Salam...
Penat ada..malas pun ada..bosan pun ada..Tak larat pun ada gak. Inilah yang sedang ku rasai sekarang ni. Minggu-minggu exam ni memang selalu diuji dengan perasaan-perasaan macam ni. Aku just boleh berdoa and teruskan bersemangat supaya aku tak menyesal dengan apa yang dah aku lalui selama ni. Macam pesan mama bila waktu-waktu exam menjelma, jangan malas supaya tak menyesal nanti.
Kadang-kadang pelik juga dengan jadual exam ALEVEL ni. Gap punyala banyak. Tapi ada juga hari-hari di mana ada subjek bertindih. Pelik betul. Kadang-kadang bila fikirkan balik, ada bagusnya. Tapi tetap ada keburukannya. Bagusnya, sebab dapatla nak prepare secukupnya (kononnyala). Tapi bila dah gap seminggu camni, gamaknya hati ni makin terasa stress and bertambah-tambahla keinginan nak buat sesuatu yang tak sepatutnya dibuat. Jadi untuk sesiapa yang nak kena buat jadual exam untuk pelajar-pelajar, jangan buat macam ni. Ni menyeksakan pelajar namnanya..hahahahaha. Pape pun, usaha perlu diteruskan.
Orang selalu kata aku ni RAJIN study. Yeke?? Rasa nak gelak pun ada gak. Diorang ni selalu salah tengok diri sebenar aku. Kalau aku cakap je aku malas sikit, semua kawan aku mesti buat muka pastu cakap aku tipu. Padahal memang betul-betul aku malas. Tapi pada pandangan diorang, SEORANG NADA ADALAH MANUSIA YANG RAJIN BELAJAR. Dahsyat juga pujian ni. Orang selalu kata,"Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian". Haaaa...ini yang menakutkan ni. Kejian di sebalik pujian. Kadang-kadang tu terfikir juga, diorang ni ikhlas ke puji ataupun sekadar nak ambil hati??? Tapi, ikhlas tak ikhlas tu memang bukan kerja manusia nak menilai, hanya Allah yang tahu. Cuma, harapan aku, kawan-kawan aku selama ini tak pernah menipu dan sentiasa jujur. Dan Alhamdulillah kalau aku ini seperti apa yang diorang fikirkan.
Dan aku ni pula, kadang-kadang rasa rimas bila orang selalu kata aku rajin. Well, cerita ni bukan nak membangga diri tapi just nak berkongsi perasaan. Dari sekolah menengah lagi aku ni selalu dikatakan seorang yang rajin. Kat sekolah rendah tu tak pernah dengar orang puji sebab study kat rumah je. Kadang-kadang aku rasa sakit hati bila orang kata aku rajin, and kadang-kadang aku rasa aku memang ada kerajinan sikit (POYO JE...hahahaha) tapi aku masih tak boleh nak jadi top student masa kat SMSAH and INTEC. Aku masih tak boleh nak dapat straight A bila exam and aku masih dapat result yang teruk dan selalu kena marah dengan parents aku.
Kadang-kadang tu aku hampir putus asa and rasa nak jadi malas je, sebab usaha selama ni pun macam sia-sia. ASTAGHFIRULLAH AL AZHIM.... Ada ke patut aku berfikiran macam tu?? Itu namanya aku dah menyalahi takdir. Takdir yang Allah dah tetapkan untuk seorang yang bernama Nada. Memang aku rasa sangat bodoh dan tak berhati perut bila aku berfikiran macam tu. Aku selalu cakap kat orang yang kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, tapi aku tak buat macam apa yang aku katakan kat diorang. Which is very very very very BAD.
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian
Bila terbaca kata-kata di atas ni, aku rasa sangat sebak dan menyesal sebab aku pernah menjadi seorang yang tak kenal diuntung. Mungkin jarang-jarang aku rasakan perasaan macam tu, tapi sekali perasaan tu muncul, aku terus jadi tak tenteram dan tak senang duduk. Rasa macam satu batu diletakkan atas badan dan aku kena guna segala kekuatan untuk jatuhkan batu tu. Dan kekuatan yang aku cari adalah dengan kembali kepada Allah. Memang hebat kuasa Allah. Dia yang membawa kita kepada kedukaan, dan Dia jualah yang akan membawa kita ke pangkal jalan. SUBHANALLAH.
Beberapa hari lalu, kawan aku sorang ni, ada meminta aku membaca satu peringatan dalam sebuah buku. Peringatan supaya kita tidak bertawakal pada usaha kita tetapi bertawakal pada Allah Yang Esa. Mungkin usaha kita melangkaui usaha orang lain. Mungkin usaha kita dipandang tinggi dan disanjung oleh yang lain. Tapi jika takdir tetap meletakkan kita dalam kegagalan, kita harus reda. Jangan salahkan takdir tetapi berfikir sewarasnya di mana kekurangan kita. Dan bersyukurlah kerana Allah masih lagi ingin menguji kita. Dan sesungguhnya orang yang diuji itu masih disayangi Allah.
Ilmu pengetahuan umpama perigi di padang pasir dan bintang di malam hari. Maka kejarlah ilmu seberapa daya yang mampu. Dan hendaklah sentiasa tanam di pemikiran, setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi kerana kerapnya ia menitik. Namun harus diingat, jangan dikenang kesedihan tetapi ingatlah kegembiraan mendatang. Jadi berusahalah sesungguhnya agar kegembiraan menjadi milik kita. Semoga segala penat lelah dibayar Allah dengan sejuta kemanisan. Wallahua'lam.
4 comments:
hoho. the typical thinking of shiela says that, nada mmg rajin pun, at least rajin dr shiela. hehe.
same goes to shiela jugak, dulu org selalu kata, "shiela tak study pun result gempak gak, shiela kan pandai."
dan baru hari ni shiela sedar, betul la apa nada kata, usaha kita bukan penentu kejayaan kita. semuanya ketentuan Allah. kalau fail terbaik utk kita, maka fail la kita..
apa2 pun, shiela wishes u luck nada! i miss u like crazy!! =)
Shiela, don't become crazy bcoz of me..hahahahah
Typical thinking of Nada : Shiela memang pandai. Tapi Nada pun tak kurang pandainya..hehehehe. :)
haha. aminn. shiela pandai. amin. =) ouh btw, ak linkkan ur blog ke blog ak tau. sja buat promotion. hahah
Post a Comment