Monday, September 26, 2011

Mati itu PASTI!

Salam semua...

Pagi ni, keluarga Al-Kenali dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Tok Su Abdullah Zawawi di Mekah. Innalillahi wa inna ilaihi raji3un. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman..Ameen! Walaupun tak berapa rapat dengan arwah kerana duduk berjauhan..namun hanya doa yang mampu disedekahkan kepadanya agar mendapat pengakhiran yang baik di sana..InsyaAllah. Datuk saudara bongsu dan yang terakhir dari sebelah baba. Sekarang..tiada lagi datuk saudara dari belah Al-Kenali.

Bila dengar berita tentang kematian, dah pasti kita pun merasakan ketakutan dan kebimbangan dalam diri sendiri.
" Bila agaknya masa aku"...
" Cukup dah ke amal aku kalau aku dicabut nyawa sekarang"...
Kita mula bermuhasabah tentang amal kita dan hidup kita. Setiap kematian yang berlaku di depan mata sebenarnya memberikan kita pengajaran dan peluang untuk kita bermuhasabah. Tak mungkin ada orang yang bila menerima berita tentang kematian sesiapa sekalipun..hatinya kosong..tiada rasa apa-apa. Pasti akan wujud sedikit perasaan sedih, bimbang dan takut! Itulah kita...manusia..umat Islam di zaman ini.

Tapi...para sahabat..para syuhada' dan pejuang-pejuang Islam yang dahulunya tak pernah walau sesaat pun mereka takut untuk mati. Subhanallah. Hebat dan teguhnya iman mereka. Bukan mereka takutkan kematian..malah mereka sangat menginginkan kematian. Kerana apa? Kerana mereka sudah bersedia dan mereka yakin dengan janji-janji Allah. Mereka yakin bahawa mereka sudah pun menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai hamba Allah di dunia ini. Jadi...tak guna rasa takut untuk mati. Malah..bagi mereka..mati itulah kehidupan sebenar mereka. Orang yang beriman dan bertaqwa..tidak takut untuk mati kerana mereka tahu, mereka akan bertemu dengan Allah yang mereka sayangi apabila mereka mati. Mereka tahu..kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal dan setiap amalan yang mereka lakukan di dunia..balasannya akan diterima di sana. Tapi kita...saya..dah bersedia ke menemuiNya? T_T

Apa yang perlu kita lakukan agar kita bersedia untuk menemuiNya pada bila-bila masa??
Iaitu kita melakukan setiap amalan dalam kehidupan seharian kita dengan SEBAIKNYA bukan SEBANYAKNYA. Ramai akan berkata,
" Buat apa buat baik awal-awal. Nanti kalau kita dah besar dan dewasa, barulah buat amal banyak-banyak, top-up apa yang dah tinggal sebelum ni.hehe.."
Yurp! This answer is TOTALLY WRONG. Sebabnya? Sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Rasanya semua orang sedar akan perkara tu, di mana..hidup dan mati kita bukan dalam kawalan dan pengawasan kita. Kita tak boleh pilih tarikh nak mati..tak boleh nak lambatkan walau sedetik pun saat untuk kita pergi..dan kita takkan tahu sama ada kita mampu hidup lagi atau tidak apabila umur kita meningkat. Itu semua sangat jelas..dan dah banyak kita lihat depan mata. ada yang mati dengan serangan jantung secara tetiba,ada yang meninggal masa umur sangat muda dan macam-macam lagi kejadian yang berlaku di sekeliling kita.
And one thing yang perlu kita ingat ialah...Allah tidak menginginkan hambaNya yang BANYAK BERAMAL, tetapi dia menginginkan hambaNya yang BERAMAL DENGAN SEBAIKNYA. Dalam Al-Quran sendiri..tak ada ayat-ayat yang menyebut tentang manusia beriman yang banyak beramal akan mendapat ganjaran syurga. Tetapi sebaliknya, Allah berfirman...siapa di antara kamu yang paling baik amalannya akan mendapat balasan syurga. Tak perlulah kita nak sujud setiap malam sampai lenguh badan-badan kalau hati kita tak cukup ikhlas dan yakin dengan amalan yang kita lakukan. Tak perlulah kita nak dermakan semua harta untuk kemajuan Islam kalau kita ragu-ragu dalam melakukannya. Biar sedikit amalan kita..tapi jadikan ianya amalan terbaik kita. Macam orang selalu kata.." Bukan kuantiti yang menjadi ukurannya..tetapi kualiti yang menjadi kayu ukur". Mana kualiti amalan kita? Tanya hati..cari jawapannya sendiri.

Semoga kita mampu memperbaiki setiap amalan kita. Apabila kualiti sudah terjamin...insyaAllah, sama-sama kita meningkatkan kuantitinya pula. Biar kualiti dan kuantiti setanding, jangan kualiti melebihi kuantiti, kerana itu tidak memberi apa-apa erti......

Wallahu'alam...

Tuesday, September 13, 2011

:: Nak Mengadu? ::

Salam...

Hari ni sebenarnya tak ada banyak benda pun yang dilakukan. Tapi, ada sesuatu yang telah terjadi. Something unpredictable and unforgettable.. Dan yang pasti, peristiwa itu telah memberikan banyak pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Alhamdulillah...

Petang tadi.. si dia bercerita, meluahkan perasaan dan rahsianya pada aku. WAH!!! Sangat terkejut dan kelu. Orang yang tak disangka-sangka mula membuka cerita,meluahkan segala yang terpendam yang tak pernah diceritakan pada orang lain, dan akulah orang pertama yang menjadi saksi segala kejujuran serta luahan perasaannya yang sangat mengejutkan. Dan rasa sangat janggal sebenarnya berada dalam situasi itu. Tapi, I'm sure there's reason behind all that. Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku and nak aku belajar sesuatu dari apa yang telah dikongsikan pada aku.

Memang betul apa orang kata, luar nampak gembira dan bahagia, tapi hakikatnya penuh luka dan duka di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Bukan dia nak jadi hipokrit, tunjuk kuat dan tunjuk hebat pada orang luar. Tapi, TIADA TEMPAT MENGADU untuknya. Mengadu pada yang disayang, makin parah lukanya. Nak mengadu pada keluarga tercinta, tak mampu diluahkan. Kawan? Apatah lagi, sekejap datang sekejap pergi. Tiada tempat untuk bersandar, tiada tempat untuk meluahkan yang terpendam. Dan akhirnya, apa yang dipendam menjadi punca kepada masalah yang lain.

Lepas dengar semua cerita yang selama ini berselindung di sebalik kemewahan rumah yang dimiliki, Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah. Hanya perkataan ini yang mampu terluah. Alhamdulillah kerana aku masih ada ramai orang di sekeliling yang mampu menjadi pendengar, penasihat dan tempat untuk aku bersandar. Alhamdulillah kerana setiap kebahagiaan dan keseronokan yang aku pamerkan bukanlah lakonan semata-mata. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi segala masalah yang melanda, walaupun mungkin ada antaranya yang masih tiada penyelesaiannya lagi.

Kemudian, aku terfikir.... Andainya perkara itu terjadi pada diri aku pulak...apa yang aku akan lakukan??? Macam mana aku nak laluinya??? Kuatkah aku untuk mengharungi semuanya??? Setiap orang akan diuji, dan terus diuji kerana melalui ujian itu tandanya Allah masih sayangkan kita. allah ingin kita kembali mengingatinya. Allah ingin kita berusaha mengharunginya dan jangan sekali kita berputus asa.

Kadang-kala, bila ujian datang...kita sibuk mencari tempat untuk mengadu segala masalah yang menyerabutkan kepala. Nak mengadu pada siapa?
Mengadu pada keluarga..kadang-kadang mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing, ada ke masa untuk kita??? Mengadu pada kawan pula..ada yang dekat, ada yang jauh, sukar untuk dihubungi dan kadang-kadang lost contact macam tu je. Nak mengadu pada siapa lagi? Kita rasa keseorangan..rasa buntu, tiada hala tuju. Sedih dirasakan bersendirian, luka dipendam sendirian, duka ditahan sendirian. Akhirnya??? Kita yang stress, kita yang merana, kita yang terseksa dengan setiap perkara yang berlaku.

Rupa-rupanya kita lupa dan tidak tahu bahawa Allah itu DEKAT dengan kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang "Aku" maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
( Al Baqarah: 186)

Allah yang mendatangkan ujian kepada kita. DariNya datang segala stress, kesedihan, kepahitan yang kita rasa selama ini. Dan dari dia juga kita diberikan rasa gembira, bahagia, suka dan tawa. Jadi..patutkah kita mengadu pada yang lain?? Ya..mungkin kita perlukan kongsikan apa yang terbuku di hati dengan seseorang yang kita nampak dengan mata kasar, yang mampu menyahut setiap kali kita berbicara. Namun, jangan kita lupa pada yang lebih berkuasa atas setiap sesuatu. Kita mengadu pada manusia, jangan kita lupa untuk mengadu dan merayu padaNya. Mengadu pada Allah tak bererti kita tidak redha akan ujianNya. Namun, kita mengadu padaNya supaya terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi segala yang berlaku. Memohon padaNya dengan sepenuh jiwa, dengan penuh khusyuk dan keyakinan. Allah sangat dekat dengan kita dan Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Teruskan berdoa dan bersabar setiap kali kita diuji.

Wallahu'alam...



About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia