Friday, May 7, 2010

-; Yang Indah Itu Sukar Dilakukan :-

Salam.
Setiap yang hidup pasti akan diuji oleh Allah. Ujian datang tanpa diminta dan penuh warna-warninya yang tersendiri. Manusia mudah menjadi lemah dengan ujian yang Allah berikan namun sebenarnya, setiap ujian menguatkan kita. Allah tidak melakukan sesuatu yang sia-sia. "Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya",satu ayat yang biasa menjadi halwa telinga kita sekiranya kita bercerita tentang ujian.
Well, ingatkan dah nak stop blogging bila nak dekat exam ni. Tapi memandangkan hati tidak tenang, maka Blog la tempat luahan. Sejak mula berblogging ni, Blog la yang menjadi tempat untuk meluahkan dan tempat untuk mencurahkan sesuatu. Even blog ni tak mampu memberi nasihat, dan tidak bernyawa, tapi jiwa rasa tenang bila dapat mencoretkan apa yang dirasa pada blog ni. Macam orang bodoh pun ada gak rasa
nya,meluahkan perasaan pada sesuatu yang tidak hidup. Sedangkan di sekeliling kita ni, banyak lagi manusia yang hidup yang mampu membantu kita. Tapi nak wat camna, memang dah diri ni macam ni. Suka menyimpan sesuatu dalam hati.
Memang takleh nak ubah dah sifat ni..(kesian suami aku nanti) Sebab tu aku jarang menceritakan rahsiaku pada orang. Diri ni rasa selesa untuk tidak menyuarakan masalah kat kawan-kawan,keluarga ataupun sesiapa sebab rasanya bila wat camtu, menyusahkan orang lain. And rasa diri ni sangat teruk sebab terpaksa membiarkan orang lain memikirkan masalah yang berlaku pada diri ni. I know this is not a good way of living, but right now, this is the best way for me. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini.
Tadi baru terbaca blog kawan, tentang sambutan harijadi. Well, agak mengejutkan juga sebab selama ni, aku dah melakukan satu benda yang haram selama 20 tahun berturut-turut. Mungkin Allah mengampunkan aku sebab aku tak tahu yang meniup lilin ketika menyambut birthday adalah HARAM. Astaghfirullah al A'zim. And sekarang ni, bil
a dah tahu, agak sukar untuk aku nak bagitau oarang-orang terdekat aku tentang perkara ini, especially my own family. Benda ni memang dah jadi tradisi keluarga aku bila nak sambut besday, mesti tiup lilin. Aku tak cukup berani and kuat untuk berdakwah pada keluarga sendiri dan ini adalah sangat TERUK!!!! Aku pernah menjadi naqibah kat sekolah menengah and kolej. Aku pernah berusrah dan berdakwah pada junior dan kawan-kawan. Tapi masih belum mampu berdakwah pada keluarga sendiri. Macam mana ni??

What should I do?? Mungkin sekarang tak perlu buat apa-apa sebab tak ada besday sesiapa yang perlu disambut. Tapi bila dah sampai masanya Allah nak uji aku, bila sampai masanya aku sepatutnya bersuara tapi aku masih belum mapu melakukannya, apa yang patut aku buat? Nak buat bodoh je, dosa aku yang tanggung. Orang lain tak tahu, tak ada hukum haram bagi mereka. Nak bersuara, aku takut tak ada kekuatan tu. Nak lari dari majlis
tu, sama macam lari dari masalah which will make me fail to success in this obstacle. So??? No solution??? Inilah yang dimaksudkan dengan, "yang indah itu sukar dilakukan".

YURP!!!! Memang sangat indah jika kita mampu berdakwah dan mengubah seseorang itu ke jalan yang benar. Tapi, perkara tu sukar untuk dijalankan. Memang senang nak buat jahat, tapi nak buat baik pula susah. Terbalik dah dunia sekarang ni jika nak dibandingka
n dengan zaman nabi dahulu. Orang lebih suka jika kita ajak diorang buat something yang tak elok, berbanding dengan ajak diorang buat baik. Contoh paling simple, tengok rancangan dalam TV. Lagi ramai orang tengok rancangan-rancangan realiti berbanding program-program ilmuan. Sedangkan sekarang ni, dah macam-macam program ilmuan ditayangkan. Kat OASIS, TV9, TV3 and sume channel yang lainla. Tapi manusia masih memilih untuk tengok sesuatu yang tak ada faedahnya ( aku pun macam tu gak kadang-kadang..ASTAGHFIRULLAH)

Sesuatu y
ang sukar itu akan kekal sukar sekiranya kita tidak mencari jalan mudah untuk memudahkan kesukaran itu. Apa yang aku merepek??? Aku pun tak tahu. Yang pentingnya, kita kena selalu berfikiran terbuka dan ke hadapan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau kita memang bertekad nak buat sesuati yang indah, dengan penuh keazaman dan semangat yang kuat. InsyaAllah Allah akan bantu kita. Tapi kalau kita sekadar ada niat sebegitu tapi usaha tak pernah ada, so memang patut kita KECUNDANG dalam ujian itu.
Jadi, sebagai nasihat untuk diri sendiri gak, berusahala untuk perbaiki diri supaya kita mampu memperbaiki orang lain. Nabi-nabi terdahulu pernah berdakwah pada keluarga mereka juga. Ada yang berjaya dan ada juga yang tidak be
rjaya. Tapi, semua itu tidak melemahkan mereka kerana mereka yakin apa yang dilakukan oleh mereka adalah benar semata-mata dan Allah sentiasa membantu mereka. Mereka percaya dan yakin pada Allah. Dan mereka juga yakin dan percaya pada diri sendiri. So, inilah yang aku kena buat sekarang ni. Try to improve myself first. Then, tanamkan keberanian untuk berdakwah pada semua orang.

OKLAH!!! Nak kena study ni, exam tak lama lagi ni. Sebagai kata penutup,maaf kepada semua. Baru-baru ni aku ada wat salah yang telah menyebabkan aku rasa tak tenang sampai sekarang and still haven't found the solution to this problem. Banyak sangat masalah bila nak dekat-dekat exam ni. Inilah ujian namanya kan! Takkan nak hidup gembira je. Setiap penderitaan itu pasti membawa kebahagiaan di akhirnya. I have to always bare in mind!!!!!! Jangan putus asa ye...
K!!!! Thanks and sorry to everyone... :)
macam ni lah keadaanku sekarang. MISERABLE....

Saturday, May 1, 2010

MeMorieS ReMaiNz TiLL The EnD oF LifE..


Salam my blog...

Well, semalam, satu hari yang sangat menggembirakan dan huru-hara gakla. And hari yang penuh 'GLAM'..hehehehe. Nice moments wif all my frens in INTEC. Walaupun camera takde, tapi atas dasar gila bergambar, maka diri ni sukala menyelit kat camera-camera orang lain. Rasanya sume camera or handphone mesti ada gambaku even satu. Paling minimum tu satula. Paling byk tu, rasanya handphone Faridah. Nyway, thanks to all my friends for the great moments and enjoyable day.huuu. Thank to all the juniors. Makanan pun boleh tahan gakla. Bayaran plak murah.hehehe. That's why I like.huuuu

Rasanya aku akan merindui saat-saat di INTEC sepertimana aku merindui saat-saatku di Jenan. Even hidup kat sini agak biasa, kadang-kadang ada sakitnya, ada sukanya. Tapi sebenarnya saat-saat inilah yang akan sentiasa menjadi memori yang bertahta di hati. Mula-mula aku rasa benci masuk INTEC. Bukan setakat benci tapi sangat sedih bila nak masuk INTEC. Sebab hati aku dah bertapak di KMS. Tapi Allah itu Maha Adil. Setiap duka akan diganti ceria. Dan begitu juga, setiap ceria diganti duka. Walaupun nasib malang menyelubungi diri ini, bila dapat katil yang tak best 'spot'nya, and membuatkan diri ni rasa sentiasa kepanasan...huuuu. Tapi, itulah yang akan menjadi satu kenangan dan pengajaran. Pengajaranyya, nak cari tempat tidur lepas ni, check dulu tahap kesejukan and kepanasannya.hahahaha

Hidup kat INTEC ni hanya dua tahun, tapi macam-macam dah jadi, macam-macam yang menyayat hati and macam-macam yang menjadi memori. Sekarang ni pulak, sume duk sibuk study sebab nak final. FUHHH!!!! Semalam jela dapat tengok sume orang gila-gila and tak menghadap buku. Budak yang selalu mengahadap buku pun jadi sangat gila, yang selalu hidupnya diiringi buku pun jadi tak betul. Memang saat yang menunjukkan characteristic sebenar seseorang tu.hehehehe. And aku plak jadi 'WITCH'.hahahaha. Kelakar pun ada. Tapi thanks to kengkawan yang mendesak gak aku untuk pakai topi tu. Sebab topi tula yang menampakkan aku semalam. Nada terkenal semalam kerana topinya.hahahaha.

Hari ni, 1hb Mei. Hari pekerja dan permulaan bagi bulan yang baru. Bulan yang penuh debaran, penuh dugaan dan penuh rintangan. Starting from today, kena struggle 10 kali ganda dari yang sebelum ni, bak kata Madam Mariah. No play, no relax and no way to sleep. Whoooaaaaa!!! And as mama said, " Waktu ni la kena berusaha sehabis-habisnya. Jangan menyesal di tengah jalan. Jangan sia-siakan perjuangan selama ni. Just tinggal satu step je lagi. Ini yang terakhir dan buat yang sehabis baik". Dan seperti nasihat Akhi Naufal dari UK, " Jaga hubungan dengan Allah dan semua orang di sekeliling kita especially ibu bapa and guru-guru. Usaha kena ada, tapi yang lain jangan dilupa. Yang wajib jangan ditinggal, yang harus diusahakan dan yang haram jauh-jauhkan". Juga peringatan dari Madam Noreha, " Biar semua orang fly, jangan tinggal satu pun. Belajar sama-sama sampai ke UK".

So, to all my friends yang nak hadapi ALEVEL, all da best. Do the best and keep the rest to Allah. And to all my beloved frens, please pray for me and sorry for everything... :))

About Me

My photo
Ampang, Selangor, Malaysia