Wednesday, September 22, 2010

Salam Lebaran!!!

Assalamualaikum...

Walaupun dah terlambat hampir dua minggu, tapi bulan syawal masih tak habis lagi, so, tak salahla kalau nak ucapkan selamat hari raya pada muslimin muslimat di seantero dunia. Maaf zahir dan batin. Kullu sanah wa entom tayyibin. Sekejap jer rasa masa berlalu. Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah berlalu macam tu je. Entah masih ada peluang lagi untuk diri ini merasai nikmat bulan Ramdhan pada tahun mendatang atau tidak, wallahu'alam. Semoga Allah masih panjangkan umurku untuk memberi peluang merasai nikmat yang tiada tandingan pada masa yang akan datang. AMEEN!!!

Memang masa berlalu pantas, sampaikan tak sempat nak merasa nikmat Malaysia sepenuhnya. Ceh!!! Bunyi macam tak akan balik Malaysia lagi dah. Tak lama lagi, Malaysia akan ku tinggalkan, keluarga akan ku lepaskan, sahabat dan rakan-rakan akan ku contact kat FB jer.huhu. Emm, dulu nak sangat study oversea kononnnya, tapi bila dah dapat peluang, ada rasa berat hati sikit. Tapi insyaAllah semangat masih membara. Tapi, rasa pilu juga nak tinggalkan negara tercinta ni. Kat sinila letaknya segala memori dan insan-insan yang ku sayangi. Kini, aku harus meneruskan langkah, berjihad di negara orang. But, it's ok! Dengan teknologi maju sekarang ni, senang sangat nak berhubung dengan orang-orang kat Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan kisah hidup mama dulu, lagi menyedihkan. Kirim surat, sebulan sekali. Dapat balasan pun sebulan sekali. Nak balik, tak cukup duit, teruslah menetap kat sana sampai habis belajar. Betapa susahnya nak meluahkan rasa rindu pada keluarga tercinta. Tapi sekarang, semua ada. YM ada, FB pun tak ada kurangnya, telefon pum murah ajer. Emm...Betapa besarnya nikmat Allah.

Macam manalah agaknya kehidupan aku kat sana nanti ek?? banyak jalan ke, kuat main ke, ataupun study sampai tak nak berhenti?? Yang ketiga tu mungkin kurang tepat, tapi yang dua lagi tu, insyaAllah jadi kenyataan.hehehe.

Bila nak 'blah' ke negara orang ni, macam-macam persiapan yang nak kena buat. Baik fizikal or mental. Agak seram sejuk juga nak pergi negara orang ni. Iman aku, harapnya mampu menjamin hidup aku kat UK nanti. Ilmu aku, harapnya mampu membantuku semasa di negara asing. Dan amalanku,harapnya mampu dikekalkan dan dipertingkatkan agar aku tidak lupa diri. INYSAALLAH!! Apa-apa pun, doa kepada Ilahi jangan pernah putus dan cuba perbaiki diri dari semasa ke semasa.

So, insyaAllah, next post will be posted from United Kingdom or more specific, BIRMINGHAM..
Lastly, minal ai'din wal faizin... :)

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia