Tuesday, February 16, 2010

SALAM...

Alhamdulillah...setelah sekian lama tidak menjenguk blog tercinta ni...akhirnya berkesempatan juga diri ini nk menulis sesuatu pd blogku...
Well...lama menyepi diri sebenarnya..Reasonnya sbb selama ni tak balik rumah..So..tak ada rs nk online sebab kt INTEC..sah2 diri ni xbeli WIFI...So..atas alasan itulah..baru hari ni blog 'SOMEONE' di update..hehehehee

Dua hari yang lepas adalah tarikh bermakna dalam hidup ni..YEAH!!!14 FEB..bermulala kehidupan seorang manusia bernama NADA..Well...tarikh ni menjadi kontroversi untuk umat ISLAM sebab tarikh ni adalah VALENTINE'S DAY..Which cannot be celebrated by MUSLIM..so..Saya bersyukur dilahirkan pada tarikh ini..Walaupun org ramai lebih mengingati tarikh ni atas dasar VALENTINE..tapi sejujurnya..diri ni mengingati tarikh ini atas dasar kesyukuran dan bangga kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia sebagai seorang ISLAM..ALHAMDULILLAH YA RABB!!!

Pada tarikh 14 FEB 2010 yang lalu..diri ni banyak dapat mesej2 harijadi dari rakan2 yang mengingati diri ini..Alhamdulillah..terima kasih kawan2ku yg sudi mengingati diri ni..Dalam kebanyakan mesej yang diterima..ramai yg wish.."SELAMAT HARI TUA"..Dan ucapan ini sebenarnya telah mengingatkan diri ini bahawa..semakin usia meningkat..semakin jauh perjalanan dilalui..semakin payah rintangan diredahi dan semakin hampir diri ini kepada kematian...Memang pada mulanya..diri ni rs gembira teramat sangat kerana sudah tiba hari yang dinanti2kan..tapi..bila difikirkan dengan lebih mendalam..terasa ingin berpatah balik ke zaman lama..Tetapi..apakan daya..masa tidak dapat dipusing...dan hidup mesti diteruskan jua..Dan akhirnya..kini..diri ini dah berumur 20 tahun..Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada diri ini tuk hidup selama ni...

"Bila yang tertulis untukmu..adalah yang terbaik untukku..
kan ku jadikan kau kenangan..yang terindah dalam hidupku.."
Inilah sebahagian lirik lagu Kenangan Terindah nyanyian Samsons..Apa yang ditekankan dalam lagu ini adalah tentang kenangan yang indah..Hidup ini tak selalunya indah..tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan..20 tahun diri ini melalui pelbagai halangan..ranjau dan liku kehidupan..namun tidak semuanya membawa luka..tetapi ada juga yang membawa sesuatu yang sangat berharga..iaitu..KENANGAN!!!
Kadang2 manusia sering mempertikaikan tentang musibah yang menimpa diri mereka..Ada yang mempersalahkan diri mereka..Ada yang mempersalahkan orang sekelilingnya..dan yang paling bahaya..ada yang menyalahkan ALLAH..Tuhan yang Esa..

Memang benar kata yang menyebut..'Hidup ini tidak indah jika tiada duka'..Memang pada mulanya..kita akan merasa derita dan sengsara atas musibah dan halangan yang menimpa hidup kita..Tapi..setiap sesuatu ada hikmahnya..Allah sendiri berfirman..'Tidak Aku menjadikan sesuatu melainkan itulah yang terbaik untukmu..'
Setiap dugaan dan ujian Allah pada kita sebenarnya adalah peluang kita untuk memperbaiki diri sendiri..Ini sebenarnya adalah PELUANG kita..Jika kita lari dari masalah yang menimpa..maka kita takkan beroleh nikmat di akhirnya..Tetapi jika kita cuba untuk menghadapinya..INSYAALLAH..kita akan memperoleh kebaikannya...
Jadi teruskan hidup..berani untuk menempuhi segalanya dan cuba untuk menghadapi apa sahaja yang menimpa..Yang terbaik untuk kita ada di depan mata..cuma kita perlu berusaha untuk memperolehinya..INSYAALLAH...

3 comments:

Lemonades Of Life said...

waaa...
nada!!! bagusla the way hg tulis blog. nampak hg matured. haha.
btw, maceh~ hee

Adek Nada said...

matured????ni perli ke ape ni haaa????
nyway...same2...hehehehe

Lemonades Of Life said...

mana ada perli!!
gila punya ikhlas tuh!
aishhh

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia