Assalamualaikum...
Alhamdulillah,sekarang cuaca kat Birmingham ni dah makin sejuk. Sejuk yang menenangkan buat masa ni. Tapi bak kata senior, tak lama lagi akan jadi sejuk yang MENYAKITKAN!huuu. Semoga aku tabah menempuhi hari-hariku di sini.
Alhamdulillah, baru sebulan duduk kat sini, dah berjalan ke Oxford dah aku ni. Wah! Tak sangka gak. First time merantau di negara orang, melawat sini sana, berjalan ke hulu hilir, tanpa ada orang yang halang. Sangat best sebenarnya. Bila duduk sini rasa sangat bebas.haha. Kalau kat Malaysia tu, nak ke sana sini, kena bagitau parents dulu. Duduk sini, setakat mesej je, kata nak gi mana-mana kita suka. Dan diorang takkan larang.huuu. Syok habisla..
Well, untuk post kali ni, nak cerita sikit tentang Oxford trip minggu lepas.
Memandangkan cita-cita nak melanjutkan pelajaran kat Oxford tak kesampaian, so kalau dapat menjejakkan kaki kat University of Oxford pun kira dah lepas gianla.haha. Tapi sebenarnya bukan teringin sangat pun nak belajar kat sana, sebab suasana yang agak 'STRESS' di sana. Rasanya di Birm ni adalah tempat terbaik untuk aku walaupun ini bukanlah tempat terbaik di mata dunia. Allah dah meletakkan kita di tempat yang sebaiknya, so tak perlulah kita nak menyesali apa yang kita perolehi sekarang ni. Betu tak?
p/s :Tempat Quidditch game and tempat dance dalam Harry Potter The Goblet Of Fire~~
Emm... Kenal ke tempat-tempat kat atas ni? Haa.. Kepada peminat setia cerita Harry Potter, mestila recognise sikit tempat-tempat ni. Inila antara tempat-tempat yang menjadi spot penggambaran tuk semua cerita Harry Potter. Bila pergi, rasa macam nak jadi Harry Potter, tapi apakan daya, sumenye hanya lakonan. So, takdela tangga yang bergerak-gerak, gambar yang ber'nayawa'.hehehe. Semuanya khayalan semata-mata.
Bila berjalan-jalan di negara orang ini,satu perkara yang sangat best ialah bila kita dapat menunaikan kewajipan kita tanpa rasa malu dan tanpa dipandang pelik oleh orang sekeliling. Dekat sini, sembahyangla kat mana-mana pun, tak akan jadi masalah. Semua orang faham. Tapi kalau kat Malaysia, kenapa kita rasa malu nak buat macam ni? Kenapa kita akan dipandang pelik? Sedangkan Malaysia adalah negara yang dipenuhi dengan orang Islam. Mungkin sebab kat Malaysia banyak disediakan masjid dan surau untuk kemudahan kita. Itulah perbezaan negara kita dengan negara asing. Kat Malaysia, orang PAHAM, tapi sukar kita nak buat. Kat negara Barat, orang TAK PAHAM, tapi kita senang jer nak buat. Paham ker?hmmm...
Satu lagi perkara yang sangat best terjadi time trip tu, ialah bila kami jumpa dengan seorang pakcik dari Palestin yang bekerja di sini. Subhanallah..kuasa Allah. Masih ada lagi rakyat Palestin yang masih boleh menyara dirinya di negara asing. Pakcik tu nak balik ke Palestin, tapi tak dibenarkan. Jadi, dia terpaksalah cari kerja kat Oxford untuk meny
ara hidup dia dan keluarganya. Dan pakcik tu, dengan hati yang suci dan mulia, bagi geng-geng kami untuk tumpang sembahyang dekat stor kedai dia. MasyaAllah! Betapa kuatnya ikatan antara umat Islam. Walaupun baru je kenal tak sampai 5 minit,dia dengan yakinnya memberi pertolongan pada kami tanpa rasa ragu-ragu. Kalau kita, tak rasa takut or ragu-ragu ke? Takut nanti barang-barang kita akan dicuri? Ragu-ragu dengan niat sebenar orang nak tumpang sembahyang? sama ada memang betul-betul nak sembahyang atau
disebaliknya nak buat dajal? Tapi,kepercayan yang lahir kerana ikatan keagamaan, tak pernah persoalkan perkara-perkara macam ni. Jazakillah khair pakcik. Semoga Allah akan sentiasa membantu dan merahmati pakcik.
Emmm...perjalanan yang banyak mengajar erti hidup dan menunjukkan kebesaran Allah. Rasa sangat penat,tapi segala kepenatan diganti dengan rasa kesyukur
an dan kegembiraan yang Allah lahirkan.