Saturday, March 20, 2010

BerEhAt SeBentAr BerSaMa BloGKu!!!

Salam..

FUHH!!! Nak berehat sekejap dr sibuk mengira ni sebenarnya...hahahaha.. Tula..kalau dah malas tu..memang inila akibatnya. Orang sepatutnya..bila esok nak balik kolej, hari ni almost 80% homework dah siap. Tapi bila orang malas buat kerja, baru 50% siapla jadinya.. Pastu pulun habisla nak siapkan secepat mungkin. Pengajarannya, jangan buat kerja last minit ok!! Haa..tau pun..tp still buat...hahahah.. Nada..Nada.. Pastu, bila bosan..mengarutla kt blog sendiri..
Emmm..nothing much to be written today. Sedang mencari ketenangan untuk otak yang agak berserabut ni sebenarnya.. Dahla cuaca kat Malaysia skang ni asyik panas je. Maklumlah ALNINO melanda. Dengar kata, orang jangkakan ALNINO ni berterusan sampai bulan 4. Emm..WALLAHUA'LAM. Just wait and see.OHHHH!!!! Tidak.. Simbol-simbol yang sering ku lihat dan perhatikan selama ini..huuuu. Agak menarik kalau simbol-simbol ni berwarna dalam kertas soalan. Menarik sikit kalau nak buat. Adala perangsangnya.hehehehe.. Tapi jangan harapla. Sapela yang rajin nak buat soalan berwarna-warni. Membazir masa satu.. Bazir ink pun ada gak.
Well..ingatkan bila amik Math ni..hidup terkawal skit berbanding ngan abang ngan kakak yang amik Medic n Law.. Rupanya..pening juga belajar banyak sangat dalam Math ni.. Kadang-kadang rasa malas nak belajar pun ada. Sebab rasa macam blajar benda yang takda faedahnya.hahahaha.. Belajar integrationla..differentiationla..hyperbolic functionla..Macam-macamla benda mengarut..huuuu
Tapi orang kata, kadang-kadang tu kita tak perlula terlalu memikirkan matlamat and sebab sesuatu tu.. Nanti boleh jadi gila. Samala dengan ciptaan ALLAH YANG MAHA AGUNG. Ada antaranya kita kaji dan kaji..selidik dan selidik, akhirnya kita jumpa jawapan yang kita cari selama ni dan kita faham kenapa diciptakan semua tu. Tapi ada perkara yang Allah ciptakan, yang kita sendiri tak tahu apakah tujuan perkara or benda tu diciptakan. Jadi, bak kata roomateku yangg sorang ni.."Jangan rasa malas nak belajar sesuatu. Kita kena bergembira dan tak ada alasan untuk kita stress belajar sesuatu yang kita nak guna nanti untuk kebaikan orang lain".
YURP!!! Tak ada alasan diri ini malas belajar sebab nanti, ilmu ini akan dikongsi bersama pelajar-pelajarku pada masa akan datang (INSYAALLAH). Tak ada alasan untuk seorang doktor jadi stress belajar, sebab ilmu itu nanti akan digunakan untuk merawat ramai pesakit. Tak ada alasan untuk seorang bakal jurutera rasa menyampah belajar, sebab ilmunya itu diperlukan untuk membina sesuatu yang kukuh dan berguna untuk orang ramai. Jadi semua orang tak ada alasan untuk STRESS ataupun MALAS. Itu cuma perasaan kita dan gangguan syaitan jer. Kalo kita mampu nak lawan godaan mereka dan lawan perasaan kita yang menjadi batu penghalang kita, maka kitala ilmuan yang berjaya.

Wahai anak muda, jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.

- Pythagoras -


Orang yang takjub kepada dirinya sendiri, dia melihat di dalam dirinya sesuatu yang lebih indah dari kenyataannya -walaupun sebenarnya dia sangat lemah lalu dia bergembira karenanya.

- Sokrates -


Tenangkan fikiran untuk belajar. Ikhlaskan niat untuk mendapat ilmu. Dan teruskan usaha mencapai kejayaan. Fikirkan boleh. CHAIYOK2!!!
So..diri ini pun nak gi sambung belajarla.. Wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

ApA Nak Jadi NI!!!!!!

Salam semua..

WOW!!!!!Malas masih lagi embelenggu diri ini. Arghhh!!!!!Tidak!!!!TOLONG!!!! Kenapala selalu je wujud penyakit ni. Sape ada penawarnya????Cepat-cepat tinggalkan nombor tuk dicontact sebab diri ni sangat memerlukan penawarnya. Walau semahal mana sekalipun..akan cuba dilangsaikan. Sebab penyakit ni memang sangat-sangat merbahaya. Takde sape lagi boleh lawan penyakit ni sampai skang.. Mentang-mentangla baru habis trial..datangla penyakit ni. HEY NADA, baru trial k!!! Periksa A Level yg sebenarnya still on the way. Come onla (kononnya memberi semangat pada diri sendiri yang takde semangat sejak beberapa hari yang lalu). Camna nak buat ni???

Inila masalah yang dari dulu sampai skang..tak pernah lekang dari diri ni. Nyampah pun ada..Sakit hati pun ada. Tension lagila ada. Tapi apa nak buat. Memang sikap MALAS ni menjadi faktor kegagalan ramai pelajar-pelajar kat dunia ni. Jadi..mana datangnya perkataan malas ni???
Malas sebenarnya TIDAK wujud dalam kamus seorang yang ingin berjaya. Macam mana nak berjaya kalau malas kan??Kalau kita tengok pemimpin-pemimpin atau tokoh-tokoh yang berjaya..adakah diorang malas???Kalo malas..Takkanla ALBERT EISNTEIN mampu nak hasilkan bermacam-macam formula yang merumitkan..Takkanla IBNU SINA boleh terfikir sesuatu yang tak dapat difikirkan orang lain pada masa dulu..Takkanla BILL GATES mampu melebarkan bisnesnya ke seluruh dunia.. Jadi fikir-fikirkanla. Kalau kita nak berjaya..Jangan hanya berangan dan bercita-cita tinggi..tapi usaha HAMPEH!! Ni kena kat diri sendiri gak ni..huuu..

Tapi kalaula kita fikirkan balik..Kita boleh buang sikap malas ni.. Ada satu artikel mengatakan, sikap malas ni wujud bila kita berada dalam satu ZON SELESA. Yurp!!That's right. Contohnya, zon selesa saya sekarang ialah bermain dan bermain. Belajar bukanla zon selesa saya. Jadi..nak buang rasa malas..KELUARKAN diri dari zon selesa. Memang payah tapi CUBA. Kalaula kita tidak selesa nak belajar, cuba untuk belajar dalam 30minit. Bila dah selesa dengan keadaan tu..up kan lagi masa belajar kita dari semasa ke semasa.. So..saya nak gi cubala ni..hehehehe

Sebagai akhir kata..ingatla pesanan RASULULLAH S.A.W ni :
“Orang yang CELAKA ialah orang hari ini lebih teruk dari semalam, orang yang RUGI ialah orang hari ini sama seperti semalam manakala orang yang BERUNTUNG ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
InsyaAllah kalau kita sematkan hadis ini di dalam hati kita, ia mampu menjadi satu garis panduan yang tidak ternilai dalam mengubah disiplin kita ke arah menjadi seorang manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH!!!

Sunday, March 14, 2010

-: SetELaH SeKiaN LamA :-

Assalamualaikum my ONLY BLOG!!!

Well...Again..diri ni lama menyepikan diri..Baru je habis Trial..Tu yg lama menyembunyikan diri...BERHIBERNATE..hahaha..Alhamdulillah selesai sudah satu cabaran dalam nk melanjutkan pelajaran ke UK ni..HUH!!!Selesai tu memang betul..tapi keputusannya masih menjadi tanda tanya..InsyaAllah dapatla keputusan yang cemerlang setanding dengan usaha yang telah diberikan...

Emm...Nothing much to be shared actually..Just ingin mengisi kelapangan yang ada ni tuk mencoret sikit2 dalam blog ni...hehehehe..Selama dua tiga minggu lepas..takde sesuatu yang pelik ataupun istimewa berlaku..Diri ni just banyak habiskan masa kat INTEC..cuba untuk ulangkaji semua perkara yang dah dipelajari selama setahun lebih..Jadi xde perkara menarik nak diceritakan..hehehehe

Cuma..tetiba teringat satu kejadian yang berlaku waktu exam hari tu..Di mana diri ini ada sedikit salah faham dengan housemate..Bkn slh fhm pe pn..cuma bila seseorang tu terlalu sensitif..kadang-kadang perkara yang remeh pun boleh jadi satu masalah besar..huuu...Bila mana kita tidak dapat nak terima apa yang sedang berlaku..Hati kita akan rasa gundah gelana..stress..tension..sumenye ada..Itulah yang berlaku pada hari tu..dan menyebabkan kawan saya tu..terasa hatila dengan saya and my roomate yang lagi sorang..Agak lama dia nak menyejukkan dirinya sampai dua malam dia tak tido kat bilik..Mula-mula rasa tension gak..sebab perkara ni berlaku waktu exam kan..Lama-lama..rasa xsedap hati and mula rasa bersalah bila dapat tahu yang dia terasa dengan kami..Sampai malam tu..tak dapat nak fokus tuk study physics..Tapi Alhamdulillah..Atas keberkatan ukhuwwah yang terjalin antara kami..perkara ni dapat diselesaikan dengan aman..Dan segala persoalan and salah faham selama ni..TERLERAI akhirnya...

Kejadian yang berlaku tuu menunjukkan dengan jelas betapa kuatnya kuasa HATI ni terhadap diri seseorang..Hati ni..kalau tak dijaga dan dipelihara dengan baik..Maka padah yang menimpa..HATI ni takla sebesar mana..Menurut research pakar-pakar...hati ni saiznya lebih kurang setumbuk tangan kita..Tapi peranannya sangat BESAR dan ianya sangat berkuasa..Hatila yang mengawal perasaan kita..mengawal hati kita..mengawal tingkah laku kita..
"Ikut kata hati"...Satu ungkapan yang sering kita gunakan bila kita sukar untuk membuat pilihan..Jadi memang jelasla bahawa hatila pendorong kita melakukan sesuatu..
"Buatla dengan hati yang ikhlas"..Satu ungkapan yang menunjukkan bahawa hatila yang mempamerkan perasaan kita dan emosi kita..serta kejujuran yang kita lahirkan...

HATI mampu mengawal kita..tapi kita tidak mampu untuk mengawal seketul daging ini..Betapa berkuasanya hati kita ni..Sehingga kita sendiri tidak mampu untuk mengalahkannya...Kita perlua ada kekuatan tersendiri untuk melawan hati kita..untuk mengawal hati kita..dan untuk memelihara hati kita...Dari mana kekuatan itu akan wujud????Dari keyakinan dan kekuatan kita yang perlu disemai dari semasa ke semasa...Kita perlu lakukan anjakan paradigma terhadap perilaku kita dan cara hidup kita....Kita yang perlu mengajar diri kita dan kuatkan semangat kita..Kita juga yang perlu mencari ikhtiar dengan berbalik pada Allah..dan kita jugala yang perlu menjauhkan perkara-perkara mungkar dari diri kita..Kita harus berbalik pada asal penciptaan kita yang sungguh sempurna dan suci...Kita harus mengubah setiap yang berlaku dengan penuh toleransi dan pertimbangan sewajarnya..Jadi..semua yang berlaku..puncanya dari diri kita sendiri..Belajar untuk mengubah dan mencari sesuatu yang baru...SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN!!!!

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia