yang lain jangan dilupa. Yang wajib jangan ditinggal, yang harus diusahakan dan yang haram jauh-jauhkan". Juga peringatan dari Madam Noreha, " Biar semua orang fly, jangan tinggal satu pun. Belajar sama-sama sampai ke UK".

So, to all my friends yang nak hadapi ALEVEL, all da best. Do the best and keep the rest to Allah. And to all my beloved frens, please pray for me and sorry for everything... :))

Wednesday, April 21, 2010

MeNgeMis KaSih Si DiA!!!

" Tuhan dulu pernah, aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretla, aku di lorong derita,
Luka hati yang berdarah, kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai, ke penghujungnya,
Kisah seribu duka,
Ku harap jua berlalu,
Tak ingin lagi, ku ulangi sendiri,
Kerak dosa yang menghiris hati

Tuhan, dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmatmu, melangit luas,
Harga selautan kasihku,
Hanyalah setitis nikmatmu di bumi

Tuhan, walau taubat sering ku mungkir,
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Tuhan, selangkah ku rapat padaMu,
Seribu langkah, Kau rapat pdku....

Inilah antara lirik lagu Mengemis Kasih yang dipopularkan oleh Kumpulan The Zikr. Lagu ni jd lagu favourite one of my housemate, Kak Dayah. Well, lagu ni mmg sangat tepat dengan apa yang berlaku pada diri aku ni. Cuma mungkin rangkap first tu agak tak betul sebab setakat ni Alhamdulillah, aku masih bersama-sama orang yang mampu membawa aku ke jalan yang benar. Terima kasih Allah.

Lagu ni menunjukkan betapa besarnya kasih syg Allah pd hamba-hambaNya. Walaupun hanya selangkah kita menapak kepadaNya, tapi beribu-ribu langkahNya kepada kita.Walau seribu dosa kita lakukan, namun tetap diterima seribu taubat dan doa yang kita pinta. Walau kita sering lupa padaNya, namun tidak pernah sesaat pun Dia lupa pada kita. Walau berhari-hari kita leka dengan dunia dan hidup kita, namun Dia tetap menjaga kita sebaiknya, memelihara kita sehingga tiba ajal kita.. Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita, tapi kita masih sibuk sayangkan dunia dari Dia. ASTAGHFIRULLAH!!!

Minggu lepas, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Arwah Achik Spin yang masih muda dan telah meninggalkan dunia buat selamnya pada usianya yang masih muda. Kalau nak dikira umur arwah dengan umur saya, hanya beza 7 tahun.. Adakah mungkin umurku jua berakhir 7 tahun akan datang?? Atau mungkin lebih panjang..atau mungkin lebih pendekl??? Atau mungkin esok lusa?? Tiada siapa yang tahu jawapannya kecuali ALLAH YANG ESA!!! Semoga umurku masih panjang dan semoga aku dapat menyemai kasihku padaMU sebanyak yang mungkin YA ALLAH!!!

Sekarang baru aku sedar, manusia senang lupa pada Tuhannya bila dia rasa selesa..Dah lama dh aku sedar. Cuma aku baru sedar yang aku mungkin turut buat apa yang orang lain buat. Adakah aku makin lupakan Penciptaku??? Adakah aku terlalu risaukan masa depanku hingga aku lupa padaNya?? Atau adakah aku terlalu sibuk hingga tidak cukup waktu untuk mengingatiNya???
YaAllah, ampunkan dosaku sekiranya aku pernah berfikiran sebegitu. Itu mungkin pemikiran jahilku menguasai jiwaku. Namun, aku hanya berdoa padaMu agar aku sering diberi peringatan untuk terus mengingatiMu dan mengasihiMu tanpa mengira waktu.

Sebenarnya, saat ini terasa hati ini sangat-sangat kosong dan kering. I need something to make my life being meaningful. Something that I still haven't found it. Something that I hope could make me ralise about my life. Tapi, apa yang kita semua perlukan hanyalah ALLAH yang sentiasa ada di mana saja kita berada.......

* Bila makin dekat nak exam, makin tak betul hidup, makin diri ni lupa diri.... ASTAGHFIRULLAH!!!!

Wednesday, April 7, 2010

KErAnA TeLaH DiTaG OleH ShiEla

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE ?
Syarikat TOPUP, Afiqah n Kak Ziha..hehehe
2. YOUR MAIN RINGTONE ?
Never Say Goodbye.. :))
3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT ?
Berusaha untuk memahami Fizik..Astrophysics..huuu
4 . WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH ? WHERE ?
Ainul, Kak Dayah n Tikah.. Gi makan kt seksyen 2..
5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING ? NOW ?
Blue jeans..
6. THE LAST THING U DID ?
Beli kek untuk Fad..
7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS ?
Handphone, jam n kalkulator..
8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM ?
College - kekuningan, rumah - pink kepurple an
9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW ?
Wohoo..agak banyak..RM100 lbh..huuu
10 . HOW'S LIFE ?
Alhamdulillah..still under control but a quite miserable
11. YOUR FAVORITE SONG ?
Macam2la..Anything yg 'zouq' dlm hati..hehehe (zouq tu loghat Ganu )
12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND ?
Exam CTIS, study, usrah INSYAALLAH, smayang, makan . ..sleeep!!
13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM ?
Last Sunday..
14. WHERE IS SHE NOW ?
Maybe still at her clinic or just arrive at home..WALLAHUA'LAM
15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS ?
Emm..last weekend..After haven't seen them for quite a long time...
16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U ?
Kak Ziha..ada pengisisan..:))
17.WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT ?
Sup Utara...SEDAP!!!
18. THE LAST SURPRISE YOU GOT ?
One of my 'nerd' friend want to go out for date with a foreigner.. WHOOOAAAA!!!!!
19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS ?
Pemadam n pembaris..sbab cari-cari xjumpa..
21. WHAT DO YOU FEEL NOW ?
Emmm...biasa je..
22. WANNA SHARE WITH WHO ?
Nothing to be shared.. :))
23. WHO KNOWS UR SECRET ?
Emmm...sape ek??? Ada secret ke aku ni???
24. THEY KEEP UR SECRET ?
Takde secret..cmna nk 'keep' secret..
25. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE ?
I'm in a good mood rite now.. :))
26. WHAT DO YOU ORDER AT MCD ?
Lama dh tak gi..
27. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD ?
During trial exam.. :((
28. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW ?
Hope tomorrow never die...
29. WHO WILL U TAG NEXT ?
Sape ek??? I want nobody-nobody but you!!!hehehehe

Saturday, March 20, 2010

BerEhAt SeBentAr BerSaMa BloGKu!!!

Salam..

FUHH!!! Nak berehat sekejap dr sibuk mengira ni sebenarnya...hahahaha.. Tula..kalau dah malas tu..memang inila akibatnya. Orang sepatutnya..bila esok nak balik kolej, hari ni almost 80% homework dah siap. Tapi bila orang malas buat kerja, baru 50% siapla jadinya.. Pastu pulun habisla nak siapkan secepat mungkin. Pengajarannya, jangan buat kerja last minit ok!! Haa..tau pun..tp still buat...hahahah.. Nada..Nada.. Pastu, bila bosan..mengarutla kt blog sendiri..
Emmm..nothing much to be written today. Sedang mencari ketenangan untuk otak yang agak berserabut ni sebenarnya.. Dahla cuaca kat Malaysia skang ni asyik panas je. Maklumlah ALNINO melanda. Dengar kata, orang jangkakan ALNINO ni berterusan sampai bulan 4. Emm..WALLAHUA'LAM. Just wait and see.OHHHH!!!! Tidak.. Simbol-simbol yang sering ku lihat dan perhatikan selama ini..huuuu. Agak menarik kalau simbol-simbol ni berwarna dalam kertas soalan. Menarik sikit kalau nak buat. Adala perangsangnya.hehehehe.. Tapi jangan harapla. Sapela yang rajin nak buat soalan berwarna-warni. Membazir masa satu.. Bazir ink pun ada gak.
Well..ingatkan bila amik Math ni..hidup terkawal skit berbanding ngan abang ngan kakak yang amik Medic n Law.. Rupanya..pening juga belajar banyak sangat dalam Math ni.. Kadang-kadang rasa malas nak belajar pun ada. Sebab rasa macam blajar benda yang takda faedahnya.hahahaha.. Belajar integrationla..differentiationla..hyperbolic functionla..Macam-macamla benda mengarut..huuuu
Tapi orang kata, kadang-kadang tu kita tak perlula terlalu memikirkan matlamat and sebab sesuatu tu.. Nanti boleh jadi gila. Samala dengan ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG. Ada antaranya kita kaji dan kaji..selidik dan selidik, akhirnya kita jumpa jawapan yang kita cari selama ni dan kita faham kenapa diciptakan semua tu. Tapi ada perkara yang Allah ciptakan, yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan perkara or benda tu diciptakan. Jadi, bak kata roomateku yangg sorang ni.."Jangan rasa malas nak belajar sesuatu. Kita kena bergembira dan tak ada alasan untuk kita stress belajar sesuatu yang kita nak guna nanti untuk kebaikan orang lain".
YURP!!! Tak ada alasan diri ini malas belajar sebab nanti, ilmu ini akan dikongsi bersama pelajar-pelajarku pada masa akan datang (INSYAALLAH). Tak ada alasan untuk seorang doktor jadi stress belajar, sebab ilmu itu nanti akan digunakan untuk merawat ramai pesakit. Tak ada alasan untuk seorang bakal jurutera rasa menyampah belajar, sebab ilmunya itu diperlukan untuk membina sesuatu yang kukuh dan berguna untuk orang ramai. Jadi semua orang tak ada alasan untuk STRESS ataupun MALAS. Itu cuma perasaan kita dan gangguan syaitan jer. Kalo kita mampu nak lawan godaan mereka dan lawan perasaan kita yang menjadi batu penghalang kita, maka kitala ilmuan yang berjaya.

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

- Pythagoras -


Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.

- Sokrates -


Tenangkan fikiran untuk belajar. Ikhlaskan niat untuk mendapat ilmu. Dan teruskan usaha mencapai kejayaan. Fikirkan boleh. CHAIYOK2!!!
So..diri ini pun nak gi sambung belajarla.. Wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

ApA Nak Jadi NI!!!!!!

Salam semua..

WOW!!!!!Malas masih lagi embelenggu diri ini. Arghhh!!!!!Tidak!!!!TOLONG!!!! Kenapala selalu je wujud penyakit ni. Sape ada penawarnya????Cepat-cepat tinggalkan nombor tuk dicontact sebab diri ni sangat memerlukan penawarnya. Walau semahal mana sekalipun..akan cuba dilangsaikan. Sebab penyakit ni memang sangat-sangat merbahaya. Takde sape lagi boleh lawan penyakit ni sampai skang.. Mentang-mentangla baru habis trial..datangla penyakit ni. HEY NADA, baru trial k!!! Periksa A Level yg sebenarnya still on the way. Come onla (kononnya memberi semangat pada diri sendiri yang takde semangat sejak beberapa hari yang lalu). Camna nak buat ni???

Inila masalah yang dari dulu sampai skang..tak pernah lekang dari diri ni. Nyampah pun ada..Sakit hati pun ada. Tension lagila ada. Tapi apa nak buat. Memang sikap MALAS ni menjadi faktor kegagalan ramai pelajar-pelajar kat dunia ni. Jadi..mana datangnya perkataan malas ni???
Malas sebenarnya TIDAK wujud dalam kamus seorang yang ingin berjaya. Macam mana nak berjaya kalau malas kan??Kalau kita tengok pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh yang berjaya..adakah diorang malas???Kalo malas..Takkanla ALBERT EISNTEIN mampu nak hasilkan bermacam-macam formula yang merumitkan..Takkanla IBNU SINA boleh terfikir sesuatu yang tak dapat difikirkan orang lain pada masa dulu..Takkanla BILL GATES mampu melebarkan bisnesnya ke seluruh dunia.. Jadi fikir-fikirkanla. Kalau kita nak berjaya..Jangan hanya berangan dan bercita-cita tinggi..tapi usaha HAMPEH!! Ni kena kat diri sendiri gak ni..huuu..

Tapi kalaula kita fikirkan balik..Kita boleh buang sikap malas ni.. Ada satu artikel mengatakan, sikap malas ni wujud bila kita berada dalam satu ZON SELESA. Yurp!!That's right. Contohnya, zon selesa saya sekarang ialah bermain dan bermain. Belajar bukanla zon selesa saya. Jadi..nak buang rasa malas..KELUARKAN diri dari zon selesa. Memang payah tapi CUBA. Kalaula kita tidak selesa nak belajar, cuba untuk belajar dalam 30minit. Bila dah selesa dengan keadaan tu..up kan lagi masa belajar kita dari semasa ke semasa.. So..saya nak gi cubala ni..hehehehe

Sebagai akhir kata..ingatla pesanan RASULULLAH S.A.W ni :
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH!!!

Sunday, March 14, 2010

-: SetELaH SeKiaN LamA :-

Assalamualaikum my ONLY BLOG!!!

Well...Again..diri ni lama menyepikan diri..Baru je habis Trial..Tu yg lama menyembunyikan diri...BERHIBERNATE..hahaha..Alhamdulillah selesai sudah satu cabaran dalam nk melanjutkan pelajaran ke UK ni..HUH!!!Selesai tu memang betul..tapi keputusannya masih menjadi tanda tanya..InsyaAllah dapatla keputusan yang cemerlang setanding dengan usaha yang telah diberikan...

Emm...Nothing much to be shared actually..Just ingin mengisi kelapangan yang ada ni tuk mencoret sikit2 dalam blog ni...hehehehe..Selama dua tiga minggu lepas..takde sesuatu yang pelik ataupun istimewa berlaku..Diri ni just banyak habiskan masa kat INTEC..cuba untuk ulangkaji semua perkara yang dah dipelajari selama setahun lebih..Jadi xde perkara menarik nak diceritakan..hehehehe

Cuma..tetiba teringat satu kejadian yang berlaku waktu exam hari tu..Di mana diri ini ada sedikit salah faham dengan housemate..Bkn slh fhm pe pn..cuma bila seseorang tu terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang remeh pun boleh jadi satu masalah besar..huuu...Bila mana kita tidak dapat nak terima apa yang sedang berlaku..Hati kita akan rasa gundah gelana..stress..tension..sumenye ada..Itulah yang berlaku pada hari tu..dan menyebabkan kawan saya tu..terasa hatila dengan saya and my roomate yang lagi sorang..Agak lama dia nak menyejukkan dirinya sampai dua malam dia tak tido kat bilik..Mula-mula rasa tension gak..sebab perkara ni berlaku waktu exam kan..Lama-lama..rasa xsedap hati and mula rasa bersalah bila dapat tahu yang dia terasa dengan kami..Sampai malam tu..tak dapat nak fokus tuk study physics..Tapi Alhamdulillah..Atas keberkatan ukhuwwah yang terjalin antara kami..perkara ni dapat diselesaikan dengan aman..Dan segala persoalan and salah faham selama ni..TERLERAI akhirnya...

Kejadian yang berlaku tuu menunjukkan dengan jelas betapa kuatnya kuasa HATI ni terhadap diri seseorang..Hati ni..kalau tak dijaga dan dipelihara dengan baik..Maka padah yang menimpa..HATI ni takla sebesar mana..Menurut research pakar-pakar...hati ni saiznya lebih kurang setumbuk tangan kita..Tapi peranannya sangat BESAR dan ianya sangat berkuasa..Hatila yang mengawal perasaan kita..mengawal hati kita..mengawal tingkah laku kita..
"Ikut kata hati"...Satu ungkapan yang sering kita gunakan bila kita sukar untuk membuat pilihan..Jadi memang jelasla bahawa hatila pendorong kita melakukan sesuatu..
"Buatla dengan hati yang ikhlas"..Satu ungkapan yang menunjukkan bahawa hatila yang mempamerkan perasaan kita dan emosi kita..serta kejujuran yang kita lahirkan...

HATI mampu mengawal kita..tapi kita tidak mampu untuk mengawal seketul daging ini..Betapa berkuasanya hati kita ni..Sehingga kita sendiri tidak mampu untuk mengalahkannya...Kita perlua ada kekuatan tersendiri untuk melawan hati kita..untuk mengawal hati kita..dan untuk memelihara hati kita...Dari mana kekuatan itu akan wujud????Dari keyakinan dan kekuatan kita yang perlu disemai dari semasa ke semasa...Kita perlu lakukan anjakan paradigma terhadap perilaku kita dan cara hidup kita....Kita yang perlu mengajar diri kita dan kuatkan semangat kita..Kita juga yang perlu mencari ikhtiar dengan berbalik pada Allah..dan kita jugala yang perlu menjauhkan perkara-perkara mungkar dari diri kita..Kita harus berbalik pada asal penciptaan kita yang sungguh sempurna dan suci...Kita harus mengubah setiap yang berlaku dengan penuh toleransi dan pertimbangan sewajarnya..Jadi..semua yang berlaku..puncanya dari diri kita sendiri..Belajar untuk mengubah dan mencari sesuatu yang baru...SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN!!!!

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia