Salam
Wah!! Dah sangat lama rasanya tak update blog. Mula-mula busy dengan exam, pastu busy berjalan sana-sini, dengan program-program bersama ahli Brummies. Macam-macamla yang menghalang. And bila ada masa pulak, duk menonton tayan
gan bersama housemates tersayang.huhu. Macam-macam cerita dah khatam setakat ni, tapi Quran pun tak sempat nak khatam lagi. HAISH!!!
Ok! Setelah lama mendiamkan diri, insyaAllah sementara nak tunggu Subuh ni, nak share pasal SATU AYAT yang dapat merungkai pelbagai perkara dalam hidup kita sebagai manusia.
Ok! Setelah lama mendiamkan diri, insyaAllah sementara nak tunggu Subuh ni, nak share pasal SATU AYAT yang dapat merungkai pelbagai perkara dalam hidup kita sebagai manusia.
"Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur."
Ash-Shura : 33
Ayat yang ringkas tetapi memberi banyak makna kepada kita jika kita mentafsirnya secara terperinci.
So first, nk highlightkan beberapa point yang penting!
Fisrt, tentang KAPAL..
Apakah sebenarnya significant penggunaan atau perbandingan kapal dalam ayat ini? Apa kaitan dan persamaan antara orang mukmin atau senangnya, manusia dengan kapal? Kenapa Allah menggunakan perkataan kapal dalam ayat ini? Dan sebenarnya banyak lagi ayat lain yang Allah gunakan perkataan 'KAPAL' sebagai satu perbandingan dan analogi untuk kita kaji dan kaitkan dengan kejadian kita. Why is it so??
Cuba kita bayangkan jika ada sebuah kapal, yang terapung di tengah lautan yang luas. Tiada kapal lain ataupun pulau ataupun apa sahaja di sekelilingnya, melainkan lautan biru yang luas terdampar. Tiada wifi, tiada line phone, tiada saluran el
ektrik. Senang citer, there is nothing there! Kosong dan sunyi tanpa sebarang bantuan. Then, apa yang akan berlaku pada kapal itu?Secara logik dan sunnatullah, kapal itu akan berlayar mengikut arus ombak yang membawanya ke mana arah sekalipun. Kapal itu akan bergerak berdasarkan tiupan angin padanya. Kelajuannya juga dikawal oleh angin yang menghembus. Kapal itu tiada pergantungan, melainkan hanya berdasarkan angin dan ombak. Dan jika ingin mengetahui arah utara, selatan, timur dan barat, semuanya berpandukan bintang di langit. Secara mudahnya, kita lihat, kapal ini tiada pergantungan melainkan pergantungan kepada kuasa Allah semata.
So, kitalah kapal yang dimaksudkan itu. Kita kapal yang belayar di lautan 'DUNIA'. Maka seharusnya kebergantungan kita 100% hanya kepada Allah semata. Tak kira kita sedih, gembira, kecewa atau apa sahaja, segalanya perlu dikembalikan kepada Allah. Allah adalah tempat mengadu, Allah adalah tempat meminta dan Allah adalah segalanya dalam hidup kita. Dan yang paling penting, kita 'belayar' di dunia ini dengan kuasa, nikmat dan rahmat Allah. Tanpa ini semua, WE ARE NOTHING IN THIS WORLD!
Hidup kita dari Allah dan hidup ini hanya untuk Allah..
Point kedua,
kenapa kita harus bersabar dan kemudian barulah kita bersyukur?
Dalam kehidupan kita ini, kita takkan lari dari ujian, tak kiralah ujian yang besar atau hanya ujian kecil yang mampu diselesaikan dalam waktu yang singkat. Yang pasti, hidup ini selari dengan ujian dan ujian itu adalah kehidupan. Bila ditimpa musibah, kita seharusnya bersabar. Ujian yang melanda sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Kita tidak akan sekali diuji dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita, itu janji Allah. Maka, kita hanya perlu bersabar dan berusaha untuk menjalani setiap dugaan itu dengan baik kerana kita yakin ada hikmah menanti di penghujungnya. Mungkin kita memerlukan masa yang lama untuk mendapat hikmah atas segala ujian yang melanda atau mungkin dalam masa yang singkat, kita memperoleh hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tidak kira
bila dan di mana kita mendapat hikmahnya, tapi apa yang pasti, pada saat itu, kita akan rasa tenang dan bersyukur kepada Allah kerana diuji sedemikian rupa. Kita akan tahu, jika kita tidak diuji sebegitu pada waktu dulu, sudah pasti kita tidak akan mendapat apa yang kita peroleh di saat ini.
Kerana itulah, kesabaran melahirkan rasa bersyukur. Tanpa sabar, kita tidak akan mendapat hikmah yang Allah sediakan untuk kita dan rasa syukur itu tidak mampu kita zahirkan. Tetapi, jika kita bersabar, terus berusaha dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka, PASTI suatu hari nanti kita akan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala yang diberikan kepada kita samada ianya yang baik mahupun yang buruk.
SUBHANALLAH! Sungguh indah ayat-ayat Allah. Dalam satu ayat yang pendek dan ringkas, Allah mengajar kita tentang pelbagai perkara. Ini hanya SATU AYAT dari Al-Quran. Cuba bayangkan, betapa banyaknya ilmu dan petunjuk yang Allah b
erikan kepada hambaNya dalam kita Al-Quran. Al-Quran itu adalah satu buku yang lengkap untuk kehidupan kita, tak mengira zaman dan masa. Jika ditanya, "buku apakah yang paling bagus untuk dibaca?", tiada jawapan lain selain AL-QURAN AL-KARIM!
Wallahua'lam..
2 comments:
so true nada!
uuu~ hg dah kembali menulis. suka!
Yeah cik_sna..huuu
Setelah lama mendiamkan diri, aku kini kembali..hehehehe :)
Post a Comment